14

4.6K 128 1
                                    

"By, harini abang Amry ambil I tau. I nak keluar dengan dia kejap." ujar Amele sambil membetulkan tali leher Gibran.

"Jack ikut okay?" balas Gibran.

"Nope. I just nak keluar berdua dengan abang Amry. Dia kata dia ada benda nak bagitahu I. Pleasee... Harini je I keluar without Jack. Please, baby." pujuk Amele.

Gibran menganggukkan kepalanya.

"Take care okay." ujar Gibran lalu mencium ubun-ubun isterinya.

"Jom breakfast." ajak Amele setelah siap membetulkan tali leher Gibran.

"Jom." balas Gibran lalu menarik tangan isterinya turun ke tingkat bawah rumah banglo 3 tingkat itu.

***************
Amele memilih untuk mendiamkan diri. Amry yang sedang memandu memandang adiknya sekilas.

"Kau okay tak?" soal Amry yang risau kerana adiknya banyak mendiamkan diri hari ni.

"Tak." balas Amele.

"Why?" tanya Amry.

"Kau akan tahu nanti." balas Amele.

Amry kembali fokus kepada pemanduan nya.

*****************
TING TING

Sir! Urgent! Kita ada tali barut.

Gibran yang sedang fokus membuat kerjanya membuka whatsapp apabila ada mesej dari anak buah nya.

Gibran mengerutkan dahinya.

"Siapa yang berani nak tikam belakang aku ni?" ujar Gibran sendiri.

Bawak dia masuk bilik bawah. 30 minit lagi aku sampai.

Gibran terus bangun dan berjalan keluar dari bilik kerja dia.

"Paan, cancel semua meeting. And aku takkan balik office dah harini." ujar Gibran kepada PA nya, Paan.

Selepas mendapat anggukan daripada Paan, Gibran berjalan menuju ke lift.

***************
Semua mata memandang ke arah Amele.

"Kau apahal nak semua berkumpul ni?" soal Amran dingin.

"Nak bagitahu yang kau ni pembelut ke?" soal Amran sinis.

"Kau jangan sampai aku bunuh kau guna tangan aku." balas Amele dingin sambil menjeling abangnya.

Sisi gelap dan dinginnya sudah keluar. Dia tidak dapat mengawal perasaan marah nya sekarang ini selepas Gerard menuduh nya macam-macam.

"Aku nak korang hantar Gerard dekat Gibran balik." ujar Amele.

Semua ternganga. Amry juga.

"Kau bodoh ke, Amele?!" marah Amran.

"Kau nak dia kena pukul lagi dengan laki kau ke sial?!" tengking Amran.

"Kau bagi aku explain dulu boleh tak?!" marah Amele dengan nada yang tinggi sambil menghentak meja di hadapan nya.

"Gibran buat semua benda ni bersebab. Kita sekarang ni bukannya selamatkan Gerard tapi kita tengah bahayakan Gerard." jelas Amele.

"Apa maksud kau, Amele?" soal Qody.

Amele mula menceritakan dari A sampai Z. Mereka semua ternganga kerana mereka tidak percaya bahawa mereka sudah tersalah faham dengan tindakan Gibran. Sejujurnya Gibran tiada niat jahat terhadap abangnya.

"So apa plan sekarang ni?" soal Amran.

Dia cuba runtuhkan ego dia kerana dia tahu semua ini berpunca dari dia. Dia perlu betulkan keadaan.

Mrs.Gibran AtlassWhere stories live. Discover now