58

4.4K 151 18
                                    

Amele memisat matanya kemudian dia memusingkan badan dia memandang Gibran dan dia memeluk Gibran.

Gibran membalas pelukan Amele dengan memeluk bahu isterinya yang terdedah.

Gibran mencium rambut isterinya. Sudah menjadi rutin paginya mencium rambut, dahi dan kemudian bibir isterinya. It call morning kiss.

Sedang Gibran sibuk mencium dahi isterinya, tiba-tiba Amele terasa benda pelik di tekaknya.

Gibran yang ingin mencium bibir Amele, Amele terus menolak tetapi Gibran masih memaksa Amele untuk berdiam kerana dia mahu mencium bibir kesayangan nya. Amele masih menolak dada bidang Gibran sambil menekup mulut nya.

"Why?" soal Gibran seolah tidak puas hati yang masih berusaha untuk mencium isterinya.

Gibran ni manusia yang kalau dia kata nak, dia nak lah. Jangan berani tolak.

Amele yang tidak tahan itu terus termuntah di atas lengan Gibran dan pelukan Gibran terus terlepas dan Amele terus berlari ke bilik air. Dan dia memuntahkan semua isi perutnya yang keluar.

Gibran terkejut. Dia memandang lengan dia.

'Oh. Patutlah dia tolak aku.' getus hati Gibran lalu melangkah turun dari katil dan berjalan ke bilik air dan menghampiri isterinya.

"Baby, are you okay?" soal Gibran sambil mengusap belakang badan Amele yang terdedah.

Amele menutup pili air selepas siap berkumuh. Dia terus memeluk Gibran.

"Sorry termuntah dekat you." ujar Amele sambil menyandarkan kepalanya didada suaminya.

"It's okay. Salah aku jugak." balas Gibran lalu dia mencempung badan Amele yang tanpa seurat benang itu ke dalam bilik air untuk mandi bersama.

*****************
Hari ini Amele tidak pergi ke kerja. Badan dia terlalu lemah. Dia pun tidak tahu mengapa. Tapi dia rasa sangat penat walaupun dia tak buat banyak kerja pun.

"Mommy." panggil Iyan lalu duduk di sebelah ibunya.

"Ye baby boy." balas Amele sambil mengusap rambut Iyan.

"Why you look so pale?" soal Iyan sambil memegang wajah Amele.

"Is it too obvious?" soal Amele.

"Yeah." balas Iyan.

"Mommy rasa macam tak sihat sangat." ujar Amele lalu mencium dahi Iyan.

"You want me to treat you like a princess?" soal Iyan sambil memandang Amele.

"So sweet, baby. But it's okay. Mommy okay je." balas Amele.

"Okay. Tapi kalau Mommy nak apa-apa, just let me know. I will help you, mommy." ujar Iyan.

"Okay sayang."

Selang beberapa minit tiba-tiba loceng rumahnya berbunyi.

Iyan terus berlari membuka pintu kerana dia tahu Amry ingin datang.

"Don't run, boy." ujar Amele lalu berjalan ke arah pintu utama.

"Mommy bukakkan." pinta Iyan yang tidak sampai untuk membuka log pintu itu.

"Itulah. Tadi lari sangat macam lah sampai." perli Amele lalu membuka pintu.

Buka sahaja pintu kelihatan Puan Sri Amyra dan Amry berdiri di depan pintu itu.

"Mom." ujar Amele yang terkejut.

"Anak Mom. Come here." balas Puan Sri Amyra lalu mendepakan tangannya untuk memeluk Amele. Amele memeluk ibunya. Sudah lama dia tidak memeluk ibunya.

Mrs.Gibran AtlassWhere stories live. Discover now