Sudah 2 minggu Gibran, Amele dan Iyan pulang ke Malaysia. Hari mereka kembali kepada asal. Gibran kembali busy dengan projek barunya di Singapura. Amele kembali sibuk membangunkan syarikatnya di Malaysia.
Itu tidak bermakna mereka mengabaikan Iyan. Setiap hujung minggu mereka akan keluar membawa Iyan bersiar-siar.
Hari-hari, Gibran dan Amele akan pulang pukul 6 petang dan setiap hari Ahad adalah hari keluarga di mana Gibran dan Amele tidak dibenarkan untuk membuat kerja.
Hari ni jadual Amele padat. Lique juga tiada di sisi. Selalunya Lique yang akan menguruskan semua jadualnya, tetapi kali ni Amele kena uruskan sendiri.
Jam Swarovski di tangannya dipandang sekilas.
13:00 pm
Amele terus mengemaskan barang yang berselerak di atas mejanya dan mencapai handbagnya. Hari ini dia telah berjanji dengan Gibran untuk lunch bersama.
Memandangkan jarak ofis mereka agak jauh, Amele terpaksa memandu sendiri untuk ke ofis.
Sampai sahaja di keretanya, dia ternampak ada nota di atas cermin keretanya. Dia mengambil nota itu.
Die 🔪
Amele mengonyok kan nota yang ditulis dengan darah itu dan dicampaknya ke dalam kereta. Kali ni sudah masuk kali ke 5 dia mendapat nota itu.
Dia terus memandu keretanya ke kedai makanan cina muslim, Homst.
Sampai sahaja di kedai itu, Amele banyak mendiamkan diri sambil menyuap makanan ke dalam mulutnya.
Gibran yang dari tadi memerhati terus membuka mulut.
"Sayang." panggil Gibran.
Amele memandang wajah suaminya.
"Yes, biy?" tanya Amele.
"What's wrong? Tak ada selera ke? Ke ada problem dekat ofis?" soal Gibran.
Amele mengeluh.
"I dapat lagi nota tu." ujar Amele.
Gibran melepaskan nafas beratnya.
"Guna darah lagi?" soal Gibran.
Amele mengangguk.
"I tak tahu siapa. Tak tahulah kalau musuh lama. Sebab I dah lama tak buat kerja-kerja tu." ujar Amele.
"Don't worry. Aku akan cari siapa punya kerja. Jangan fikir sangat. Dah, makan." balas Gibran.
Amele hanya mengangguk.
******************
KRING KRINGiPhone Amran berdering. Semua dalam bilik meeting itu memandang ke arah boss mereka.
Amran memandang staff dia.
"Teruskan meeting. Amry uruskan." ujar Amran lalu berlalu keluar dengan iPhonenya.
"Kau asal call aku gila? Aku tengah meeting." marah Amran.
"Aku nak jumpa kau sekarang." ujar Gibran.
"Aku ada meeting lah hanat." marah Amran.
"Tinggalkan. Ni pasal Amele." balas Gibran.
Amran tiba-tiba terfikir tentang Kiran.
YOU ARE READING
Mrs.Gibran Atlass
Random[1st Book: Complete] Amele Adryana Andess - Seorang perempuan yang lembut dalam kasar. Perwatakannya seperti perempuan biasa yang lembut dan menawan. Tapi siapa sangka dia seorang mafia yang tiada siapa kenal wajahnya kerana dia adalah SNIPIECE yang...