Gibran termenung memandang bangunan KLCC dari rooftop rumah dia.
Rambutnya yang kusut itu ditiup angin malam.
Macam-macam masalah yang datang dalam hidup dia.
Lepas 2 tahun Amele pergi, ibu dia ingin menjodohkan dia dengan anak kawan baik ibu dia. Dia menolak mentah-mentah. Tetapi dalam diam dan tanpa persetujuan dia, ibu dia telah menunangkan dia dengan anak kawan baik dia.
TING TING
Gibran memandang noti yang masuk.
ASHA
You keluar jom? I boring lah duduk rumah.Okay inilah sebab kenapa Gibran benci dan menyampah dengan bakal isteri nombor 2 dia.
Aku sibuk.
Gibran mencampak iPhone nya ke meja kopi yang ada di atas itu.
"Amele. Baliklah. Aku tak nak kahwin." ujar Gibran sendiri.
Dia melepaskan nafas beratnya. iPhone dia yang berbunyi di pandang sepi.
Malas nak angkat.
**************
MADRID, SPAIN"Okay,fine. I boleh pergi majlis tu. But. I akan bawak Iyan and Emilio. You pun akan ikut sekali." ujar Amele.
"Jap. What? Aku kena ikut sekali?" soal Emilio.
"Yes. Kau kena ikut sekali. Kita berempat akan fly pergi Malaysia Rabu ni." balas Amele.
"But why?" soal Emilio lagi.
"Alah ikut jelah. Kau jadi plus one aku. Lagipun kau kan single." balas Amele.
"Tapi-"
"No tapi tapi." potong Amele.
Emilio melepaskan nafas geram dia.
"Fine!" balas Emilio.
"Good. So, Lique. Flight ticket 4 okay." ujar Amele.
"Ok, puan. Settle." balas Lique sekian lama diam.
"You boleh keluar dulu, Lique. I ada benda nak discuss dengan Emilio." ujar Amele.
Lique mengangguk faham dan berjalan keluar dari bilik itu.
"Kau tak takut ke nak jumpa Gibran?" soal Emilio.
"Kenapa nak takut pulak? Aku pergi sebab business je. Habis event tu aku fly balik sini." balas Amele bersahaja.
"Lepastu dia dah tahu lah kau stay Spain." ujar Emilio.
"Lantak dia lah." balas Amele.
"Kenapa bawak Iyan?" soal Emilio.
"Macam kau tak kenal Iyan. Dia mana boleh berjauhan dengan aku." ujar Amele.
"Suka hati kau lah Amele. Degil sangat." ujar Emilio lalu bangun dari duduk dia.
"Jangan sampai degil kau jerat hidup kau sudahlah." sambung Emilio lalu keluar dari bilik itu.
YOU ARE READING
Mrs.Gibran Atlass
Random[1st Book: Complete] Amele Adryana Andess - Seorang perempuan yang lembut dalam kasar. Perwatakannya seperti perempuan biasa yang lembut dan menawan. Tapi siapa sangka dia seorang mafia yang tiada siapa kenal wajahnya kerana dia adalah SNIPIECE yang...