FLASHBACK HARI GERARD KENA CULIK
"Boss." panggil Dyan.Boss yang dipanggilnya tadi memandang dia.
"Aku dah tau siapa Snipiece."ujar Dyan.
Lan Tyga memandang Dyan tajam.
"Siapa dia?" soal Lan Tyga aka boss Dyan.
"Isteri Gibran Atlass." balas Dyan sambil tersenyum sinis.
Lan Tyga terkejut. Dia tidak menyangka perempuan yang cantik jelita seperti itu ialah Snipiece. Dan lagi teruk dia sudah mempunyai rancangan untuk menculik Amele untuk membalas dendam terhadap Gibran.
"Tapi boss jangan risau. Kita boleh tukar plan lagi gempak." ujar Dyan.
"Apa benda?" tanya Lan Tyga.
"Gerard Atlass masih hidup."balas Dyan.
Lan Tyga mengerutkan dahinya.
"Bukan dia dah mati 3 tahun lepas ke?" soal Lan Tyga.
"Kematian dia, Gibran palsukan. Dan paling gempak kita boleh bolot semua harta Atlass dengan menggunakan Gerard." balas Dyan.
"Bagus. Sekarang ni, Gerard dekat mana?" soal Lan Tyga.
"Ini lagi satu good news. Snipiece dah ambil Gerard dan sekarang Gerard dekat mansion Snipiece." balas Dyan.
"Bagus. Kumpul budak-budak kita turun sekarang jugak. Aku tak sabar nak hapuskan dua-dua manusia jahanam tu." ujar Lan Tyga lalu tersenyum sinis.
Dyan terus berjalan keluar untuk mengumpulkan anak buah Tyga.
"Aku akan bayar balik darah yang kau dah ambil, Snipiece. Dan kau Gibran, kau akan bayar untuk semua dendam aku pada Atlass." ujar Lan Tyga.
*******************
WAKTU SEKARANG
"Kau okay tak, Amele?" soal Amran.Amele memandang abangnya lalu tersenyum nipis.
'Last Amele. Last!' ujar Amele dalam hati.
"Amele where your sniper?" tanya Amry.
Gibran terus menoleh memandang Amele.
"I'm not use it anymore. It's time aku keluar." balas Amele lalu berjalan melintasi Amry dan Gibran.
Amry memandang adiknya tidak percaya lalu mask nya ditarik menutup mulutnya.
Semua anak buah A-DarkA termasuk Amran dan Amry memakai mask kecuali Amele. Hari ini dia dah tekad yang dia akan dedahkan identiti dia.
"Ikut plan. Jangan ikut kepala korang. Move!" arah Gibran lalu berjalan mengetuai dua kumpulan mafia itu.
Amele memandang belakang badan Gibran. Dia sebolehnya tidak mahu meninggalkan Gibran, tetapi demi Gerard dia terpaksa.
Sampai sahaja di hadapan pagar mansion itu mereka sudah bersedia menembak semua anak buah Tyga yang cuba menyerang mereka.
Seperti yang mereka tahu, anak buah Tyga tidak bersedia dengan serangan mengejut ini.
"Split!" ujar Gibrab lalu melepaskan tembakan.
Amele bergerak ke sebelah Gibran dan berjalan mendahului Gibran. Itu adalah plan yang dia sendiri cadangkan.
Amele fokus dengan musuh dihadapannya. Tiba-tiba riffle nya disepak, Amele terus menoleh. Dengan pantas dia menahan tumbukan lelaki itu dan dia mula memukul lelaki itu sehingga tidak bernyawa.
Selepas berlawan dengan beberapa anak buah Tyga, Amele berjaya masuk ke dalam mansion itu.
"I'm in." ujar Amele pada earpiece nya.
YOU ARE READING
Mrs.Gibran Atlass
Random[1st Book: Complete] Amele Adryana Andess - Seorang perempuan yang lembut dalam kasar. Perwatakannya seperti perempuan biasa yang lembut dan menawan. Tapi siapa sangka dia seorang mafia yang tiada siapa kenal wajahnya kerana dia adalah SNIPIECE yang...