Tengok video atas tu untuk imagine Gibran, Raydan and Ethan lawan Kiran
Amele dan Gibran melangkah masuk ke dalam ruang gudang yang luas itu. Dan disitu kelihatan Kiran yang sedang duduk senang sambil menghisap rokok dan ditemani oleh 2 orang bodyguard di kiri dan kanannya.
"Wah hebat eh korang 4 kumpulan. Tak sangka." ujar Kiran sambil menepuk tangan dengan megah.
"By the way, aku rasa hutang aku belum langsai lagi dengan kau, Snipiece." ujar Kiran sinis.
"Kau nak apa? Nak headshot aku? Headshot lah. Tapi tak perlu nak hancurkan kan diorang." ujar Amele.
"Berani nya kamu. HAHAHA." balas Kiran sinis.
"Well, aku tak ada lah kejam nak kutip hutang dengan kau je, tapi.. Aku dengar rumor dia kata bukan kau seorang dekat situ. Tapi ada lagi seorang. Siapa eh?" ujar Kiran lalu tergelak sinis.
"Eh, sial. Aku tak ada masa lah nak dengar lawak kau. Boleh tak habiskan drama ni cepat. Aku nak balik. Nak tidur." ujar Amry.
Semua memandang Amry bengang. Siot punya Amry.
"Tak apalah memandangkan abang kau dah mengantuk teruk, kita habiskan urusan kita cepat. Ris, bawak diorang naik." arah Kiran.
Gibran, Amele, Raydan, Ethan, Amran, Amry dah Arfan sudah menggenggam penumbuk masing-masing. Tunggu masa untuk dilayangkan ke muka Kiran sahaja.
Orang suruhan Kiran yang bernama Ris itu membawa Iyan, Genyna dan Puan Sri Hazirah naik ke tingkat atas gudang itu.
"Mommy!" jerit Iyan.
"Kau lepaskan anak aku lah, sial! Aku dah cakap kan?! Kau nak aku, ambil aku! Bukan anak aku! Sial kau! Sama dengan bapak kau!" maki Amele.
"Memang layak bapak kau mati tak sempat mengucap! Tunggu anak haram dia ni mati ikut jejak bapak dia kejap lagi!" sambung Amele.
Kiran yang sedang elok duduk senang terus bangun dan meluru ke arah Amele."Eh betina." panggil Kiran.
Belum sempat dia sambung ayatnya, Gibran terlebih dahul memotong.
"Jaga bahasa kau kalau kau rasa kau nak bercakap lagi esok." ujar Gibran tegas.
"Hidup lagi ke esok?" soal Ethan sinis.
"Well. Well. Well. Look who's here?" ujar Asha sambil berjalan persis model ke arah Kiran yang sedang berdiri tepat di hadapan Amele.
Semua memandang ke arah Asha tidak percaya.
"Why terkejut ke, fiancee? Kau ingat aku bodoh nak tunggu kau? Nak setia dengan kau? Lambat lagi. Duit kau je aku pandang." ujar Asha lalu memeluk Kiran.
"Well aku memang dah tahu perangai slut kau ni. Sebab tu aku layan kau macam sampah sebab kau memang jijik kalah anjing kurap." balas Gibran.
Asha terus melepaskan pelukan dipinggang Kiran dan dia terus meluru ke arah Gibran dan ingin menampar Gibran.
Tapi belum sempat tangannya mendarat di pipi Gibran, tangannya di sepak oleh Amele.
"Jangan sentuh laki aku dengan tangan kau. Nanti penat aku nak samak." ujar Amele.
Asha terus mengeluarkan pistolnya dan diacukan ke dahi Amele.
"Wah newbie dah guna glock. Reti guna ke tak tu?" perli Amry.
Amele yang tidak gentar terus merapatkan dahinya ke pistol itu.
"Shoot me. And kau jangan ingat kau boleh keluar hidup-hidup." ujar Amele tanpa gentar.
YOU ARE READING
Mrs.Gibran Atlass
Random[1st Book: Complete] Amele Adryana Andess - Seorang perempuan yang lembut dalam kasar. Perwatakannya seperti perempuan biasa yang lembut dan menawan. Tapi siapa sangka dia seorang mafia yang tiada siapa kenal wajahnya kerana dia adalah SNIPIECE yang...