2 minggu berlalu
Hari ini semua ahli keluarga Andess berkumpul di mansion Andess iaitu rumah keluarga Amele. Jadi jangan petikai kenapa rumah Amele besar dan banyak bilik kerana itu adalah rumah keluarga Andess dan Tan Sri Arden perlu duduk di rumah itu kerana dia anak sulung.
Seluruh ahli keluarga Andess tidak lagi memandang asing kepada Amele dan Athea kerana mereka sudah berfikiran terbuka. Amele dan Athea ialah rezeki daripada Allah untuk keluarga Andess dan mereka tidak sepatutnya menolak takdir itu.
Kan bagus kalau dari dulu lagi otak diorang fikir macam tu 🙄.
"Jom convoy." ajak Arfan.
Semua sepupu Andess memandang dia. Mereka sekarang berada di dalam bilik lepak mereka yang memuatkan 30 orang.
Memandangkan mereka 9 orang sepupu dan pewaris Andess, mereka boleh dikatakan akrab walaupun waktu kecil dulu mereka tidak serapat sekarang kerana masalah perbezaan jantina.
Amran yang pertama, Amry ke 2, Arfan yang ke 3 dan Amele yang ke 4.
"Pergi mana?" soal Amry.
"Naik Genting lepak rumah atas bukit. Nak?" ujar Azry sepupu Andess yang terakhir.
"Lawa idea kau, Azry. Tak sangka otak sepupu paling akhir ni berguna." ujar Arfan.
"Amele kau okay ke?" soal Azfar sepupu nombor 5. Memandangkan Amele sedang mengandung jadi mereka kena utamakan keselesaan Amele.
"Aku okay je. Almaklumlah sekarang dah ada driver." balas Amele sambil menjeling Gibran di sebelahnya.
"Siapa driver kau?" soal Gibran yang faham maksud ayat Amele.
"Tak ada siapa." balas Amele sambil tersenyum.
"Dia buat dah sweet dia. Ada yang aku kena potong kaki kejap lagi ni." sampuk Arif, sepupu Amele yang ke 8 dan adik kepada Arfan.
"Pergi cari awek lah kalau rasa hidup tu alone sangat. Dengar pun tahu macam orang alone." sampuk Athea sepupu yang ke 7.
"Alone, alone jangan main eh. Alone bahagia apa." balas Arif.
"Dah lah korang. Dua-dua sama je alone. Bila nak pergi?" soal Azif sepupu yang ke 6.
"Minggu depan Jumaat sampai Isnin. Deal?" ujar Amran.
"Olay boleh. Lagipun Isnin tu cuti umumkan?" balas Azfar.
"Haah. Okay pukul berapa nak kumpul sini?" soal Arif.
"Kumpul sini dalam pukul 10 pagi lepastu kita gerak." ujar Amry.
"Okay. Siapa lambat tinggal." balas Azry.
"Dah lah kau, dik. Kau yang paling lambat kalau berkumpul." ujar Azfar abang kepada Azif dan Azry.
"Entah kau, dik. Bila nak punctual?" perli Azif abang kedua Azry.
"Suka hati aku lah. Aku jenis tak suka buang masa sebab tu aku sampai tepat pada waktunya." balas Azry.
"Sebab tu kau selalu kena tinggal." ujar Arif.
"Diam lah kau, setan." balas Azry.
Memandangkan Azry ni oaling muda, dia lah yang selalu kena buli dan kena bahan.
"Dah tak payah banyak cakap kita tunggu hari Jumaat." ujar Amele.
"Siapa paling lambat kena denda." ujar Amry sambil membuat pandangan yang semua faham.
"Tak payah setan!" maki Azry.
"Shh. Kau budak kecik tak tau apa." balas Amry.
"Budak kecik kau. Anak Amele tu ye kecik." balas Azry.
YOU ARE READING
Mrs.Gibran Atlass
Random[1st Book: Complete] Amele Adryana Andess - Seorang perempuan yang lembut dalam kasar. Perwatakannya seperti perempuan biasa yang lembut dan menawan. Tapi siapa sangka dia seorang mafia yang tiada siapa kenal wajahnya kerana dia adalah SNIPIECE yang...