"Kalau aku mati memang aku tumbuk siapa bunuh aku." ujar Amry sambil matanya fokus pada skrin iPhonenya.
"Kalau kau mati maksudnya antara kita ni adalah yang tak suka kau." balas Azif.
Amry memandang Azif tajam.
"Eh main pakai tangan bukan mulut setan." ujar Arfan.
Percaya atau tidak diorang main game Among Us guys. Macam budak sekolah betul perangai 🙄.
"Azry buat apa tu?" soal Azfar yang dari tadi dalam bilik security melihat CCTV.
"Aku tengah buat task lah setan." balas Azry.
"Okay Azfar bukan imposter." ujar Arif.
"Eh diam boleh tak hanat?" marah Athea.
Tiba-tiba keluar amaran yang mengatakan ada orang mati di skrin semua orang.
"Ah memang baik sangat. Acah suci eh kau." ujar Amran lalu meletakkan iPhonenya di atas riba dia tanda give up kerana masuk kali ini sudah kali ke 6 dia mati dahulu.
"Clue, Amran?" soal Amele.
"Anjing paling suci." balas Amran.
Mereka yang seakan faham terus mengvote.
Apabila masa vote sudah habis, warna putih ialah imposter.
Semua membaling bantal ke arah Amry yang membunuh Amran tadi.
"Alah biar lah. Aku pun nak jadi imposter dalam game ni asyik jadi baik je." ujar Amry.
"Anjing kau. Pergilah bunuh orang lain setan." balas Amran yang masih tidak puas hati.
Petang itu, mereka semua membuat aktiviti outdoor. Ada yang mandi pool dan ada yang berbbq.
Iyan lah manusia paling bahagia kerana semua pakcik-pakciknya bermain dengan dia dalam pool. Semasa pakcik-pakciknya bermain bola tampar dalam air, dia yang mandi pakai pelampung itu juga turut bermain. Dan ada masa Amry meletakkan dia diatas bahu Amry, dan dia dapat menampar bola itu.
Amele, Athea dan Ellysa membantu Amran dan Gibran yang sedang membakar kambing, ayam dan daging.
Selepas selesai membakar, mereka berlima duduk di gazebo yang ada berhampiran dengan kolam renang itu.
Amran dan Gibran saling berbisik. Ada sahaja idea dua orang itu kalau bergabung.
Gibran dan Amran bangun dan berdiri di tepi kolam. Amran sudah terjun masuk ke dalam kolam. Gibran memandang anaknya yang tidak habis bergelak dari tadi lalu dia memandang Amele dan dia memanggil Amele.
Amele bangun dari duduknya dan berjalan ke arah Gibran.
"Kenapa?" soal Amele.
Gibran membuka baju tshirtnya dan diserahkan kepada Amele.
"Itu je?" soal Amele geram.
"Habistu kau nak aku tolak kau?" balas Gibran sambil tersenyum sinis.
"Kalau rasa nak lebam mata you, buatlah." balas Amele lalu berjalan ke arah gazebo semula.
"Dah kenapa laki kau?" soal Ellysa.
"Gedik memang macam tu." balas Amele geram.
*********************
Sebelum mereka pulang ke Kuala Lumpur, Amele, Athea dan Ellysa dari awal lagi sudah pesan yang mereka mahu singgah Genting Premium Outlet.Para lelaki ini terpaksa lah akur. Karang tak ikut ada yang kepala hilang.
Sampai sahaja di Genting Premium Outlet itu, mereka bertiga sudah berjalan ke hadapan dahulu dan meninggalkan para jejaka di belakang.
"Perempuan memang kalau dah dapat apa yang dia nak memang kena tinggal kita dekat belakang ke?" soal Azfar geram.
"Perempuan memang macam tu." balas Azry.
"Jom pergi Adidas." ajak Amry.
"Korang pergilah. Aku teman Amele. Karang jadi apa-apa susah pulak." balas Gibran.
Walaupun musuh utama mereka dah innalillah tapi mereka tahu masih ada lagi musuh mereka yang sedang perhatikan mereka. Jadi mereka perlu berhati-hati.
"Okay kita berpecah. Nanti kita jumpa dekat Starbucks kalau dah habis shopping." ujar Amran.
Semua mengangguk dan berpecah.
Gibran, Iyan dan Amran mengikut langkah Amele, Athea dan Ellysa.
Iyan memandang daddy dia apabila nampak mommy dia shopping banyak. Gibran yang perasan pandamgan anaknya terus berbisik dengan anaknya.
"Remember daddy cakap apa masa dekat LA?" bisik Gibran di telinga kanan Iyan.
Iyan mengangguk.
"Goodboy." ujar Gibran lalu mengusap rambut anaknya.
Setelah semua selesai membeli barang mereka, semua berkumpul di Starbucks.
"Wah bukan main sikit tuan puteri kita tiga orang ni shopping." perli Arif apabila nampak bayang sepupunya masuk ke dalam cafe itu.
"Diam kau." balas Athea.
Gibran meletakkan beg-beg kertas yang ada barang Amele, dia dan Iyan.
"Shopping jugak ke bang?" soal Azry yang nampak beg kertas jenama G2000.
Gibran hanya mengangguk. Tak lama kemudian air yang mereka suruh Amran beli sampai.
"Thank you, An." ujar Athea sambil menyambut airnya.
"Welcome." balas Amran lalu duduk di sebelah Ellysa.
*******************
Genyna yang sedang fokus menonton drama Korea nya memandang pintu utama banglo keluarganya.Gerard masuk ke dalam rumah lalu duduk di sebelah adiknya.
"Abang pergi mana?" soal Genyna.
"Keluar." balas Gerard acuh tak acuh.
Genyna yang malas nak melayan abangnya terus memandang semula TV dihadapannya.
"Gibran balik bila?" soal Gerard.
"Harini kot." balas Genyna.
"Kalau dia dah balik bagitahu aku." ujar Gerard lalu bangun duduk dia dan ingin berjalan ke arah tangga.
"Tapi abang Gibran mana balik sini." ujar Genyna.
"Kau kan contact dengan Amele. Kau tanya lah dia dah sampai belum. Nanti bagitahu aku. Aku nak jumpa Gibran." balas Gerard lalu mendaki naik ke tingkat atas.
"Apa lah masalah dia ni. Call lah abang Gibran sendiri. Pabo." ujar Genyna sendirian.
"Alah scene tu dah lepas. Bodoh betul lah abang Ard ni." marah Genyna lalu dia kebelakang kan semula drama itu.
TBC
Kalau korang mengharapkan scene sweet Ellysa and Amran, maaf tiada dalam MGA mungkin ada cerita diorang nanti. And get ready cerita ni dah 90% nak sampai hujung. Jangan lupa vote. Thank u support.
#staysafe--C A Y R E N--
YOU ARE READING
Mrs.Gibran Atlass
Random[1st Book: Complete] Amele Adryana Andess - Seorang perempuan yang lembut dalam kasar. Perwatakannya seperti perempuan biasa yang lembut dan menawan. Tapi siapa sangka dia seorang mafia yang tiada siapa kenal wajahnya kerana dia adalah SNIPIECE yang...