43

4.7K 155 6
                                    

Malam itu selepas Amele menidurkan Iyan, dia terus masuk ke bilik dan kelihatan Gibran sudah siap mandi dan baring di atas katil.

Amele terus berjalan ke katil meletakkan iPhone nya di meja sisi dan terus membaringkan dirinya di atas katil tanpa menoleh memandang Gibran yang memandang semua gerak-gerinya.

"Kenapa tak cakap dengan aku yang kau balik harini?" soal Gibran sambil tangan kirinya bermain dengan rambut Amele.

"Asal? Nak halang ibu you daripada pukul anak I ke?" soal Amele sinis.

Gibran mengeluh. Tangan kirinya terus terhenti bermain dengan rambut isterinya.

"Okay. Aku minta maaf bagi pihak ibu aku." ujar Gibran.

"Maaf tu tak dapat ubah apa-apa. Dah lah I nak tidur. Mengantuk." balas Amele.

Gibran mengeluh dan dia turut memejamkan matanya.

*************
Amran memandang tajam nota dihadapannya sekarang ini. 

Jaga adik kau tu elok-elok.

-KIRAN-

 Nota itu dia dapat di atas cermin keretanya semasa dia balik dari kerja tadi. Amry disebelah tidak tahu ingin kata apa.

"Dia tuju dekat Amele kan?" soal Amry untuk mendapatkan kepastian.

"Hmmm." balas Amran.

"And now macam mana?" soal Amry.

Tiba-tiba pintu bilik itu dibuka dari luar dan terpacul lah muka seorang lelaki yang mereka sangat kenal dan sudah hampir 8 tahun tidak bersua muka.

"Arfan." ucap Amry terkejut.

"Yeah. It's me. Miss me, bro?" soal Arfan gembira lalu bersalam dengan dua sepupunya itu.

"Tak bodoh. Kau ingat aku gay ke nak rindu-rindu kau. Eee geli je." ujar Amry.

"Sial kau." ujar Arfan lalu mehempuk kepala Amry.

"Kau asal tiba-tiba sesat sampai Malaysia? Apa jadi dekat London?" soal Amran.

"London sihat je. Aku balik ni lepas dengar korang hadap musuh lama aku. Ops." ujar Arfan.

"Musuh lama kau?" soal Amran.

"Iya lah. Musuh lama aku. Kiran. Anak Karsyad. Bapak dia Amele yang bunuh. Aku yang suruh." balas Arfan.

"The fuck?" carut Amry.

"Bila masa kau bermusuh dengan dia?" soal Amran.

"8 tahun lepas masa Karsyad tu hidup dia pun sama je perangai macam anak dia. Tamak. Sebelum aku pergi London kan aku duduk Indonesia, tapi tak lama. Walaupun tak lama, aku sempat lah ada 1, 2 kawasan. Masa aku nak kawtim kawasan ke 3 tu, bapak si sial tu kacau. Dia pun nak luaskan kawasan tanah jajahan dia.

Sampai lah aku dengan Amele make a deal dengan orang tua tu. And kawasan tu aku share dengan dia. Dalam deal aku dengan dia tu, tak boleh ada business dadah or jual senjata. Masalahnya orang tua ni langgar. Dia pergi buat kilang pil kuda dekat kawasan tu. Kotor lah tempat aku.

Aku bagi dia peluang lagi untuk tutup business sial dia tu. Tapi orang tua tu degil. Dia kata rugi apa bagai. Aku kisah apa. Tengah-tengah deal dengan dia, Amele terus headshot. Sebab orang tua tu tak nak cakap elok-elok. Dah lah langgar deal lepastu berlagak betul. Memang kena headshot satu lah dengan Amele." terang Arfan.

"Oh maksudnya, Amele tak ada deal apa-apalah dengan bapak sial tu? Kau lah yang deal and Amele just tolong? Kan?" soal Amry.

"Yes. Dan sekarang aku datang sini nak tolong Amele and korang jugak." balas Arfan.

"Tapi masalahnya, minah tu tak nak. Dia tak nak dah buat kerja ni." ujar Amry.

"Biar aku slowtalk dengan dia." balas Arfan.

"Goodluck lah." ucap Amran.

"By the way, lawa nota." perli Arfan sambil tersengih.

Amran menggumpal kertas itu dan baling ke arah Arfan dan Arfan sempat menangkap kertas itu.

"Anjing." carut Amran.

Arfan hanya gelak.

****************
"Mommy." panggil Iyan sambil memanjat katil king milik daddy dan mommy dia.

Amele yang sedang lena baring di atas dada Gibran tersedar apabila mendengar suara anaknya dan dia terus menoleh.

Gibran yang elok memeluk pinggang Amele juga terbangun apabila isterinya bergerak.

"Iyan." panggil Amele lalu menarik anaknya ke dalam pelukan dia.

Gibran yang masih mamai hanya memandang.

"Kenapa ni anak Mommy?" soal Amele sambil mencium rambut anak dia.

"Nak tidur dengan mommy." ujar Iyan sambil memeluk pinggang Amele.

"Come tidur dengan mommy." ujar Amele lalu membaringkan Iyan diantara dia dan Gibran.

Gibran memberi ruang kepada anaknya untuk bearing disebelah dia dan menyelimuti badan anaknya lalu dicium dahi anaknya.

Amele membaringkan dirinya semula disebelah Iyan.

Dan mereka bertiga kembali lena.

**************
Keesokan paginya

Balik sahaja daripada jogging Gibran terus menuju ke dapur apabila mendengar ketukan kuali dengan sudip. Siapa lagi kalau bukan Amele yang sedang berperang di dapur.

"Masak apa?" tegur Gibran.

"You!" marah Amele lalu berjalan menghampiri suaminya.

"Apa?" soal Gibran.

"I baru tinggalkan rumah ni 4 hari. Asal dapur jadi pecah macam 40 hari I tak ada?" marah Amele.

Terkejut dia pagi tadi masuk wet kitchen apabila dia nampak wet kitchen dia serupa tongkang pecah.

Pinggan, mangkuk, cawan, sudu dan garfu bersepah di dalam singki. Sampah berlonggok di dalam tong sampah. Ya Allah stres nya ada laki macam kau ni Gibran.

Semalam dia balik dia terus naik dan tidak menjengah ke dapur kerana dia pulang lewat semalam selepas membawa Iyan ke klinik, dia pulang ke kondo lamanya dahulu. Kemudian pukul 10 malam baru dia balik ke rumah suaminya.

"Tak. Aku busy lah...."

"Busy apa? Sampai tak ada masa nak kemas rumah ke? Dulu elok je 5 tahun I tinggalkan you. Elok je rumah ni. Asal baru 4 hari I tinggalkan rumah ni dah macam kapal karam?!" potong Amele.

"Dulu aku hire maid. Sekarang maid tak ada. So kau kena faham lah." balas Gibran sambil tersengih.

"Sengih je lah kerja you. Pergi naik mandi. Lepastu bawak Iyan turun. Gerak dia. Sekarang." arah Amele lalu berpaling berjalan ke singki untuk membasuh alat masak yang dia gunakan tadi.

"Okay, maam." balas Gibran lalu berjalan ke lift dan naik ke tingkat 3.

TBC

Chapter 43 yang dijanjikan. Enjoy. And jangan lupa vote okay. Thank you. Esok insyallah ada 44.
#staysafe

--C A Y R E N--

Mrs.Gibran AtlassWhere stories live. Discover now