Amran dan anak buahnya memakai mask dan hoodie menutup kepala mereka. Glock di tangan sudah bersedia untuk menembak sesiapa sahaja yang cuba menghalang mereka.
"Move." arah Amran dingin.
Semua anak buahnya mengikut arahan nya.
Anak buah Gibran yang langsung tidak bersedia untuk berperang kelam-kabut mencari glock masing-masing.
"Sial punya Snipiece!" maki Gibran.
Amele memandang Gibran.
"Kau percayakan aku kan?" soal Gibran. Anak matanya menikam anak mata hazel milik Amele.
Amele mengangguk. Tiba-tiba dia terdengar bunyi tembakan di lepaskan.
Amele buat-buat takut. Untuk apa lagi? Untuk cover identiti dia lah.
"Great. Kau ikut je aku. Jangan berani-berani nak lawan." ujar Gibran.
Amele mengangguk.
"Ready?" soal Gibran. Ditangannya sudah mempunyai glock.
Amele mengangguk lagi.
"Ben cover bini aku dari belakang." arah Gibran.
'Dia sayang kan aku. Keselamatan aku dia utamakan. Tapi aku? Cuba nak bunuh dia.' getus hati Amele. Terbit rasa bersalah di hatinya.
Sampai sahaja di tingkat atas, Amele mencari kelibat dua orang abangnya sambil dia memeluk tubuh belakang suaminya seperti orang dalam ketakutan.
Layak dapat award lah kau ni Amele! 😂
Gibran melepaskan tembakan kepada anak buah Snipiece yang cuba menembak nya.
Dia memandang atas. Mencari di mana Snipiece bersembunyi.
"Sir! Snipiece tak ada!" jerit salah seorang anak buah Gibran.
'Memang lah Snipiece tak ada! Dah aku belakang dia!' getus hati Amele.
"Pandai kau kan Snipiece!" marah Gibran.
'Memang lah bini kau ni pandai!' balas Amele dalam hati.
Tiba-tiba Amele ternampak susuk tubuh abang nya yang cuba menyerang Gibran.
Amele bermain mata dengan abang nya.
'No!' ujar Amele menggunakan isyarat mata.
Amran buat tidak peduli.
Dia berlari ke arah Gibran dan cuba menyerang Gibran.
Gibran yang perasan itu cepat-cepat ingin menembak. Tetapi pelurunya habis.
Dan tersinggah satu tumbukan padu dari anak buah Snipiece. Atau lebih tepat abang iparnya sendiri tanpa dia sedar.
Gibran terus menolak Amele supaya mencari tempat berlindung.
Gubran terus membalas tumbukan dan sepakan daripada Amran. Tetapi dia tidak tahu bahawa itu adalah Amran.
Amele memandang sekeliling mansion milik Gibran.
Semua orang sedang bergaduh,bertumbuk, tembak sana sini.
Amele bangun dari tempat menyoroknya dan menghampiri anak buah dia yang sedang memukul anak buah Gibran.
Tangan salah seorang anak buahnya yang sedang menumbuk anak buah Gibran ditahan dan dipulasnya kebelakang. Dan lututnya disepak. Oleh sebab itu dia melutut di hadapan Amele.
Anak buahnya itu memandang nya. Dan Amele terus menyepak dagu anak buah dia.
Amran yang terpandang Amele berbuat sedemikian, terdetik di hatinya mengatakan Amele sudah berpaling tadah.
YOU ARE READING
Mrs.Gibran Atlass
Random[1st Book: Complete] Amele Adryana Andess - Seorang perempuan yang lembut dalam kasar. Perwatakannya seperti perempuan biasa yang lembut dan menawan. Tapi siapa sangka dia seorang mafia yang tiada siapa kenal wajahnya kerana dia adalah SNIPIECE yang...