65

6K 155 26
                                    

8 bulan kemudian

Harini genap kandungan Amele 9 bulan. Sepanjang 9 bulan dia mengandung ini, Gibran melayan dia kalah tuan puteri. Apa yang Amele minta semua dia turutkan.

Amele mengidam makan itu dia belikan. Nak ini dia sanggup cari. Ada satu hari tu, Amele tersedar pukul 4 pagi dan teringin nak makan nasi kandar original dari Penang. Mahu atau tidak Gibran terpaksa membawa Amele pergi ke Penang.

Itu tak susah lagi, yang ni lagi gempak. Amele pernah minta nya untuk belikan keropok lekor dekat Terengganu. Gibran terus terbang ke Terengganu membeli keropok lekur Amele. Bila sampai KL dia memberi Amele keropok lekur yang dia beli.  Tapi Amele menolak kerana dia mengidam keropok lekur yang ada cheese. Jadi terpaksalah Gibran terbang semula ke Terengganu.

Ada lagi ke lelaki macam tu 😆

Hari ini Amele mengemas barang bayi dan barang dia untuk dibawa ke hospital.

Pregnant kali ini Amele berasa bahagia kerana Gibran ada di sisinya. Bukan seperti masa dia mengandungkan Iyan, dia terpaksa menyusahkan Emilio dan Ivan.

"Sayang, dah siap pack ke?" soal Gibran.

"Dah. I rasa semua dah cukup. Sebab I bawak ikut dalam list ni." balas Amele.

Tiba-tiba pintu bilik tidur mereka dibuka dari luar.

"Mommy." jerit Iyan yang baru balik dari tadika dia.

Dia terus memanjat katil mommy daddy dia dengan bantuan Gibran.

Dia terua memeluk Amele.

"Bila adik baby nak keluar? Nak main dengan adik baby." ujar Iyan sambil memegang perut mommy dia yang besar itu.

"Cakap lah dengan adik baby. Tanya adik. Bila adik nak keluar." balas Amele.

Iyan terus menyoal adiknya yang dalam perut mommy dia. Tiba-tiba adiknya menendang.

Iyan teruja.

"Mommy adik kick." ujar Iyan teruja.

Amele tersenyum. Gibran yang sedang meneliti list dan barang isterinya juga tersenyum.

"Nanti adik keluar, Iyan jaga okay. Iyan buat susu adik. Iyan tukar pampers adik. Okey?" ujar Gibran.

"Kenapa Iyan pulak?" soal Iyan pelik.

"Sebab Iyan yang nak adik. Mommy daddy dah bagi. Iyan jagalah. Kesian mommy penat. Daddy nak kerja. So Iyan lah kena jaga." balas Gibran.

Iyan sudah pandang ayahnya pelik.

"Mana ada budak kecik jaga baby." ujar Iyan.

Amele tersenyum.

"Daddy gurau je lah." ujar Amele sambil mengusap rambut anaknya.

Iyan terus memandang geram ke arah ayahnya yang sedang menggelakkan dia.

"Daddy ni. Tak nak kawan." rajuk Iyan.

"Nak jadi abang dah pun kuat merajuk lagi. Macam mana nak jadi big brother?" usik Gibran.

"Mana ada merajuk." balas Iyan dengan muncungnya masih kelihatan.

"Gaduh jelah korang berdua ni. Penat mommy nak layan." ujar Amele.

***********************
Puan Sri Amyra memandang suaminya dan kemudian memandang Amran.

"Betul ke apa yang saya dengar ni, bang?" soal Puan Sri Amyra sambil memandang suaminya.

"Betullah Mom. Tak kan Amran nak tipu." balas Amran sambil memandang ibunya.

Mrs.Gibran AtlassWhere stories live. Discover now