"Mommy tolong ikatkan." pinta Iyan sambil menghulurkan kasut barunya.
Amele yang sedang mengikat tali kasutnya memandang Iyan.
"Come."
Iyan berjalan ke arah mommy dia. Lalu Iyan mengikat kasut anak nya.
"Amele. Speck yang aku suruh kau bawak turun mana?" soal Gibran.
"Tu atas meja Gibran." balas Amele yang sedang sibuk mengikat tali kasut anaknya.
"Okay. Jom." ajak Gibran lalu berjalan ke kereta BMW i8 miliknya.
Amele memberi laluan kepada Iyan untuk masuk terlebih dahulu kerana kereta itu hanya ada dua pintu walaupun 5 seat.
"Daddy kita nak pergi mana?" soal Iyan.
"Breakfast." balas Gibran.
"Tapi daddy nak pergi drive thru Starbuck dulu. Nak beli coffee." sambung Gibran.
"Wah. Nak air coklat." ujar Iyan.
"No. You dah minum semalam." kata Amele.
"Alah, nak sikit je." ujar Iyan.
"Still no." balas Amele.
"Alah." rajuk Iyan.
"Okay. Okay. Daddy beli air coklat. Kita share." pujuk Gibran apabila nampak anaknya sudah muncungkan bibir.
"Yay! Sayang daddy!" ujar Iyan.
Amele hanya menggeleng kepalanya. Pening apabila Gibran suka manjakan anaknya.
************
Selepas makan pagi, Gibran membawa Amele dan Iyan ke Pavilion sebab Iyan sibuk memujuk daddy dia untuk bawa dia ke Pavilion.Gibran hanya melayan karenah anaknya dan membawa anaknya ke Pavilion.
Sampai di Pavilion, Iyan seolah jakun apabila ternampak patung Ironman di hadapan mall itu.
Dan dia sibuk mengajak mommy dan daddy dia bergambar di situ.
Setelah berjalan sakan di mall itu, mereka berhenti makan di Quavo.
Iyan paling berselera makan di restoran itu.
"Makan pelan-pelan Iyan." tegur Amele.
Iyan hanya tersengih.
"Esok flight kau pukul berapa?" soal Gibran lalu menyuap makanannya ke dalam mulut.
"Flight? Mommy nak pergi mana?" soal Iyan.
"Mommy nak balik Spain sekejap. Esok pukul 4 petang." balas Amele.
"Lama ke?" soal Iyan.
"Sekejap je sayang. Seminggu je. Lepastu mommy balik. Kalau kerja mommy siap awal mommy balik awal." balas Amele.
"I'll miss you." ucap Iyan.
"I'll miss you too, sayang." balas Amele.
"Rindu anak je? Aku kau tak nak rindu?" soal Gibran.
Amele menjeling suaminya yang duduk di sebelah kanannya.
"You rindu i ke?" soal Amele sambil mengangkat kening nya.
"Of course lah aku rindu bantal peluk aku." balas Gibran.
"Gedik lah you." ujar Amele lalu meneruskan suapan dia.
Selang beberapa minit, Amele perasan yang suaminya hanya diam.
'Terasa hati ke mamat ni?' getus hati Amele lalu mengangkat wajahnya.
YOU ARE READING
Mrs.Gibran Atlass
Random[1st Book: Complete] Amele Adryana Andess - Seorang perempuan yang lembut dalam kasar. Perwatakannya seperti perempuan biasa yang lembut dan menawan. Tapi siapa sangka dia seorang mafia yang tiada siapa kenal wajahnya kerana dia adalah SNIPIECE yang...