EPILOG

6.1K 129 10
                                    

Raydan berjalan melepasi pintu bilik wad VVIP milik Amele. Dia tersenyum melihat penderitaan yang dilalui oleh Amele akhirnya berakhir. 

'Akhirnya kau bahagia pun, Amele.' getus hati Raydan.

Tapi kebahagiaan Amele bukan penghujung untuk RAGE. Perjalanan RAGE masih jauh. Tanpa pengetahuan Amele, Raydan telah merancang sesuatu untuk RAGE dan semestinya rancangan itu akan membawa untung kepada RAGE.

Raydan terus berjalan keluar dari hospital swasta itu. Tiba-tiba bahunya dilanggar. Dia berpaling memandang gerangan yang melanggar dia.

Kelihatan susuk tubuh seorang wanita yang memakai hoodie menutupi wajah si dia, dan menyebabkan Raydan tidak dapat mengecam wajah si dia. Jelas wanita itu dalam keadaan kelam-kabut. Buktinya, dia memohon maaf dengan tergesa-gesa tanpa menoleh memandang Raydan dan terus berlari meninggalkan Raydan di situ.

"Jangan jumpa aku lagi." ujar Raydan sendiri lalu menepuk bahu baju nya yang dilanggar oleh perempuan itu.

Dia berlari menuju ke kereta Lamborghini Revuelto miliknya memandangkan hujan turun semakin lebat. Masuk sahaja ke dalam kereta, dia mencapai iPhone miliknya. Nombor Danish di dial. Selang beberapa saat Danish menjawab panggilannya. Untung sahaja kerana seorang Danish Ilman tidak suka menjawab call.

"Ye sayang." seru Danish dihujung talian.

"30 minit lagi aku sampai. Pastikan semua ada." balas Raydan ringkas lalu mematikan panggilan. Sudah semestinya tindakan itu akan menerima makian daripada Danish tanpa henti.

--C A Y R E N--

Mrs.Gibran AtlassWhere stories live. Discover now