Sebelum anda memulakan pembacaan cerita ini, pastikan membaca terlebih dahulu nota yang saya lampirkan di bawah ini:Cerita ini merupakan 100% hak cipta milik penulis @missyhzy29. Sebagai penulis cerita ini, saya tidak membenarkan sesiapa untuk meniru, mencuri mahupun menerbitkan buku ini di mana-mana laman web tanpa kebenaran saya.
Saya juga tidak membenarkan anda untuk menjual dan menterjemah (translate) cerita ini kepada lain bahasa tanpa kebenaran saya terlebih dahulu.
Semua nama dan kisah di dalam cerita ini tiada kaitan dengan yang sudah hidup dan yang sudah mati. Semua yang berlaku di dalam cerita ini hanyalah rekaan semata-mata dan bukannya berniat untuk menjatuhkan atau mempermainkan pihak lain.
Sekiranya nama dan peristiwa yang ada di dalam cerita ini terjadi pada realiti, itu sekadar kebetulan sahaja kerana cerita ini merupakan 100% idea asal penulis cerita ini. Saya sebagai penulis cerita ini tidak meniru mahupun mencuri jalan cerita orang lain.
INTAN Sofea berjalan-jalan di sekitar kawasan bangunan kedai itu. Sudah 7 kali dia masuk ke kawasan sana untuk mencari kerja. Malangnya tiada siapa ingin mengambilnya sebagai pekerja. Bukannya dia tidak berpelajaran. Malah dia mendapat keputusan spm yang cemerlang.
'Macam mana nak bayar kos rawatan ibu? Aku tak da duit.' Desis hatinya sambil berjalan-jalan. Sedang dia berjalan dia terlanggar seorang wanita dan membuatkan dia tersungkur jatuh bersama sijil spmnya.
"Auch" Katanya sambil cuma untuk berdiri. "Maafkan saya Cik" Kata wanita separuh abad itu. "Meh saya tolong awak bangun" Ucapnya lalu menghulurkan tangannya. Intan Sofea lantas menyambut tangan tersebut.
"Awak tak apa-apa ke?" Tanya wanita itu. Di sebelahnya ada seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan umur 20-an. Mungkin juga anaknya. Tak kan anak ikan kan? Eh ada pula main tuduh. Tak baik tau.
"Saya ok. Tak da apa-apa" Intan Sofea membalas sampai tersenyum. "Jom kita pergi ke cafe dulu" Ucap wanita itu sambil menarik tangan Intan Sofea. "Rash jom" Dia memanggil lelaki itu. Lelaki itu hanya menuruti.
"Maafkan makcik lah terlanggar awak tadi Cik..." Katanya. "Intan. Intan Sofea" Sampuk Intan Sofea memberitahu namanya. "Nama makcik Tengku Faridah. Ni anak makcik Tengku Arash" Ujarnya. Mak ai macam mana pula aku boleh terlanggar orang keturunan tengku pula ni.
Matanya terpandang ke atas sijil yang dipegang oleh Sofea. "Intan nak cari kerja je?" Soalnya. "Ye saya nak cari kerja. Dah dekat seminggu juga saya cari tapi mungkin bukan rezeki saya lagi kot" Balas Intan Sofea perlahan.
Lelaki itu hanya mendiamkan diri. Dari tadi matanya tidak beralih dari telefonnya. Mungkin tengah berchat dengan teman wanita sebab tadi Intan Sofea terpandang lelaki itu sedang tersenyum memandang ke arah skrin telefonnya.
"Ma Rash pergi dulu boleh? Irdina dah tunggu" Ujarnya. "Hmm ye lah. Dating je lah kerja kamu. Dah pergilah" Kata Tengku Faridah. Anak lelakinya itu hanya tersengih. Arash bersalam dengan mamanya lalu berlalu pergi.
"Begitu lah dia tu. Tak keluar siang dia keluar malam. Sanggup keluar tengah malam semata-mata nak jumpa kekasih hati dia tu" Kata Tengku Faridah. Dengar suaranya macam tak suka je dengan wanita bergelar teman wanita anak lelakinya itu.
"Biasalah Tengku. Orang muda" Jawab Intan Sofea. Mula-mula nak panggil makcik sahaja tapi bila tahu wanita di hadapan dia ini keturunan Tengku terus timbul rasa hormat dalam dirinya. Macam tak manis pula panggil makcik.
"Oh ya Intan nak order apa-apa?" Tanya wanita itu. "Makcik belanja" Katanya lagi. Dari tadi dia sedar gadis itu memanggil dirinya sebagai tengku walaupun dia telah banyak kali menyebut dirinya sebagai makcik. 'Bagus budak ini. Hormat orang.'Bisiknya di dalam hati.
YOU ARE READING
I'm The One
Romance[ C O M P L E T E ] (BEFORE THIS KNOWN AS PEREMPUAN JIJIK ) Sinopsis Salahkah diriku ini dilayan dengan baik? Hina sangat ke aku ni? Hina sangat ke aku ni sebagai anak bekas pelacur? Hina sangat ke ibuku yang dahulu seorang pelacur? Hinakah ibuku w...