Ain Insyiraa vs Irwan Syah

134 4 1
                                    

Baru sahaja Insyiraa hendak memasukkan telefonnya ke dalam beg sandangnya, tiba-tiba telefon itu berdering semula. Tertera nama Irwan pada telefonnya. Segera dia menekan tanda hijau pada skrin telefonnya.

     "Hello Irwan, Assalamualaikum...",

     "Waalaikumsalam Insyira...kamu di mana? terdengar suara Irwan seperti tergesa-gesa..

    "Depan studio.., tunggu uber...kenapa?", soal Insyiraa kehairanan.

     Kenapa dengan Irwan ni, baru sebentar dia keluar dari studio berjumpa mereka. Fikir Insyira.

    "Tunggu aku.."terdengar talian telefon dimatikan.

     Insyiraa kehairanan. Dah kenapa Irwan ni. Tergesa-gesa sangat. Aku ada tertinggal apa-apa ke kat dalam. Benaknya tertanya-tanya.

     Serentak dengan itu sebuah kereta Toyota Avanza putih membelok dari simpang hadapan dan berhenti di hadapannya. Melihat nombor plat pada kereta itu, Insyiraa pasti amat itu uber yang ditunggunya.

      Belum sempat dia menapak, tiba-tiba namanya dipanggil,

    "Insyiraa...", kelihatan Irwan tercungap-cungap berjalan ke arahnya.

    "Kenapa ?" soal Insyiraa hairan.

    Irwan hanya menunjukkan isyarat tangan supaya Insyiraa tunggu. Pemandu kereta uber itu didekati oleh Irwan sambil mengeluarkan dompet dari saku jeansnya.

    " Maaf pak, cancel ya...berapa ongkosnya, aku bayarkan" pemandu uber itu turut terpinga-pinga seperti Insyiraa. Dia turut serba salah untuk mengambil wang itu dari Irwan.

    " Maaf pak, terima aja wangnya...ada salah faham sedikit..," Insyiraa cuba menenangkan keadaan walau pun dia sendiri tidak faham situasi itu.

     Setelah pemandu Toyota Avanza itu berlalu pergi,

    " Insyiraa, ayuh aku temanin kamu..,"Irwan mengajak Insyiraa membuntutinya.

    "Eh, sebentar....sebentar...apa semua ni ? ...cuba terangkan..", bingung Insyiraa dibuatnya.

     Pemuda yang kebiasaannya kurang bercakap dan agak pemalu itu bertindak di luar batasan fikiran Insyiraa. Apa semua ni, tak faham sungguh.

     "Aku tahu kamu terasa hati sama aku kan...",Irwan pula menyoal Insyiraa sambil menatap tajam wajahnya. Tak sanggup menatap pandangan sepasang mata Irwan yang tajam menikam pada wajahnya, sengaja Insyiraa memandang ke arah jalan. Dia sedar akan pandangan aneh beberapa pelanggan kedai makan berhadapan studio itu ke arah mereka.

      "Insyiraa..., Demi Allah aku langsung ngak sadar yang kamu nelfon aku tadi. Sedari pagi telefon aku tinggalkan di bilik sound. Aku cuma sadar apabila kamu udah keluar dari studio ...", terang Irwan sambil menekan suis on pada remote kereta vios putih miliknya dan memasukkan walletnya pada poket belakang seluar jeansnya.

     Insyiraa tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Baru dia faham situasi sebenar.

     "Saya faham kamu lagi sibuk Irwan. Saya tak nak menyusahkan kamu. Sebab itulah saya ke sini pun secara senyap. Saya kalau boleh tak mahu susahkan sesiapa.Lihat saja sekarang, kamu dah jadi kelam kabut disebabkan saya..."Insyiraaa cuba lagi menenangkan keadaan.

     Sejujurnya dia langsung tidak marah atau terasa hati bila callnya serta mesejnya tak berjawab. Dia faham benar siapa Irwan walau baru sahaja berkenalan. Seorang yang tak suka buang masa dan sangat komited dengan tugasnya. Hal-hal lain akan ditolak ketepi dahulu.

     Hati Irwan terasa sedikit lega apabila mendengar penerangan Insyiraa itu. Barulah terukir senyuman pada wajah Irwan. Manis seperti biasa.

    "Makasih Insyiraa, walau gimana pun aku tetap rasa bersalah sama kamu...maaf banget...ayuh", Irwan membuka pintu keretanya di sebelah penumpang. Insyiraa serba salah. Tidak biasa dia dengan layanan begitu, lagi-lagi di tempat asing itu.

     Irwan bergerak ke sebelah pintu pemandu setelah menutup pintu untuk Insyiraa dan melabuhkan punggungnya pada seat pemandu. Baru sahaja meletakkan handbreaknya, teringat pula Irwan yang beg sandangnya tertinggal di dalam. Tersenyum sendiri sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Lalu handbreaknya ditarik semula. Benar kata Insyiraa, semuanya berantakan disebabkan perawan seberang ini.

Lagi sekali Insyira kebingungan melihat gelagat Irwan, tersenyum-senyum sendiri pulak.

CINTANYA AMPUH DI BUMI BANJARWhere stories live. Discover now