Irwan Bakal Bernikah...

24 2 0
                                    

      "Ya, kalau nama gelaran saya sebagai pensyarah anda ialah Dr Ain Insyiraa...tapi itu hanya gelaran, bukan untuk bermegah..."ujarnya memandang tepat pada Irwan.

Irwan hanya tersenyum sinis. Tak disangkanya Insyiraa berani menjejakkan kaki ke bumi ini lagi. Untuk apa..? Untuk menyakitinya lagi..

"Dr Ain telah berkahwin..?"kedengaran suara dari belakang pula bertanya.

"Anda rasa...?" Insyiraa cuba berteka teki pula.

"Mana mungkin Dr yang manis lagi bijak ini belum dimiliki..."ujar pula yang lain.

Insyiraa tersenyum lagi sambil menggeleng-gelengkan kepalanya..

Lalu kelas pertama bagi pelajar pasca sarjana semester akhir itu bermula. Sumpah Irwan langsung tak dapat apa-apa ilmu pun hari itu. Cuma yang bermain di mindanya hanya perasaan sakit hati dan benci yang membuak-buak kepada Dr muda di hadapannya.

Slide presentation dari power point menerusi laptop Insyiraa dirasakan seperti kilat yang memancarkan lagi api kemarahannya. Suara lunak Insyiraa sangat-sangat menyakitkan ruang pendengarannya.

Sepanjang lebih kurang dua jam tutorial pertama untuk semester akhir itu hanya yang tergambar di fikiran Irwan adalah malam jahanam di mana berakhirnya hubungan cintanya bersama Ain Insyiraa.

Masih terbayang di matanya bagaimana anggunnya Insyiraa menapak masuk dari pintu utama lounge dengan dress labuh hijau emerald. Terasa sakit hatinya bagai disiat-siat sembilu tatkala melihat Insyiraa berjalan seiringan dengan Adam Harris bagai pinang dibelah dua...terbayang mesranya....

"Saudara Irwan Syah..."lamunannya terhenti bila namanya diseru.

"Ya Dr.."selamba juga dia menjawab.

"Pastikan on time next class ya.."sengaja Insyiraa mengingatkan perkara itu tatkala dilihatnya Irwan memang hilang tumpuan pada kelasnya..

"Selepas ini Irwan lagian lambat ke kelas Dr..Udah mahu jadi pengantin baru tuh..."usikan seorang rakan Irwan betul-betul menyentap gegendang telinga Insyiraa.

Dia hanya melepaskan pandangan pada Irwan yang hanya tersenyum sinis padanya dan bergerak keluar seiring dengan pelajar lain.

Melihat dari reaksi Irwan itu, memang benci benar dia dengan Insyiraa. Mahu sahaja dia menahan langkah Irwan untuk bertanya duduk sebenarnya perkara itu. Namun dia bukan lagi Ain Insyiraa yang tiga tahun dahulu.

Biarlah Irwan menemui kebahagiaannya sendiri. Bagi dia istilah bahagia telah lama dipadamkan dari kamus hidupnya. Bahagia bagi Insyiraa adalah apabila melihat orang lain bahagia...

Hadirnya dia ke bumi Banjar kali ini bukan untuk mengejar semula cinta yang tak kesampaian tapi untuk menjernihkan kembali suasana dan mencurahkan baktinya di sini juga membuktikan cintanya pada bumi ini.

"Kak Syiraa...!"tona suara itu memang cukup Insyiraa kenal.

Langkahnya dihentikan serta merta dan menoleh ke arah suara itu...

"Nurul Aisyah...!"Aisyah melangkah laju menghampirinya.

Dua kejutan pada hari yang sama.

Mereka berpelukan erat. Aisyah menangis teresak-esak di bahu Insyiraa.

"Dah la tu dik, kamu pelajar di sini ya..?" soal Insyiraa tatkala melihat tanda nama pada dadanya.

Dan petang itu mereka bercerita lama sekali.

"Kapan kak Syiraa ke desa kami lagi?..kami semua rindu banget sama kakak.."ujar Aisyah mengakhiri pertemuan panjang mereka petang itu.

"Nanti la Aisyah...sampaikan salam kakak pada ibu, pada abah ya kalau Aisyah pulang..."ujar Insyiraa dengan airmata yang bergenang bila terbayangkan wajah lembut ibu Irwan itu serta redup wajah abah mereka yang agak pendiam.

"Kak, jangan marah ya kalo aku lagi mahu nanya...?"teringat pada gurauan Insyiraa bertahun-tahun yang lalu,

"Sejak bila perlu bayar jika mahu bertanya.."

"Ya Aisyah.."ringkas jawapan Insyiraa sambil menumpu pemanduannya ke destinasi menghantar pulang gadis sunti di sebelahnya.

"Kak Syira ke sini sama siapa..? Mana suaminya...?"ujar Aisyah perlahan.

Insyiraa hanya tersenyum hambar sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Matanya melirik pada Aisyah yang saat itu masih merenungnya dengan wajah yang ingin tahu.

"Apa kamu lihat Kak Syiraa ini seperti isteri orang..?"disoalnya pula Aisyah.

Aisyah terkesima lagi. Ternyata omongan abangnya Irwan tiga tahun dulu palsu belaka. Kalau Kak Syiraa telah ada pilihan lain kenapa sampai saat ini dia masih keseorangan..? getus benaknya.

"Jadi Kak Syiraa belum bernikah..?"soal Aisyah ingin kepastian.

Insyiraa hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Beza benar tingkahnya berbanding tiga tahun dahulu pada pandangan Aisyah. Sudah tidak lagi ceria. Senyumannya juga makin hambar.

" Jadi apa yang bang Irwan kabarkan ke kami semuanya palsu belaka..?"soal Aisyah kembali.

"Apa yang bang Irwan beritahu mengenai kakak..?Insyiraa memberhentikan keretanya di bahu jalan apabila mendengar kata-kata Aisyah itu.

Aisyah makin serba salah. Bimbang perkara yang tidak diingini berlaku lagi.

"Bang Irwan bilang kakak udah ada pilihan lain, orang senegara kakak..dan bang Irwan melarang kami nanya apa-apa lagi mengenai kakak.."akhirnya Aisyah bersuara juga.

Insyiraa terpaku sebentar mendengar ungkapan Aisyah itu. Tak disangkanya hanya dengan situasi malam itu Irwan telah membuat kesimpulan sendiri mengenai duduk sebenar perkara itu.

"Apa... Aisyah, ibu dan abah percaya dengan kata-kata bang Irwan itu..?"soal Insyiraa ingin kepastian tanpa menyedari Aisyah tidak patut dilibatkan dalam hal itu.

"Kami ngak fikir bang Irwan sanggup menipu dalam perkara sebesar ini kak..."ujar Aisyah pula.

Ternyata gadis genit itu telah matang sebenarnya seiring dengan masa. Fikir Insyiraa.

 "Maafkan kak Syiraa Aisyah, kakak tak patut melibatkan Aisyah dalam hal ini...maafkan kakak ya..."ujar Isyiraa sambil mengusap-usap lembut bahu Aisyah.

Airmata Aisyah bergenang. Hancur harapannya untuk melihat perawan di sebelahnya menjadi suri hati abangnya juga sekali gus kakak iparnya.

"Aisyah ngak percaya sebenarnya yang kakak ada pilihan lain selain dari bang Irwan...ceritalah hal sebenarnya kak..!" pinta Aisyah.

Insyiraa melepaskan keluhan berat sambil memandang sayu pada Aisyah di sebelahnya.

"Aisyah.., sekali lagi kakak nyatakan kakak ngak mahu melibatkan Aisyah dalam hal ini..Aisyah masih muda..Aisyah masih belajar...cukuplah kakak katakan yang bang Irwan telah tersalah faham dan tertipu dengan pandangan matanya.."

"Kak Syiraa tahu ngak yang bang Irwan akan bernikah dalam masa yang terdekat ni..?tanya Aisyah tiba-tiba.

"Ya, kakak tahu Aisyah..."jawab Insyiraa ringkas.

Aisyah terkejut dengan jawapan ringkas Insyiraa itu.

"Gimana kakak tahu..?

CINTANYA AMPUH DI BUMI BANJARWhere stories live. Discover now