" Kenapa pula ni..",Insyiraa turut tersenyum melihat gelagat pemuda berkulit hitam manis itu.
"Aduh, sekejap ya Insyiraa,...aku tertinggal barang di dalam...", Irwan keluar dari kenderaannya dan menapak semula ke arah studio...
"Ok ..", Insyiraa cuma memerhatikan pergerakan pemuda itu. Sangat sederhana orangnya dengan berseluar jeans biru gelap dan ber 't' shirt putih. Jaket hitamnya ditinggalkan di kerusi pemandu.
Teringat kembali seawal pagi tadi. Serba salah juga Insyiraa untuk datang ke sini apabila panggilan dan mesejnya kepada Irwan tidak berjawab. Namun dia faham sangat akan sikap Irwan yang sangat fokus pada kerjanya. Apatah lagi itu yang menjadi minatnya sejak kecil. Muzik. Nombor telefon Anang, Nasman serta rakan-rakan Irwan yang lain tiada pula dalam simpanan telefon baharunya.
Sejujurnya dia tidak mahu mengganggu mereka bekerja.Itu sebabnya juga hanya sekejap sahaja dia menjengah ke studio mereka tapi disebabkan dia sudah terlanjur ke sini dan membawa buah tangan dari negaranya Malaysia, iaitu beberapa helai pakaian dan topi untuk rakan-rakan Indonya itu yang dikenalinya tatkala dia berkunjung ke Pulau Bali tahun lepas. Digagahkan juga kakinya melangkah ke sana. Lagi pun jarak dan waktu bukannya dekat untuk dia selau-selalu ke sini.
Tak disangka pula kunjungannya ke Bali tahun lepas atas urusan tugas telah membawa perkenalannya dengan sebuah band muzik yang mana Irwan adalah gitarisnya. Antara mereka berlima, Insyiraa lebih mengenali Irwan kerana semasa menaiki flight pulang ke Malaysia, ditakdirkan Insyiraa duduk bersebelahan dengan Irwan.
Waktu itu Insyiraa terpaksa pulang dahulu meninggalkan teamnya bersama prof Nizam. Tiada flight lain untuk ke Kuala Lumpur kecuali Flight Lion Air yang akan transit di Airport Banjarmasin sebelum ke Malaysia. Sementara Irwan bersama bandnya akan bertolak pulang ke Banjarmasin setelah menerima undangan menyanyi dalam majlis perkahwinan kenalan mereka di Pulau Bali.
Kebetulan Insyiraa juga hadir pada majlis itu kerana diajak oleh Prof Nizam. Anak salah seorang kenalan Prof Nizam katanya. Di situlah dia bersama rakan-rakannya diperkenalkan dengan band Irwan. Kagum dengan suara Anang dan ahli-ahli band yang lain menyanyikan lagu lama dan baru. Apatah lagi lagu Fatwa Pujangga yang menjadi kegemaran Insyiraa turut dinyanyikan..
Antara kelima-lima orang ahli band itu, Insyiraa sedar yang Irwan paling pendiam dan pemalu. Tak banyak bersuara hanya tersenyum sahaja. Anang, penyanyi itu yang paling peramah, serta yang paling muda, Nasman pula kuat mengusik dan paling ceria. Mereka semua dijemput makan semeja.
Hendak dijadikan cerita di pertengahan jalan untuk pulang ke hotel, kereta yang mereka tumpangi pula rosak. Group itu juga yang bersusah payah membantu mereka. Tak disangkanya Irwan mahir juga dalam bidang membaiki enjin kereta selain mahir memetik gitar.
Saat dia menekan loceng pada pintu masuk studio tadi, hatinya masih berbelah bahagi samada mahu menjengah ke dalam atau tidak.
"Eh, orang jauh rupanya....kak Syira...sila masuk kak...bang Anang sama bang Irwan lagi rekod lagu di dalam..", mesra sekali si Nasman menyambutnya di muka pintu.
"Saya tunggu di sini saja boleh...lagi pun saya tak nak ganggu mereka", Insyiraa serba salah untuk masuk.
"Eh, jangan kayak itu kak, bang Irwan sama bang Anang tentu suka banget bila ngeliat kakak di sini...", pekat benar loghat Indonya pada pendengaran Insyiraa..namun Insyiraa amat kagum dengan keramahan sahabat serumpunnya itu. Walau hanya pernah sekali bertemu muka dan bercerita tapi seolah-olah telah bertahun saling mengenali.
Serentak itu juga Insyiraa membuntuti Nasman ke dalam. Apabila pintu dibuka, terlihatlah bilik rakaman bercermin di hadapannya. Kelihatan dua orang yang memang dikenalinya iaitu Anang yang sedang menyanyikan lagu dan Irwan yang sedang asyik memetik gitar.Lagi seorang penyanyi wanita yang tidak dikenalinya. Insyira dengan spontan melambai kepada mereka apabila merasakan kehadirannya ke situ disedari mereka. Terlupa pula yang mereka dalam sesi rakaman.
Irwan yang asyik dengan gitarnya amat terkejut dengan kehadiran Insyiraa di situ. Sungguh tak disangkanya gadis seberang itu akhirnya datang berkunjung ke tempatnya. Konsentrasinya pada gitar kesayangannya sedikit tersasar, namun dia masih profesional. Sengaja dia berlagak selamba dengan membalas lambaian Insyiraa dengan senyuman manis terukir di bibir.Hanya Tuhan sahaja tahu betapa girangnya dia di saat itu. Terlupa sekejap pada perutnya yang lapar sedari pagi minta diisi.
YOU ARE READING
CINTANYA AMPUH DI BUMI BANJAR
RomancePerjuangan cinta yang tak bertepian...perjalanan trilogi cinta yang maha merumitkan... "Ternyata kamu bawa jiwa dalam setiap petikan gitarmu Irwan. Tak semua gitaris punya bakat seperti kamu"..ungkap Insyiraa kagum.. "Mati pun aku sanggup demi gadis...