CHAPTER 3 (AKHIR) Kembali Ke Banjar...

24 2 1
                                    

Dan hari itu tiba juga, hari di mana Insyiraa menjejakkan kaki buat kali keduanya di bumi Banjar. Kali ini terasa lain amat. Seolah Lapangan terbang Syamsudin Noor itu terhampar luas dan menyatakan ucapan selamat datang kepadanya.

Sementara menunggu kenderaan tiba untuk mengambil dan membawa mereka ke ULM, Insyiraa mengepost share locationnya kepada Irwan. Sengaja dia mahu mengejutkan Irwan sebab sebelumnya dia tidak memberitahu Irwan lagi tentang kedatangannya ke kota Seribu Sungai itu.

Irwan pula seperti biasa tatkala itu sibuk dengan groupnya. Mereka sedang berbincang mengenai konsep video terbaru mereka. Telefonnya seperti biasa dimutekan, ditinggalkan berhadapan komputer di bilik sound.

Tentang pemilihan lagu diserahkan bulat-bulat kepada Anang. Sementara yang lain menentukan konsep persembahan. Irwan yang akan menentukan corak muzik yang bagaimana untuk ditampilkan.

Seperti biasa juga Irwan terlepas mengambil sarapan paginya.

"Sarapan tu penting Irwan untuk kita melancarkan kerja sebelum tengahari..."teringat kata-kata Insyiraa setahun yang lepas.

"Makin susut badan anak ibu ni..apa kamu sakit?"soalan ibunya minggu lepas menerjah kembali fikirannya.

Lapar juga perutnya. Tapi nanti-nantilah aku makan. Fikirnya. Dia mahu siapkan dulu kerjanya. Kord gitar pada lagu yang telah dipilih perlu dicari terlebih dahulu..kemudian dia akan memainkannya dahulu..selepas itu menentukan kesesuaian melodi...,

"Bang, makan dulu dong..."Anang menjengah ke dalam dengan bungkusan makanan di tangan.

"Alhamdulillah...memang sedang lapar ni..."ujar Irwan pula.

Serentak dengan itu Irwan bangun dari kerusinya serta mencuci tangan dan menyertai Anang duduk bersila di atas lantai.

Tatkala membuka bungkusan makanan itu, segera fikirannya menerawang setahun yang lalu di mana dia bersarapan nasi kuning di atas bot bersama Insyiraa. Tersenyum sendiri dia.

"Apaan bang Irwan..? senyum sendiri...kenangkan buah hati..? Anang seolah dapat membaca fikiran Irwan.

Irwan kembali tersenyum memandang Anang yang sedang menyuapkan nasi ke mulut. Teringat pula pada telefon di atas meja berhadapan komputer. Lantas Irwan bangun semula dan mencapai telefon di atas meja itu.

"Makan dulu dong bang..."ujar Anang lagi bila melihat Irwan bangun semula.

"Mashaallah..."terungkap kalimah itu di bibir Irwan tatkala melihat notification pada telefonnya.

"Apaan bang...?"terkejut Anang.

Terus Irwan mendail nombor telefon Insyiraa. Nasi yang baru dijamahnya ditinggalkan sebentar. Senyumannya makin melebar.

"Hello Assalamualaikum Insyiraa...kamu di mana sekarang..?"

Mendengar sahaja nama itu baru Anang faham sendiri melihat senyuman Irwan tadi.

"Mahu aku jemput..?"

"Waalaikumsalam, tak perlu Irwan, saya datang bersama group kolej ni...kami dalam van..nak ke ULM"

"ULM, oo...ada projek lagi ya..."

"Ya Irwan.., kamu sudah makan ke belum ni...?"

Pelik, Insyiraa seolah tahu yang Irwan baru hendak menjamah makanan saat itu.

"Belum....aku baru buka bungkusan nasi, kemudian terbaca mesej kamu...ngak percaya aku yang kamu ke sini lagi..."

"Ok, kalau begitu kamu sudahkan makan dulu...saya lama lagi di sini...hampir satu bulan.."

Hati Irwan betul-betul berbunga riang mendengar perkhabaran Insyiraa itu.

Bersemangat sekali Irwan bekerja pada hari itu bila memikirkan buah hatinya ada di tempatnya. Menghirup udara yang sama dan berpijak di bumi yang sama.

Patutlah hatinya tak sabar untuk melihat telefon bimbitnya tadi sebelum menjamah makanan. Rupanya...aduh Insyiraa...kamu muncul lagi di sini..terima kasih ya Allah, Kamu kabulkan doaku...hati Irwan berbisik riang.

Sudah sarat benar bebanan rindunya pada perawan seberang itu. Sudah tak mampu ditanggung lagi rasanya. Juga sudah tak sabar lagi untuk menatap senyuman manis berlesung pipit gadis Melayu itu.

Tidak sabar juga dia untuk membawa Insyiraa bertemu dengan keluarganya terutama ibunya yang selalu menyebut-nyebut nama itu. Ibunya nan seorang itu rindu benar juga dengan gadis itu.

Segala kerja-kerjanya hari itu termasuk susunan muzik, melodi lagu serta editing suara berjalan dengan sempurna...

"Bang, kok semangat benar hari ni?, udah lima puluh peratus selesai ni..."ujar Nasman tatkala melihat semula recording tadi.

Irwan hanya tersenyum mendengar ngomelan Nasman.

"Hari ni apa sahaja kerja pun bang Irwan mampu buat Nasman.."usik Anang..

Sengaja Irwan memekakkan telinganya dengan usikan-usikan nakal itu. Tumpuannya masih pada skrin laptop di hadapannya. Sengaja dia mahu menghabiskan kerja-kerjanya itu lebih awal kerana dia bercadang untuk bertemu dengan Insyiraa pada sebelah petang nanti. Malam pula macam biasa dia terikat dengan kontrak muzik di sebuah lounge yang berdekatan.

"Oo...maksudnya kita bakalan dapat kado lagi kan bang Anang.."usik Nasman pula..

Irwan hanya tersenyum mendengar usikan Nasman itu. Teringat dia tshirt pemberian Insyiraa tahun lepas masih elok dan selalu dipakainya. Begitu juga topi dan selendang batik setia tergantung pada dinding biliknya.

"Bang, nanti bawain Kak Syiraa ke sini lagi ya..., aku pun rindu kali sama dia bang...!"usikan Nasman kali ini mendapat respons Irwan bila kotak biskut dibalingkan ke hadapannya..

Anang dan Nasman ketawa serentak. Lantas Irwan bangun untuk ke bilik air. Tak kuasa dia nak melayan kerenah dua sahabatnya itu.

"Ann, coba semak kembali editing aku..."arahnya pada Anang yang sedang melirik nakal ke arahnya.

Sementara Insyiraa di ULM sedang sibuk menguruskan hal penginapan pelajar-pelajar mereka yang seramai lapan orang itu bersama rakan sejawatnya Mukhriz.

Selepas itu mereka diperkenalkan dengan pihak pengurusan di situ dan akhirnya ke kafe kolej untuk makan tengahari. Melihat menu yang dihidangkan terus mengingatkan Insyiraa terhadap desa Irwan dan keluarganya.

"Sikitnya awak makan Ain, "ujar Mukhriz.

"Saya dah kenyang, tadi saya dah makan sandwich.."ujarnya sambil memandang pada rakan sejawatnya itu.

Diperhatikan pula studentnya yang sedang berselera menjamah makanan. Kasihan mereka. Penat agaknya setelah menempuh perjalanan yang meletihkan beberapa jam lepas.

CINTANYA AMPUH DI BUMI BANJARWhere stories live. Discover now