Mimpi Irwan..., Dr. Ain Insyiraa...

22 2 4
                                    

      "Insyiraa...!!!"

Saat azan subuh bergema dari masjid yang berhampiran, Irwan tersedar dari tidurnya dengan jeritan nama itu. Terbangun dia dari pembaringannya dengan dahi yang berpeluh-peluh..

"Astaghfirullahalazim..."lafaznya sambil menyapu wajahnya yang dibasahi peluh.

Aduh, setelah bertahun-tahun kenapa pagi ini dia bermimpi wajah itu. Cuba diingatinya lagi mimpinya tadi yang menyebabkan dia menjerit kuat memanggil nama itu...

Di saat dia memaksa Insyiraa menaiki sampan kecil di atas Sungai Martapura, Insyiraa terjatuh ke dalam sungai. Irwan cuba mencapai tangan Insyiraa namun gagal....

Mashaallah, apakah petanda mimpinya itu...? Fikir benaknya bingung.

Teringat pula pagi ini dia akan bergerak pulang ke kampungnya atas urusan perkahwinan yang telah ditetapkan oleh keluarganya tidak berapa lama lagi.

Cepat-cepat dia bergerak ke bilik air, mandi dan solat Subuh. Dan mimpi awal pagi tadi meronai benaknya sepanjang perjalanannya pagi itu untuk pulang ke perdesaannya.

Aduh, mahu saja dia berkahwin hari ini juga demi melupakan wajah itu.

                                      ##################################

Nun jauh beribu batu di bumi Malaysia kisah Insyiraa tak seindah yang dibayangkan Irwan...

Kelihatan dua orang pelajar menapak anak tangga Fakulti Bahasa dengan assignment di tangan. Mereka berhenti betul-betul di hadapan pintu bilik yang bertag nama 'Dr. Ain Insyiraa bt Rashidi'. Di bawah tag nama itu ada tanda 'Ada'. Lantas salah seorang dari mereka mengetuk pintu tersebut.

"Masuk"kedengaran suara dari dalam bilik.

Dengan teragak-agak kedua mereka masuk ke dalam.

"Assalamualaikum Dr.."

"Waalaikumsalam...ya ada apa...?"soal Insyiraa.

"Kami nak hantar assignment yang Dr. minta semalam.."ujar salah seorangnya dengan muka yang takut-takut.

Insyiraa memandang wajah kedua studentnya itu. Teringat semula, mereka berdualah yang menghadap dia semalam kerana tidak submit assignment dalam masa yang ditetapkan.

Kemudian Insyiraa membelek-belek assignment kedua-duanya. Wajah kedua pelajar itu memang pucat amat. Takut dimarahi lagi oleh pensyarah muda itu.

Pensyarah mereka itu telah banyak berubah. Kalau dulu memang mesra pelajar. Peramah, tapi sekarang berbeza amat. Makin pendiam dan selalu menyendiri dan amat serius.

"Baiklah, saya terima, tapi dengan syarat, selepas ini tiada lagi masalah seperti seperti hari ini..."ujarnya serius dengan merenung tajam keduanya.

"Baik, baik...terima kasih Dr..."ujar keduanya lalu menapak keluar dari biliknya.

Insyiraa hanya mengangguk-angguk. Selepas pintu biliknya ditutup dia mengambil semula surat yang berkepalakan ULM, Banjarmasin itu yang diletakkan di dalam lacinya tatkala dua orang pelajar itu masuk tadi.

Ditenungnya lagi surat itu. Haruskah dia terima lamaran itu.? Tak disangkanya tawaran sebagai pensyarah kanan di di Fakultas Ilmu Sosial ULM sampai ke tangannya setelah beberapa bulan dia dianugerahkan gelaran Dr. Falsafah. Bukan soal gaji yang agak lumayan yang difikirkan saat ini, namun soal hati dan perasaan.

Entah kenapa setelah bertahun-tahun berlalu bumi Banjar tetap segar dalam ingatannya walau kenangan di sana telah menyiat-nyiat hatinya berulang-ulang.

Lantas memori malam suram yang panjang lebih kurang tiga tahun yang lalu di bumi itu terpancar semula di hadapannya.

Setelah sampai ke kediamannya di kampus ULM, terus dia mendail lagi nombor telefon Irwan. Namun berulang kali panggilannya terbiar begitu sahaja. Tidak teringat pula dia yang Irwan ketika itu sedang bekerja.

Lantas dia menaip pada aplikasi whatsapp,

"Irwan, apa yang kamu nampak tadi tidak seperti apa yang kamu fikirkan.., tolonglah saya mohon, datang ke sini jumpa saya sekarang, saya akan beri penjelasan sebenar."

Setelah sejam berlalu, Insyiraa menaip lagi,

"Saya masih menunggu kamu Irwan, tolonglah datang, saya mohon sangat...tolonglah..."

Selang beberapa ketika, dia menaip lagi.

"Irwan, please...I really need you now...!"

Insyiraa memang telah jadi tidak keruan saat itu. Selendang hijau pudarnya masih setia di kepalanya. Harapannya agar Irwan datang kepadanya segera supaya dapat dia menjelaskan perkara yang sebenar-benarnya.

Namun hampa jua dia, Irwan tetap tidak muncul hingga ke dinihari. Mahu sahaja dia call uber untuk mencari Irwan, namun,memikirkan keselamatan dirinya di dinihari itu serta pelajar-pelajar perempuan yang seramai empat orang di bawah jagaannya, dia membatalkan hasratnya.

Waima sehingga laungan azan subuh di masjid yang berdekatan, dia tetap di situ. Kemudian terdengar ketukan pada pintu biliknya,

"Puan, puan dah bangun ke..?" tanya salah seorang pelajarnya dari luar.

Hairan mereka hari itu dengan tingkah Insyiraa kerana selalunya setiap pagi dia yang akan mengejutkan mereka semua untuk bersiap dan solat subuh. Tapi pagi ini lain pula..

"Ya saya..."terkejut dia dari lamunannya lalu bangun dari katil menuju ke bilik air. Terasa lemah benar badannya..., longlai tubuhnya lalu jatuh terjelepuk betul-betul di hadapan pintu bilik air.

"Allahuakbar," itulah ungkapan terakhir dari bibirnya sebelum tidak sedarkan diri.

Dan selama tiga hari dua malam dia terpaksa 'berumahtangga' di hospital. Selama tiga hari itu juga dirinya tidak henti-henti dikunjungi oleh rakannya Mukhriz juga rakan sejawatnya di ULM dan pelajar-pelajarnya. 

Malangnya juga keluarga Harris telah berangkat pulang ke Malaysia pada pagi Insyiraa dimasukkan ke hospital.

"Kami minta maaf sangat puan, kami tak tahu pun yang puan sakit..."ujar salah seorang pelajar perempuan di bawah jagaannya.

Insyiraa cuba tersenyum walau dalam keadaan lemah. Terharu sangat dengan keperihatinan semua..namun dalam ramai-ramai itu masih juga dicari wajah yang rinduinya, wajah yang diharapkan muncul tatkala dia dalam sengsara yang amat itu. Irwan Syah...di mana kamu..?

Tak tahu pada siapa untuk dia mengadu. Terkenang pula pada sahabat baiknya di Malaysia sana. Nuren Sakinah. Kalaulah dia tahu keadaan aku sekarang,...tiba-tiba air matanya bergenang.

Sehari sebelum keberangkatan pulang dia bersama Mukhriz dan pelajarnya yang seramai lapan orang itu ke Malaysia sempat dia mencuri masa untuk ke studio Irwan.

Namun hampa juga dia tatkala melihat pintu studio itu terkunci rapat. Ke mana semua orang..?

Lalu diletakkan surat yang ditulisnya sepanjang tiga hari dia terlantar di hospital betul-betul di bawah pintu utama untuk masuk ke studio. Harapannya Irwan akan baca dan faham isi surat itu.

Tidak tahu lagi bagaimana untuk dia perbuat agar dapat berhubung dengan Irwan. Dia memang tak sampai hati untuk mengganggu keluarga Irwan di kampung.

Biarlah dia sendiri yang tamatkan apa yang telah dia mulakan. Biarlah dia sendiri yang menanggung siksa cinta ini. Biarlah...

Sampai saat ini panggilannya tidak berjawab. Mesej-mesejnya terbiar begitu. Mana ayat-ayat cinta Irwan yang sanggup mati deminya..

Teringat semula kata-kata Sakinah,

"Lelaki yang baik pun tetap lelaki..."

Memang tepat agaknya kata-kata itu...

CINTANYA AMPUH DI BUMI BANJARWhere stories live. Discover now