Drama Apakah Ini...?

38 2 3
                                    

     "Allahuakbar..."lantas kalimah itu terpacul di bibir Insyiraa.

Terasa kelam sebentar dunianya saat itu. Seketika kemudian....,

"Ummi,...ummi..."si kecil Adam Iskandar melangkah pantas untuk mendapatkan Insyiraa bila menyedari kehadiran Insyiraa ke situ..

Hendak terjatuh anak itu namun sempat disambut oleh Insyiraa dan Harris serentak. Insyiraa segera mendukung Adam Iskandar dan berjalan beriringan dengan Harris menuju ke arah meja di mana ibu bapanya sedang menunggu kedatangan Insyiraa.

Apabila mereka sampai berhampiran pentas tempat Irwan berdiri sempat Insyiraa melirik dengan perasaan bersalah amat pada Irwan.

Semua mata saat itu seakan tertumpu pada pasangan itu. Memang bagai pinang di belah dua, bagai cincin dengan permata.

Sementara itu jantung Irwan seolah terhenti melihat drama di hadapannya itu. Rupanya bukan dia Si Putera Idaman Sang Puteri, ternyata orang lain.

Dan persoalan demi persoalan timbul di benaknya melihatkan peristiwa tadi.

Setelah tamat lagu instrumental , band itu berehat sekejap di belakang pentas sebelum meneruskan ke acara selanjutnya di mana Anang akan menyanyi pula.

Irwan meletakkan gitar tersandar pada kerusi lalu mengambil air mineral yang tersimpan dalam begnya dan meneguknya sedikit demi menenangkan fikirannya sendiri.

Adakah dia bermimpi..? tidak sama sekali..! Apa kaitan Insyiraa dengan keluarga Melayu itu..? Kenapa anak kecil itu membahasakan 'ummi' kepada Insyiraa.? Kenapa mesra amat Insyiraa dengan anak kecil itu..? Takkan selama ini perawan itu menyembunyikan statusnya yang telah berkahwin dan punya anak..?

Ah, mana mungkin selama ini aku mencintai isteri orang...Ya Allah apa semua ni..? diraupnya rambut hitam lebatnya dari hadapan hingga ke belakang kepalanya.

Tergamak selama ini Insyiraa menipu aku..?getus benaknya marah.

"Bang Irwan..,"terasa bahunya disentuh dari belakang. Anang rupanya.

"Sabar bang, kita ngak tahu duduk sebenarnya perkara, usah buruan mikirin bang..."Anang cuba menenangkan Irwan.

Nasman dan dua orang rakannya yang lain hanya mampu memandang simpati kepada senior mereka itu. Nasman yang kuat mengusik itu tidak berani campur tangan dalam urusan itu. Apatah lagi menyedari wajah kelat Irwan malam itu.

Anang sendiri terkesima bila melihat kemunculan tiba-tiba Insyiraa ke situ. Mulanya disangka yang Irwan menjemputnya atau sengaja Insyiraa hendak membuat kejutan buat mereka semua. Malangnya lain pula kisahnya. Kasihan bang Irwan..fikirnya lagi.

Dan malam yang suram itu berlalu dengan amat perlahan sekali buat Irwan mahu pun Insyiraa.

Irwan cuba untuk bersikap profesional untuk tidak mempedulikan Insyiraa dan keluarga itu, namun dia bukan malaikat, dia juga manusia yang ada hati dan perasaan.

Petikan gitarnya malam itu asyik salah sahaja kordnya kerana matanya asyik melirik kepada mesranya Insyiraa bersama keluarga itu terutama anak kecil itu yang tak mahu lepas dari pegangannya. Mujurlah Nasman dapat cover kesalahan itu dengan bass gitarnya.

Memang cocok benar lelaki kacak itu di sebelah Insyiraa. Siapalah aku jika hendak dibandingkan dengan dia...getus hati kecil Irwan.

Jika tidak memikirkan rakan-rakannya saat itu, dah lama agaknya dia turun dari stage dan minta penjelasan Insyiraa.

Sementara Insyiraa pula merasakan lounge yang berhawa dingin itu panas amat umpama tiada udara di dalamnya. Makanan yang dihadapnya tiada rasa. Renungan tajam Irwan padanya tak mampu ditepis. Ingin sahaja dia menjerit saat itu untuk memberitahu Irwan duduk perkara sebenar.

Namun hati keluarga Harris perlu dijaga. Akhirnya perkara yang terdetik di hatinya sejak petang tadi benar-benar terjadi. Menyesalnya dia memenuhi permintaan untuk makan malam di sini.

Silapnya juga tak pernah mengambil tahu di mana tempat kerja Irwan. Ditenungnya Adam Iskandar yang telah terlena di pangkuannya. Mak Leha menghampirinya lalu mengambil anak kecil itu dari pangkuan Insyiraa.

Harris sedar perlakuan Insyiraa yang serba tak kena itu. Mata Insyiraa asyik melirik ke arah gitaris kacak itu. Sama juga dengan lelaki itu.Kecilnya dunia..fikir Harris. Dan benaknya mula mengatur strategi malam itu.

"Awak gelisah aja Ain malam ni..kenapa..?"soal Harris selamba.

"Tak lah..."ujar Insyiraa serba salah.

"Kenapa awak tak bagitahu saya pun awak nak datang ke sini?"soalan Harris membuatkan Insyiraa makin rimas.

"Saya rasa tak penting pun perkara ini untuk saya bagitahu awak.."ujar Insyiraa spontan sambil menelek telefon di tangannya.

Jawapan Insyiraa itu tambah membuatkan Harris sakit hati. Betullah apa yang dikatakan sebelum ini tiada lagi rasa cinta Ain Insyiraa padanya, Namun dia tak akan mengalah.

Harris bertekad akan berjuang sehabis mungkin demi cintanya pada Insyiraa. Setelah sejauh ini dia datang untuk merebut cintanya takkan dia mahu pulang dengan tangan kosong..!.

Insyiraa pula menaip sesuatu dalam handphonenya. Dia sudah tak mampu menyedut udara dan bernafas dengan tenang di situ lagi.

Beberapa minit kemudian, telefonnya berdering...Dia bergerak sedikit ke bahagian tepi dan menjawab panggilan itu.

Kemudian dia menapak ke arah keluarga Harris semula.

"Maaf semua saya terpaksa balik ke kampus. Ada pelajar yang kurang sihat..."ujar Insyiraa cemas.

"Ye ke, jom saya hantar.."ujar Harris.

"Tak pe Harris, Mukhriz dah nak sampai tu...saya gerak dulu ye, mak cik, pak cik, Mak Leha.." ujar Insyiraa lantas cepat-cepat bersalam dengan mereka dan mencium pipi Adam Iskandar di dalam stroller.

Irwan hanya melihat segala perlakuan Insyiraa itu. Begitu juga Anang, Nasman dan rakan-rakan mereka yang lain. Sekali lagi benak Irwan tertanya-tanya. Kalau lelaki tampan itu suaminya kenapa dia tidak bersalam dengan orang itu?

Melangkah keluar sahaja dari lounge Insyiraa terasa lega sedikit. Terus dia menaiki uber yang sedang menunggunya menuju ke kampus. Sebenarnya dia sengaja mencipta alasan untuk keluar dari situ kerana tak mampu lagi berhadapan dengan Irwan juga teman-temannya yang lain. Terasa renungan tajam Irwan seakan sembilu yang menyiat-nyiat kulit wajahnya.

Sekali lagi Irwan terasa mahu sahaja mengikuti langkah Insyiraa keluar. Menagih penjelasan darinya.

Seketika kemudian terlihat keluarga tadi turut melangkah keluar. Tatkala melewati di tepi stage tempat di mana Irwan berdiri lelaki kacak bersongkok itu sekali lagi tersenyum manis pada Irwan. Irwan hanya menunduk hormat kepada lelaki itu dengan benak yang penuh dengan beribu persoalan.

CINTANYA AMPUH DI BUMI BANJARWhere stories live. Discover now