Kisah di Sebalik Duka...

19 1 0
                                    

"Awak tak lemah Ain, awak cuma terkeliru dengan diri awak sendiri. Awak lupa yang Allah itu sebaik-baik perancang..., ingat,..kita tak pernah merancang untuk gagal tapi kita sendiri yang sering gagal dalam merancang...

Kita jadi resah bila Tuhan turunkan hujan dan ribut, tetapi sebenarnya selepas itu kita akan dikurniakan dengan pelangi yang indah berwarna-warni...",kata-kata Prof Nizam itu umpama air mawar yang menyiram dan menyegarkan kembali hati dan perasaannya.

"Thanks Prof, saya akan ingat dan pegang kata-kata prof ni...", ujar Insyiraa kembali bersemangat sambil menyeka air mata yang masih bersisa di pipinya.

"Macam tulah pensyarah muda Ain Insyiraa....",

Bila sahaja Insyiraa mahu melangkah keluar,

"Ain, dah lama saya tak merasa kopi air tangan awak..., buatkan saya secawan boleh", ujar Prof Nizam sambil melemparkan senyuman kepada Insyiraa yang ketika itu ingin membuka pintu biliknya.

Insyiraa membalas senyumannya dan mengangguk-angguk tanda patuh akan permintaan bosnya.

Dan pada bulan hadapannya, Insyiraa menerima pelawaan Prof Nizam untuk bersama teamnya ke Bali menghadiri satu seminar Sejarah di sana. Di sana juga dia ditakdirkan mengenali Irwan, jejaka Banjar itu. Pulangnya dari Bali, terus Insyiraa memulakan pengajian PhDnya demi menyahut seruan bosnya itu dan memperbaiki lagi masa depannya.

Masa demi masa berlalu, di saat Insyiraa hampir berjaya mencantumkan semula kesemua hatinya yang telah remuk itu, Adam Harris muncul kembali di rumah Insyiraa minggu lepas. Muncul dengan selambanya meminta untuk disambung kembali tali yang diputuskannya sendiri. Cincin yang pernah tersemat di jari manisnya dulu kembali semula kepadanya kini...

Bezanya kini dia telah memiliki dua cincin dari dua orang lelaki yang jauh berbeza asal-usul serta personaliti. Yang pertama cincin emas bertatahkan berlian, dan satu lagi cincin belah rotan yang terukir cantik dan unik sekali yang pernah bertakhta dalam di sudut hatinya yang paling dalam suatu masa dahulu.

Hari itu selepas selesai urusan di kolej, seperti biasa Insyiraa menapak ke keretanya bila dia dikejutkan dengan suara itu lagi,

"Ain, Ain Insyiraa..",Insyiraa menoleh ke belakang.

Masih segar tona suara itu dalam lipatan memorinya. Harris berdiri belakangnya. Wajah putih bersih itu kelihatan agak berbeza dengan jambang yang melata pada pipinya. Senyuman yang semanis madu dan pernah menjadi sepahit hempedu buat Insyiraa terukir di bibirnya,

" Assalamualaikum.."ujar Harris setelah hampir mendekati Insyiraa.

"Waalaikumsalam..", Insyiraa menjawab dengan sopan sambil menutup pintu belakang keretanya setelah meletakkan beberapa buah buku dan fail yang dikeleknya tadi.

Mahu sahaja Insyiraa memecut keretanya pergi dari situ tanpa mempedulikan lelaki itu. Tapi mengenangkan ada banyak mata yang sedang memerhatikan mereka, dia bersabar sahaja.

"Ya Encik Adam Harris, ada apa-apa yang boleh saya bantu...?", soal Insyiraa.

"Tak usah lah berencik-encik dengan saya, saya tahu awak masih marahkan saya lagi, saya terima Insyiraa,..sebab saya tahu saya yang salah..",balas Harris dengan senyuman kelat.

"Oo.., jadi awak datang sini, tengah-tengah panas ni hanya nak nyatakan rasa bersalah awak...",ujar Insyiraa acuh tak acuh sambil masuk ke keretanya untuk pulang.

"Tunggu Insyiraa..., tunggu sekejap..saya tahu walau apa pun yang saya cakap sudah tak laku pada awak, tapi please..., kalau awak anggap saya masih sahabat awak, rakan awak,...tolonglah saya nak jumpa awak dengan baik, nak bercakap dengan cara yang baik...",ujarnya sambil menahan pintu kereta Insyiraa dari ditutup.

Setelah berfikir sejenak,

"Baiklah saya dengar, apa yang awak nak cakapkan, cakaplah...",Insyiraa dah tak kuasa nak melayan Harris.

Dalam tempoh seminggu ni tak satu pun panggilan telefon Haris dijawab, tak satu pun mesej Harris berbalas. Pada waktu ini hanya Insyiraa tumpukan pada tugas dan studynya.

"Takkan la saya nak bercakap kat tengah-tengah panas ni, jom kita ke restoran biasa kat simpang jalan sana.."ujar Harris penuh mengharap.

Insyiraa tiada pilihan lain. Simpati di hati kecilnya masih ada. Dia bukannya sezalim Firaun. Dia juga manusia biasa. Dia berkeras mahu memandu sendiri ke sana walau diajak berkali-kali oleh Harris untuk naik kereta dengannya.

Dan pada petang itu, Harris telah meluahkan segala yang terpendam di hatinya,

"Sebelum awak menghukum saya....,dengar dulu apa yang saya nak cakapkan ni Ain Insyiraa...",ujarnya sambil merenung tepat ke mata Insyiraa.

Namun Insyiraa hanya merenung kosong ke luar restoran. Hatinya dirasakan keras amat, sekeras batu kerikil yang sukar dipecahkan secara biasa. Renungan mata Harris yang satu ketika dahulu yang pernah mencairkan hatinya itu.., ternyata tiada lagi bisanya...sudah hambar baginya.

"Awak tak pernah bagi peluang untuk saya ceritakan apa sebenarnya yang berlaku semasa saya di Jordan dulu. Kenapa saya memilih untuk berkahwin dengan arwah isteri saya...Hari ini saya akan ceritakan. Terpulang pada awak untuk percaya atau tidak, yang penting demi Allah saya bercakap benar...",ujar Harris dengan penuh perasaan.

Insyiraa terpaksa memasang telinga juga walau hatinya sebenarnya tidak mahu lagi mengulang kisah lalu yang sangat menyayat hati itu.

Menurut Harris tempoh dua tahun pengajiannya di Jordan bukanlah semudah yang disangka. Banyak dugaan dan cabaran yang sangat-sangat menggugat zahir dan batinnya. Pergolakan politik negara, pergolakan masyarakat, kekangan hidup di bumi asing serta cabaran sebagai seorang lelaki yang perlu melindungi sahabat-sahabat yang lain termasuk pelajar wanita yang banyak mendatangkan fitnah dalam hidup seharian menyebabkan dia mengambil keputusan untuk berkahwin.

Bukannya dia sudah melupakan Insyiraa di Malaysia. Bukan juga dia melupakan statusnya sebagai tunangan orang...malah dia memang berniat akan berkahwin dengan Insyiraa sekembalinya ke Malaysia atas persetujuan arwah isterinya yang memang rasa bersalah dengan Insyiraa.

"Namun satu sahaja yang amat saya kesalkan, permintaan terakhirnya untuk bertemu dan minta maaf secara peribadi dengan awak tak kesampaian...dia...dia pergi lebih dahulu...Ain, pergi meninggalkan saya dan anak kami yang tak berdosa apa-apa itu.",matanya bergenang bila terkenangkan saat akhir dia bersama arwah isterinya hampir setahun yang lalu.  

CINTANYA AMPUH DI BUMI BANJARWhere stories live. Discover now