ULM, Irwan & Dr. Ain Insyiraa

24 2 5
                                    

     Lalu esoknya berangkatlah semuanya ke lapangan Terbang Syamsudin Noor setelah hampir sebulan di sana. Insyiraa masih tidak putus berharap supaya Irwan datang mengucapkan selamat tinggal kepadanya. Namun dia tetap hampa. Suasana riuh rendah dengan orang ramai dirasakannya sunyi sepi saat itu. Mungkin inilah kali terakhir dia menjejakkan kakinya ke sini. Tiada apa-apa lagi yang tinggal di sini. Hanya kenangan semalam...

Sampai hati Irwan memperlakukan dia sebegitu rupa. Apa salahnya. Takkan dengan hanya melihat peristiwa malam itu membuatkan Irwan jadi sebegini. Apakah Irwan langsung tidak membaca luahan hatinya dalam surat yang sepanjang tiga helai itu.

Akhirnya perkara yang Insyiraa takuti berlaku juga. Kekecewaan dalam cinta kedua kalinya ini lebih hebat impaknya dari dulu. Walau airmatanya belum lagi menitis di pipi, namun hanya Allah yang tahu remuk redamnya hati kecil itu.

Lantas bermula detik itu, hatinya telah tertutup rapat untuk cinta lelaki. Hari demi hari yang dilalui hanya dihambakan pada Tuhan, keluarga, karier dan studynya sahaja.

Apa pula kisahnya Harris. Apakah reaksinya dengan sikap Insyiraa itu...?

Harris makin bingung dengan sikap Insyiraa yang makin lama makin pendiam. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulut gadis itu bila ditanya hal mereka. Lama-kelamaan Harris terpaksa mencari jalan tengah demi meneruskan kelangsungan hidupnya bersama anak kecilnya yang dahagakan kasih sayang seorang ibu itu.

Ternyata Insyiraa yang sekarang memang amat berbeza dengan Insyiraa tiga tahun yang dulu.

Sudah berulang kali Insyiraa membaca surat tulisan tangannya kepada Irwan dahulu yang sempat dibuat salinan untuk simpanannya sebagai bahan bukti jika perlu di belakang hari kelak. Bait-bait ayat dalam surat itu seakan telah terhafal olehnya.

Ditariknya laci yang paling bawah di mana biasanya diletakkan dokumen pentingnya. Diambilnya sampul surat yang berwarna perang itu. Dikeluarkan surat di dalamnya.

Dalam benaknya masih tertanya-tanya walaupun selepas tiga tahun adakah Irwan membacanya dan faham. Jika dia faham kenapa tak sekali pun Irwan menghubunginya setelah kisah sedih pada malam nan suram itu terjadi.

Kenapa begitu tega Irwan memperlakukan dia sebegitu. Tidak terasakah Irwan yang separuh mati Insyiraa merinduinya. Betul-betul Insyiraa terkilan kerana tak berpeluang menjelaskan kebenaran juga belum sempat menyatakan perasaan cintanya.

Lalu dibukanya semula surat lama itu dari lipatannya. Dibacanya kembali satu persatu ayat-ayat cinta yang ditulisnya sendiri tiga tahun yang lampau itu hingga ke noktah terakhir...

Airmata Insyiraa bergenang kembali. Itulah kebiasaannya apabila dia habis membaca warkah itu...

Hatinya terus tertanya-tanya lagi, jika surat itu telah sampai ke tangan tuannya kenapa sampai saat ini dia belum menerima apa-apa jawapan pun...?

Kalaulah dia tahu yang surat aslinya itu telah jadi abu juga debu yang berterbangan di bumi Banjar...

Dan tidak siapa pun tahu satu lagi salinan surat itu berada dalam simpanan Anang, sahabat baik Irwan.

Sebelum surat itu sampai ke tangan Irwan, Anang terlebih dahulu membacanya dan membuat satu salinan kerana dia amat pasti yang surat itu akan menerima nasib yang sama seperti telefon Irwan kemarin.Betul sangkaan Anang, tanpa sempat membacanya Irwan telah membakarnya dalam tong sampah besi dalam pejabatnya.

Anang tidak berani-berani menimbulkan hal surat itu bila melihat Irwan dalam keadaan yang sedih amat. Bimbang akan mendatangkan lagi kemarahan Irwan. Lalu surat itu tetap dalam simpanannya hingga tiga tahun berlalu kini.

Apatah lagi Irwan telah hampir ke gerbang perkahwinannya. Kenapa setiap kali dia nekad untuk menghapuskan sahaja bukti cinta Ain Insyiraa itu setiap kali itu juga dia tidak sampai hati dan dia merasakan Irwan berhak tahu kebenaran mengenai Insyiraa.

Dan buat ketiga kalinya Insyiraa menapak lagi di bumi bertuah itu. Kali ini hatinya telah bersedia menerima apa-apa sahaja. Hatinya telah kalis derita. Apa sahaja kebarangkalian akan dihadapinya dengan tenang.

Hari pertama mendaftar sebagai tenaga pengajar kanan di fakultas Ilmu Sosial di ULM itu mengingatkan kembali kenangannya tiga tahun lampau bersama pelajarnya. Kali ini hanya senyuman hambar terukir di bibirnya. Tiada juga riak ceria pada wajahnya.

Tiada siapa dapat membaca perasaannya saat itu. Hari-harinya bermula dengan agak sibuk. Selain menjadi tenaga pengajar kanan di situ, dia turut menjadi pemudahcara kepada pelajar pasca sarjana. Setiap hari dia perlu berhadapan dengan para pelajar yang ramainya lebih berusia darinya. Namun pengalamannya mengatasi segala.

Setiap permasalahan dapat diatasi sebaik mungkin. Soal bahasa juga tidak menjadi banyak masalah baginya.

Dan pada hari itu, seperti biasa dia berhadapan lagi dengan para pelajar pasca sarjana yang baru mendaftar untuk semester akhir. Semester yang paling tough bagi siapa-siapa sahaja yang akan dan pernah melaluinya.

Sebagai seorang yang amat punctual, sedari sepuluh minit sebelum kelas bermula, dia telah berada di meja utama di dewan kuliah itu. Senarai nama pelajar yang sedari semalam diterimanya ada di hadapannya.

Seorang demi seorang pelajar yang masuk ditenungnya. Ada yang berlagak selamba. Ada yang sopan menghulurkan salam. Ada yang hanya menunduk hormat.

Setelah dirasakan hampir semuanya telah hadir dan mengambil tempat. Dia pun memulakan bicara,

"Salam hormat, Assalamualaikum semua.."

"Waalaikumsalam.."serentak para pelajar di hadapannya menjawab.

"Tahniah saya ucapkan kepada semua yang ada di hadapan saya ini. Syabas kerana anda semua telah bergelar pelajar pasca sarjana semester akhir. Dan saya berharap anda semuanya akan istiqamah hingga ke akhir pengajian..."belum sempat dia menyambungkan ayatnya kelihatan pintu bilik kuliah itu dibuka oleh seorang pelajar lelaki.

Ternyata susuk tubuh itu memang dikenalinya...

"Maaf.., aku..."Irwan juga tidak mampu meneruskan kata-katanya tatkala terpandang wajah pensyarah yang berdiri anggun di hadapannya.

Tetap setia dengan sepasang kurungnya. Masih tak berubah seperti tiga tahun dahulu. Cuma senyuman manisnya tidak lagi menghiasi wajahnya.

Insyiraa hanya berlagak biasa. Sedari awal dia sudah tahu yang Irwan adalah antara pelajar yang bakal dihadapnya hari itu.

Tergamam sebentar. Irwan terpaksa mengambil tempat duduk yang kebetulan kosong pada bahagian hadapan.

Kemudian dengan selamba Insyiraa menyambung semula kuliahnya dengan memperkenalkan dirinya. Irwan hanya merenungnya tajam. Bingung dia...mana perginya pensyarah yang biasa mereka hadapi semester lepas. Mimpikah dia..?

" Memandangkan saya masih baharu di sini, saya kenalkan nama saya Ain Insyiraa bt Rashidi..dari Malaysia...saya akan menjadi pemudahcara kepada anda semua sepanjang semester akhir ini..."

"Sebelum saya meneruskan tutorial ini saya buka dulu ruang jika ada sebarang pertanyaan.."ujarnya dengan wajah yng serius.

"Mana hilangnya gelaran Dr. di hadapan nama anda..?"selamba Irwan bertanya.

CINTANYA AMPUH DI BUMI BANJARWhere stories live. Discover now