"Udah habis acara untuk hari ini...?"soal Irwan ingin tahu.
"Belum, malam nanti ada acara sambutan rasmi khas buat kami pula...."ujar Insyiraa.
"Oo.."Irwan hanya mengangguk-angguk.
"Kamu sihat Irwan...?...Kamu udah makan tengah hari?"soal Insyiraa bila dilihatnya muka Irwan yang agak cengkung dari dulu.
"Alhamdulillah...aku udah makan pagi merangkap makan tengah hari sekali.."
"Wah, hebat kamu ya...patutlah makin cengkung wajah kamu..."usikan Insyiraa betul-betul terkesan di hati Irwan.
Lantas dia membelek-belek wajahnya pada cermin pandang belakang keretanya. Insyiraa hanya tersenyum melihat telatah Irwan itu.
Lalu dia memandang pada Insyiraa di sebelahnya,
"Kamu pula makin manis berseri-seri..."puji Irwan ikhlas.
Insyiraa hanya tersenyum manis mendengar pujian Irwan itu. Pipinya makin kemerah-merahan.
Sepanjang perjalanan keluar dari ULM Irwan bercerita tentang kenangannya sebagai pelajar di situ dulu. Tentang kesibukannya menyiapkan assignment pada saat-saat akhir, bagaimana dia terpaksa membahagikan masanya antara study dengan minatnya pada muzik.
Bagaimana dia pernah tercedera ketika bermain bola sepak bersama teamnya. Juga tentang bagaimana selalu juga ponteng kelas kerana bermain muzik pada acara perkahwinan...
Semuanya itu telah tinggal kenangan. Namun berjaya juga dia menggenggam segulung ijazah..Itu semua berkat doa ibu dan abahnya juga.
Dalam diam Insyiraa makin kagum dengan pemuda itu. Kesungguhannya mengejar apa yang diminati ternyata membuahkan hasil yang lumayan. Buktinya peminatnya mencecah jutaan orang di media youtube.
Namun apa lagi yang mengagumkan Insyiraa ialah sikap rendah diri Irwan serta tak pernah mengambil kesempatan atas popularitinya. Tetap menjalani hidup seperti orang biasa.
Wajah insan di sebelahnya ditenung lagi. Ingin sahaja dia menceritakan segala permasalahan hidupnya sejak akhir-akhir ini pada jejaka di sebelahnya..Namun dibatalkan bila mana dia melihat rancaknya Irwan bercerita mengenai dunia kolejnya dahulu.
Biarlah..., dibiarkan sahaja pemuda yang biasanya pendiam itu berbicara hinggakan Irwan jadi hairan dengan sikap Insyiraa itu.
"Kok kamu diam aja Insyiraa...kenapa?"ditenungnya perawan di sebelah setelah memberhentikan kereta di bawah redup pepohonan di taman yang berhadapan Sungai Martapura.
"Tak ada apa-apalah...saya suka bila dengar kamu bercerita mengenai kisah kamu di kolej...saya kagum dengan semangat kamu mengejar cita-cita..."ujar Insyiraa sambil membuka pintu kereta untuk ke tebing Sungai Martapura yang telah lama dirindui itu. Sementara Irwan melangkah ke barisan gerai makanan yang menjual pelbagai juadah berhadapan dengan tebing sungai.
Berhadapan dengan sungai Martapura mengimbau kembali saat di mana Irwan meluahkan perasaannya, saat di mana dia berbalas-balas pantun bersama ibu-ibu yang menjual hasil desa dari atas perahu...saat di mana...ah serabutnya fikiran dari Malaysia dibawa pula ke sini, ke bumi Banjar...
Irwan kembali ke sisi Insyiraa dengan membawa dua biji gelas plastik yang berisi minuman sejuk. Insyiraa menyambut huluran gelas oleh Irwan lantas mereka duduk di kerusi yang kebetulan ada di belakang mereka.
"Aduh, lupa lagi..."Insyiraa memegang dahinya sendiri.
"Apaan sih..?"soal Irwan cuak.
"Saya ada bawa chocolate cake dari Malaysia khas untuk kamu dan rakan-rakan...tapi tertinggal di asrama kampus.."
Teringat Insyiraa yang kek itu dimasukkan ke dalam peti sejuk. Sangkanya tadi Irwan akan call dulu sebelum datang menemuinya.
"Iya...?..emm favourite aku tu.!.kamu masak sendiri...?"soal Irwan.
"Ya, khas untuk teman-temanku di sini..."ujar Insyiraa lagi.
"Nanti aku hantar kamu ke sana. Bolehlah diambilkan...lupa juga aku, Anang sama teman-temanku yang lain kirim salam rindu sama kamu..mereka lagi nanya kapan kamu ke studio lagi ?"ujar Irwan sambil melepaskan pandangan ke arah sungai.
"Iya..!, Waalaikumsalam...semuanya sihat?"soal Insyiraa pula.
Teringat pula dengan sahabat-sahabat Irwan yang kesemuanya baik-baik belaka itu.
"Alhamdulillah..sihat-sihat aja mereka. Bila aja tahu kamu ada di sini, tak henti-henti aku jadi bahan jenaka mereka.."ujar Irwan, tersenyum.
Insyiraa turut tersenyum memandang Irwan. Sementara benaknya saat itu masih serabut memikirkan permasalahannya di Malaysia. Irwan perasan dengan sikap Insyiraa yang agak dingin itu.
Lantas dia menyandarkan badannya ke belakang kerusi. Seperti selalu, beberapa helaian rambutnya berjuraian jatuh ke dahi luasnya. Berasa tidak selesa dengan cuaca yang agak kering, dia membuka butang pada lengan panjang kemejanya dan menyingsingnya hingga ke siku. Urat pada tangan dan lengannya kelihatan agak menonjol.
Diketapnya bibir menampakkan lekuk pada pipinya yang bertahi lalat itu. Tiada kata-kata lagi saat itu untuk dizahirkan pada Insyiraa. Bimbang melihat tingkah Insyiraa yang berlainan dari dahulu. Agak pendiam.
Saat itu pula Insyiraa terkenangkan Harris yang ditinggalkan terkapai-kapai tanpa jawapan. Tiada sepatah kata pun yang diberitahu pada Harris tentang keberangkatannya ke sini.
Kali terakhir dia bertemu dengan Hariss dan Adam Iskandar, anaknya ialah minggu lepas ketika dijemput ke majlis kenduri arwah dan kesyukuran di kediaman mereka.
Keletah sekali bayi itu. Teringat panggilan pelatnya kepada Insyiraa,
"Ummi..ummi..."sudah bijak memanggil Insyiraa dengan panggilan itu.
Bayi comel itu sentiasa selalu mahu berada dalam pangkuan Insyiraa. Bagaimana dia hendak menolak kemahuan anak kecil yang tidak mengerti apa-apa itu walau sekali pun perasaannya pada Harris telah hambar.
Irwan hanya memerhatikan dari ekor mata perawan di sebelahnya itu. Tudung biru lembut yang dipakainya makin meliang liuk ditiup angin petang, sesuai benar dengan kurung biru nila yang tersarung cantik di tubuhnya.
"Belum puas lagi kamu melepaskan rindu pada sungai Martapura..?"sindir Irwan.
"Amboi, sejak bila Mas Irwan Syah bijak berbahasa puitis ni ?"gurau Insyiraa.
"Sejak aku mengenali Ain Insyiraa"ujar Irwan selamba.
"Kamu seolah memikirkan sesuatu yang berat amat...kalau boleh dikongsi sama aku."ujar Irwan pula.
YOU ARE READING
CINTANYA AMPUH DI BUMI BANJAR
RomancePerjuangan cinta yang tak bertepian...perjalanan trilogi cinta yang maha merumitkan... "Ternyata kamu bawa jiwa dalam setiap petikan gitarmu Irwan. Tak semua gitaris punya bakat seperti kamu"..ungkap Insyiraa kagum.. "Mati pun aku sanggup demi gadis...