Irwan Silap Percaturan...

22 2 0
                                    

     "Maaf, saya silap percaturan sebenarnya datang menemui Dr. di sini. Saya minta diri.." ujar Irwan seraya melangkah untuk keluar dari situ dengan muka yang amat serius.

"Kamu udah lupa ya Irwan empat tahun yang dulu, siapa yang beri semangat untuk saya ketika saya telah give up untuk membentang kertas kerja bagi pihak prof Nizam...? Takkan kamu pula mahu pulang dengan tangan kosong hari ini setelah berjaya mengenepikan segala perasaan benci dan amarah kamu pada saya...?"tegas sekali suara Insyiraa mengucapkan kata-kata itu.

Kata-kata Insyiraa itu tiba-tiba membuatkan langkah Irwan terhenti. Irwan menghela nafas panjang kemudian beralih memandang wajah Insyiraa yang ketika itu mendongak memandangnya tanpa gagal. Lalu dia berfikir sejenak...

"Baiklah, saya terima cabaran itu."ujar Irwan kembali menapak dan duduk di tempatnya tadi dengan wajah yang serius. 

Zip pada begnya ditarik kasar. Dia mengeluarkan buku notanya dari situ. Helaian rambut yang berjuntaian di dahinya dibiarkan sahaja. Keningnya berkerut menahan marah dan benci sekaligus terhadap perawan di hadapannya.

Sementara Insyiraa hanya tenang memandang wajah yang amat-amat dirinduinya itu. Tiada apa yang berubah dengan jejaka kacak itu melainkan pandangannya yang sinis membenci Insyiraa. Juga tiada lagi senyuman manisnya menghiasi wajah tampannya.

Kemudian dengan nada seorang profesional Insyiraa menerangkan satu persatu corak tugasan yang harus diselesaikan oleh Irwan. Bagaimana menghuraikan topik utama, menghubungkannya dengan bahan kajian juga bagaimana menghuraikan sub topik-sub topik yang berkaitan., bagaimana cara mendapatkan bahan rujukan serta mencari responsif yang berkaitan.

Irwan terus ligat mencatat apa-apa sahaja yang dirasakan penting yang keluar dari bibir pensyarah itu. Sekali sekala dia mendongak memandang wajah lembut di hadapannya. Dalam redup pandangnya itu, masih lagi dia mencari-cari mana hilangnya senyuman manis berlesung pipit Insyiraa yang sentiasa menjadi igauannya siang dan malamnya dahulu.

Sementara Insyiraa pula sebenarnya amat merindui petikan gitar oleh jemari Irwan yang tatkala itu laju menterjemahkan segala kata-katanya itu di atas dada kertas buku notanya.

Setelah merasakan info yang diberi oleh insyiraa mencukupi, Insyiraa berhenti sejenak menunggu reaksi Irwan.

" Baiklah, kalau tak ada apa-apa persoalan lagi saya rasa cukup setakat ini dahulu. Jangan lupa berbagi info ini kepada rakan-rakan kamu yang lain.."ujar Insyiraa memandang Irwan yang sedari tadi tunduk, setia mencatat nota.

"Irwan...!"seru Insyiraa lagi setelah dilihatnya tiada reaksi dari Irwan.

"Iya..."Irwan terkejut dari lamunannya.

Tutur kata yang penuh sopan dan bahasa yang teratur yang keluar dari bibir perawan di hadapannya tak pernah berubah sedikit pun dari dulu. Bezanya kini, segala-galanya hanya mendatar...tiada lagi sinar keceriaan yang mewarnai wajahnya ketika mereka di pasar terapung empat tahun yang lampau..

"Baiklah, terima kasih Dr. Saya minta diri...maaf saya telah ambil masa Dr."Lalu Irwan melangkah keluar setelah memasukkan buku notanya ke dalam beg sambil melepaskan senyuman kelat.

Insyiraa hanya mengekori langkah Irwan dengan pandangan matanya. Rindu sekali sebenarnya dia mahu dipanggil dengan nama 'Insyiraa' oleh jejaka itu.

Benci benar Irwan dengannya hinggakan menyebut namanya pun sudah tidak sudi.

Setelah menutup pintu bilik Insyiraa, Irwan melangkah laju keluar dari situ. Tidak dihiraukan akan mata yang memandangnya dari kiri dan kanan pejabat itu.

Sesampainya di kereta dihempasnya beg sandang di sebelah kerusi penumpang. Dilepaskan pula perasaan amarahnya pada stereng keretanya yang tak berdosa. Dihentak-hentak tangannya pada stereng kereta sehingga dirasakan sakit sekali kedua tangannya.

Kenapa dia mesti muncul sekarang. Kenapa..? soal hatinya sendiri.

"Kenapa dia muncul tatkala aku udah mahu melupakan dia.., tatkala aku udah mahu melangkah ke alam perkahwinan."Irwan sendiri tidak tahu kepada siapa dia ucapkan itu.

Terbayang kembali pertemuannya dengan susuk tubuh yang cuba dibenci namun makin dirinduinya tadi. Dibaluti dengan sepasang kurung maroon bersulam bunga kelabu dan berselendang rona kelabu selamba menyambut kedatangannya.

Kenapa bijak benar perawan itu menelusuri perasaan Irwan. Kenapa apa sahaja yang tergambar di wajah Irwan dapat ditafsirkan dengan mudah oleh Insyiraa. Rindu benar Irwan untuk memanggil nama perawan itu dengan nama 'Insyiraa', namun keegoannya menghalang dari dia berbuat begitu.

Kenapa bijak sekali perawan itu menyusun atur kata-kata hingga menenggelamkan apa yang mahu disuarakan oleh Irwan sebenarnya.

"Aduh, pusing aku dibuatnya.."getus Irwan sendiri.

Lalu dengan perasaan yang bercelaru dia memandu pulang ke studionya petang itu untuk menyiapkan tugasannya di studio yang belum selesai. Tugasan sarjananya perlu dilupakan dahulu.

Yang pastinya hidupnya kembali tidak tenang bila wajah perawan seberang itu kembali menghantui harinya. Terbukti cintanya belum lagi terhapus pada perawan itu. Rindunya belum lagi hilang pada wajah manis itu.

Selepas waktu kerja pada hari itu, Insyiraa terasa begitu teringin sekali untuk ke tebing Sungai Martapura. Apatah lagi tadi dia menerima kunjungan Irwan di pejabatnya. Wajah Irwan akan sentiasa mengingatkan dia dengan Sungai Martapura. Tempat di mana dirasakan kisah cintanya bermula dengan Irwan. Setelah hampir berbulan-bulan di sana, baru hari ini dia memberanikan dirinya ke sana.

Berbezanya suasana hari ini adalah kerana dia memandu sendiri ke sana. Oleh sebab bukan hari minggu agaknya tempat parkir agak lengang. Mudah bagi Insyiraa meletakkan keretanya.

Ya Allah, rindunya Insyiraa pada inviroment di sana. Rindunya Insyiraa dengan udara segar di situ. Tiada ada apa yang berubah di sana. Menara pandang masih setia di situ. Air Sungai Martapura masih setia mengalir. Juga kenangannya bersama Irwan masih tetap segar di sana. Umpama slide show satu persatu terpancar di hadapannya.

"Belum puas lagi melepaskan rindu pada Sungai Martapura..?"dari mana bisikan itu datang, Insyiraa tidak pasti.

Yang pastinya itulah kata-kata Irwan yang masih segar dalam ingatannya tatkala pertemuan kali kedua mereka setelah dia sampai ke sini tiga tahun lalu.


CINTANYA AMPUH DI BUMI BANJARWhere stories live. Discover now