"Hah, menung lagi Cik Ain Insyiraa ni...dah sejuk nasi kat depan kau tu.."sergah Sakinah menamatkan lamunannya.
"Aku takde selera la Kinah. Tolong kau habiskan nasi ni.."ujar Insyiraa tak bermaya.
"Aku?... habiskan nasi kau ni...? no problem..."gurau Sakinah seraya menarik pinggan nasi dari hadapan Insyiraa.
"Kenapa kau ni? Dah teringat sangat ke dengan soto banjar kegemaran kau tu sampaikan nasi campur kat sini dah takde selera.."soal Sakinah lagi masih dalam nada usikan.
Insyiraa hanya tersenyum hambar. Terbayang pula di matanya yang dia akan menjejakkan kaki lagi ke bumi Banjar. Kali ini agak lama. Hampir sebulan..dia sendiri terkeliru dengan perasaannya. Gembirakah dia atau sebaliknya..?
"Sebenarnya aku betul-betul serabut sekarang Kinah..tak tahu nak buat pilihan yang tepat..."akhirnya dia terpaksa meluahkan isi hatinya pada sahabat baiknya itu.
"Kejap-kejap...buat pilihan..? Aku dah ketinggalan banyak ni...sejak bila kau ada banyak pilihan ni Ain?soal Sakinah sambil bangun mencuci tangan pada sinki berhampiran tempat duduk mereka.
Keadaan tenang di café masa itu memudahkan lagi mereka berbicara.
"Kau cakap pasal Harris ke pasal kerja ni...? aku tak faham..sungguh aku tak faham"Sakinah terkebil-kebil memandang Insyiraa.
" Kedua-duanya Kinah.."Insyiraa melepaskan keluhan berat sambil merenung sayu Sakinah di hadapannya.
"Kau kena pilih antara Harris dengan kerjaya kau ke..?...atau....hah, ni yang aku tak suka ni Ain...kau ada rahsiakan sesuatu dari aku ni kan...?."Sakinah seakan mengagak ada sesuatu yang tidak kena dengan sahabatnya itu.
Insyiraa tak mampu lagi mahu berahsia mengenai hati dan perasaannya dengan rakan baiknya itu. Lantas terungkailah segala rahsia yang disimpannya selama hampir setahun itu.
Terpaksa diceritakan kepada Sakinah bagaimana perkenalannya dengan Irwan, dengan keluarga Irwan. Bagaimana terdetiknya rasa cinta di hati Irwan tehadapnya juga curahan hati Irwan bersaksikan Sungai Martapura, juga mengenai cincin emas bertatahkan berlian yang masih tersimpan kemas dalam begnya.
"Aduh, sweetnya kisah cinta kau ni kan Ain, jealous aku.."ujar Sakinah teruja sekali.
"Patutlah kau asyik ke sebelah sana aje...rupanya dalam diam kawan aku ni ada cowok di sana ye...lepas tu kalau sebut aja pasal Banjarmasin, wajah kau bukan main berseri-seri lagi..."usik Sakinah lagi..
"Aku ke sana atas sebab tugas la Kinah...lagipun..."
"Lagipun apa Ain...?"Sakinah makin berminat dengan kisah Insyiraa itu.
"Aku tak pernah bagi apa-apa harapan pun pada Irwan Kinah. Aku sebenarnya takut sangat pisang berbuah kedua kalinya...Aku takut nak hadapi kedukaan seperti mana dulu...kau pun tahu kan. Macam mana teruknya aku menderita dulu..."ujar Insyiraa dengan nada yang amat sedih.
"Dari apa yang kau cerita ni Ain, aku yakin yang Irwan itu orangnya mesti baik kan, jujur dan setia...tapi... lelaki tetap lelaki kan...sebaik mana lelaki itu, namun dia tetap lelaki"ungkapan akhir Sakinah benar-benar terkesan pada lubuk hati Insyiraa.
Harris dulu pun begitu, memang sebaik-baik lelaki pada pandangan mata hati Insyiraa, namun akhirnya kecewa juga dia. Akhirnya dia diduakan juga...
"Aduhai....!...Padan muka aku Kinah, orang ambik PhD, aku pun nak juga, tapi sudahnya aku yang sengsara..."ayat Insyiraa itu menyebabkan Sakinah tertawa sendiri..
"Haah, memang padan pun muka kau, tengok macam aku ni, relax je, dah kahwin, ada anak...badan pun makin naik, macam belon ditiup-tiup..."gurauan Sakinah itu membuat kedua-dua mereka ketawa.
Dua tiga orang student yang duduk agak hampir dengan meja mereka memandang ke arah mereka. Faham benar dengan tingkah pensyarah Puan Nuren Sakinah itu, kalau ketawa memang tak boleh control..
"Aduh, bertuahnya aku Kinah, ada kawan macam kau..saat-saat aku serabut ni kau selalu akan buat aku ceria..."lantas Insyiraa menggenggam erat tangan sahabat karibnya itu...
"Aku sayang sangat dengan kau Ain...Dulu masa kau putus tunang dengan Harris, aku rasa macam nak cincang-cincang saja Si Harris tu... macam batang pisang, tak sanggup aku tengok kau menangis hari-hari sampai pucat lesu muka kau yang manis ni..tak ada seri langsung..."ujar Sakinah dengan sayu...
"Ala...meh sini meh....sayang aku dengan kau Kinah..."Insyiraa bangun dari kerusinya lantas memeluk Sakinah..
"Jom dah lewat ni, dah masuk Zuhur pun..."Sakinah membuntuti Insyiraa untuk ke Musolla yang berhampiran kafe itu.
Di sudut hati kecil Insyiraa sebenarnya sayu amat dengan kata-kata Sakinah tadi. Namun dia menyembunyikan kesedihan hatinya itu sendiri..Dia sedar walau seteruk mana deritanya ada lagi yang lebih hebat menerima ujian dari Yang Maha Esa...Redha dan Tawakkal tu alallah...itulah kunci ketenangan hati...
"Dua minggu lagi keluarga Harris nak datang ke kampung aku Kinah,...nak tuntut janji..."luah Insyiraa pada Sakinah setelah selesai mereka Solat Zuhur hari itu.
"Habis tu kau dah buat keputusan ke Ain...dah buat Solat Istikharah..?"simpati Sakinah melihat Insyiraa muram semula.
"Belum...",jawab Insyiraa ringkas sambil tunduk memandang sejadah.
"Kalau kau minta pandangan aku, memang aku akan tolak mentah-mentah la Si Harris tu...Muka je handsome.., tapi tak setia..."ujar Sakinah sambil menanggalkan telekungnya.
"Aku tak sekejam itu Kinah,..aku faham dia ada sebab tersendiri dengan tindakannya..."ujar Insyiraa lemah sekali.
"Ni la masalah kau Ain, hati kau tu lembut sangat, senang memaafkan orang..."ujar Sakinah lagi tatkala mereka menapak keluar dari musolla itu.
Tak ada seorang pun yang faham isi hati Insyiraa tika itu. Bukan soal memaafkan yang Insyiraa fikirkan tika itu. Tapi soal hati dan perasaan, soal perikemanusiaan.
Tatkala teringat sahaja wajah comel Adam Iskandar, hati kecil Insyiraa betul-betul sebak. Bayi sekecil itu amat rindukan belaian kasih ibu..bila sahaja si comel itu berada dalam ribaannya seakan ada chemistry antara mereka berdua.
Insyiraa pasti itu tiada kaitannya dengan 'abi'nya iaitu Adam Harris. Bukan juga dia telah melupakan segala kecurangan Harris padanya. Namun apa yang difikirkan adalah satu jiwa kecil yang tidak berdosa itu.
Tapi bila difikirkan semula, ramai lagi perempuan di luar sana yang boleh Haris cari untuk dijadikan isteri dan ibu kepada anaknya. Tapi kenapa dia juga yang Harris cari.
Lalu teringat Insyiraa pada kata-kata
'Jika seseorang pergi meninggalkan kita, lalu dia datang semula pada kita, itulah petanda kita ditakdirkan untuk dia...'
Entah siapa yang mengungkapkan kata-kata itu, Insyiraa pun tak pasti. Tapi ternyata perasaan cintanya pada Adam Harris telah hambar. Yang bersisa hanyalah perasaan simpati yang tak bertepian..simpati dengan nasib Harris, simpati lagi dengan nasib anaknya, Adam Iskandar...
YOU ARE READING
CINTANYA AMPUH DI BUMI BANJAR
RomancePerjuangan cinta yang tak bertepian...perjalanan trilogi cinta yang maha merumitkan... "Ternyata kamu bawa jiwa dalam setiap petikan gitarmu Irwan. Tak semua gitaris punya bakat seperti kamu"..ungkap Insyiraa kagum.. "Mati pun aku sanggup demi gadis...