Hati Wanita

59 2 0
                                    

Ah kenapa pulak aku hari ini, berfalsafah tentang cinta pula. Tujuan aku ke mari hanya untuk membantu Prof Nizam membentangkan kertas kerjanya dalam seminar Bahasa malam nanti...Kenapa aku terjebak dalam kisah sedih meruntun jiwa ni...aduh..Insyiraa memicit-micit kepalanya yang tidak sakit..terasa bersalah pula mengikut Irwan ke sini..

"Kak...apaan ni...kenapa kakak pula yang sedih", sapaan Aisyah itu mematikan lamunannya.

Belum sempat Insyiraa berkata-kata,.. tiba-tiba telefonnya berdering.

"Hello Prof.."

"Saya kat perkampungan Banjar ni...kenapa Prof...? kejap-kejap Prof...kurang jelas la...kejap saya keluar..."

Tiba-tiba talian telefon jadi terputus-putus...Insyiraa bergegas keluar mengikut isyarat Aisyah...Dia melalui anjung depan di mana Irwan dan ibunya sedang berbicara..

"Kenapa Insyiraa..?, soal ibu Irwan agak terkejut dengan tingkah Insyiraa itu.

Insyiraa hanya menunjukkan isyarat telefon pada tangannya. Segera dia menuruni tangga ke bahagian halaman rumah...Terlihat yang Insyiraa sedang serius berbicara dengan seseorang...selendang banjar pemberian ibu Irwan tadi sesekali ditiup angin menyerlahkan bentuk tubuh gadis itu. Lalu cepat-cepat tangan Insyiraa menarik selendang itu melawan kehendak angin...

Irwan segera mengalihkan perhatiannya dari perawan itu apabila hati lelakinya tergugat dengan panorama itu. Sementara itu hati Irwan tertanya-tanya sendiri tatkala melihat seriusnya perbualan telefon itu...ah, mungkin urusan kerja nanti malam agaknya...fikir Irwan.

Wajah Insyiraa sedikit berubah kelihatannya apabila dia menapak menaiki anak tangga anjung rumah lalu duduk di kusyen kosong berhadapan Aisyah, Irwan dan ibunya... Kain batik jawa yang dipakainya dibetulkan supaya tidak tersingkap menampakkan betisnya...Baju blaus milik Aisyah yang dipakainya padan sekali dengan rona batik jawa itu. Selendang banjarnya dibetulkan agar menutupi keseluruhan dadanya hingga ke bawah. Sopan amat pada pandangan mata Ibu Irwan.

"Ngapain kak,", soalan adiknya Aisyah telah mendahului Irwan yang ingin bersuara tadi.

"Tak ada yang penting Aisyah..., soal kerja.."ujar Insyiraa selamba sambil menghadiahkan senyuman buat mereka.

Namun ternyata senyuman itu tidak semanis seperti selalunya. Irwan pasti amat ada sesuatu yang serius yang menjadikan wajah perawan itu berubah.

"Irwan..., jadikan kita pulang selepas Asar...?", soal Insyiraa lembut bila disedarinya Irwan sedari tadi memandangnya tanpa gagal.

"Iya..., jadi kok..", sedikit kaget bila merasakan gelagatnya disedari Insyiraa..

Sebelum pulang, sempat Insyiraa menyediakankan kopi buat mereka semua. Satu lagi skill Insyiraa yang menjadi sebutan di officenya. Tidak hairanlah dia berjaya memikat hati rakan-rakan pejabatnya terutama penggemar kopi. Prof Nizam sendiri tidak pernah ketinggalan merasa kopi Insyiraa.

"Ibu, boleh saya buatkan kopinya...,"soal Insyiraa apabila dia mendekati ibu Irwan di ruang dapur.

"Kamu kan udah lengkap berpakaian tu, ngak perlu susahkan diri..",terharu amat Ibu Irwan bila mengenangkan Insyiraa yang memang ringan tangan membantunya di dapur.

Namun ibu Irwan tak berdaya menahan kemahuan gadis manis itu. Lagi pula dia senang amat melihat tingkah Insyiraa yang lembut itu.

Kali ini air kopi hasil tangannya telah menjadi sebutan keluarga Irwan pula terutama abahnya.

"Udah lama tak merasa kopi kayak gini...enak banget.., cukup rasa semuanya..", ujarnya setelah menghirup seteguk dan merasa aroma kopi itu.

"Terima kasih ...", Insyiraa menerima pujian itu dengan ikhlas.

Akhirnya...Abah Irwan yang agak pendiam tak ubah seperti Irwan itu bersuara juga. Sementara itu, ibu Irwan pula makin sayu mengenangkan arwah ibunya di Malaysia dulu juga memang mahir menyediakan kopi. Air mata menitis ke pipi, tak terasa. Sedari tadi Insyiraa perhatikan tingkah sedihnya itu, tapi Insyiraa tidak berani mencampuri hal peribadi itu walau teringin sangat dia mengubati luka di hati perempuan itu.

" Ibu, barang yang lepas usah dikenang.", Aisyah merapati dan memeluk erat insan kesayangannya itu.

Insyiraa jadi keliru, tak pasti apa yang perlu dilakukan, apa yang perlu dicakapkan. Lalu dipandangnya Irwan di sebelah. Irwan turut memandang sayu padanya. Sementara Abah mereka hanya tunduk membisu.

 "Ibu, maafkan saya", akhirnya Insyiraa bersuara juga sambil mendekati ibu Irwan.

Lalu dia turut memeluk erat tubuh perempuan itu. Terasa umpama memeluk ibunya sendiri. Semua yang ada di situ terkejut dengan tindakan Insyiraa itu kecuali Aisyah.

"Insyiraa..., kamu ngak ada salahnya..", Ibu Irwan menyentuh lembut wajah Insyiraa sambil mengusap air mata yang menitis ke pipinya.

Faham dengan situasi itu. Pasti Aisyah telah menceritakan kisah sedihnya pada gadis ini.

"Saya tahu bu, kedatangan saya ke sini telah menyebabkan hati ibu sedih kan..kalaulah saya tahu, pasti..."tidak dapat meneruskan kata-katanya pabila Ibu Irwan mencelah..

"Pasti apa nak, pasti kamu tak akan ke sini...?", mendengar kata-kata ibu Irwan itu, Insyiraa tak pasti apa yang harus diujarkannya lagi..

Ibu Irwan mendongakkan wajah Insyiraa yang tadi menunduk. Irwan turut sedih melihat situasi itu. Aisyah turut menitiskan air mata melihat kesedihan keduanya.

CINTANYA AMPUH DI BUMI BANJARWhere stories live. Discover now