"Assalamualaikum...", itu ayat pertama yang keluar dari bibir Insyiraa...
"Waalaikumsalam...", serentak keduanya membalas salam Insyiraa.
"Ibu,..kenalkan.. ini Insyiraa,...kenalanku...orang jauh ni..dari.."belum sempat Irwan menghabiskan kata-katanya,
"Dari Malaysia..?", terkejut juga Insyiraa dengan telahan ibu Irwan itu.
Dengan segera dia menghulurkan tangan pada wanita itu lalu mencium tangannya seperti mana selalu dilakukan pada ibunya sendiri. Tanpa disangka, wanita itu terus meraup tubuh Insyiraa dan mencium kedua belah pipinya dan memeluknya erat umpama telah lama mengenalinya...Insyiraa kebingungan...terasa kasih sayang ibunya dalam eratnya pelukan wanita itu...Airmatanya bergenang..
Irwan turut hairan melihat perlakuan ibunya yang agak luar biasa itu namun dia faham sendiri. Ada kisah duka di sebaliknya...sementara bapanya hanya melepaskan pandangan sayu pada perlakuan ibunya itu.
"Ibu.., kok aku diketepikan begini..aku juga mau dipeluk dong...!", gurau Irwan untuk menceriakan suasana..
"Sini kamu...!",Irwan terus mendapatkan ibunya.
Seperti mana tadi wanita itu turut memperlakukan begitu pada Irwan.
"Ish ngak tahu malu bang Irwan, udah besar kok minta dipeluk, dicium bagai...",terpacul suara itu dari muka pintu.
Terlihat seorang gadis sunti yang masih berpakaian lengkap sekolah berdiri mendakap tubuh di muka pintu. Cantik sekali orangnya. Walau pun dibaluti pakaian sekolah, namun anggun kewanitaannya jelas terpancar pada wajah genitnya.
"Ini pasti adiknya Irwan kan..?",ujar Insyiraa.
"Iya kak, saya Nurul Aisyah, tapi orang-orang bilang kami bukan seperti adik beradik..", kata-kata gadis genit itu membuat Insyiraa sedikit kaget. Disambutnya huluran tangan gadis itu dengan wajah yang tertanya-tanya...
"Kenapa..?",soal Insyiraa bingung..
"Liat saja kulitnya bang Irwan, beda kan dengan aku, kulit aku cerah kan..", Insyiraa tergelak kecil melihat telatah lucu Aisyah mengusik abangnya..
Irwan hanya mencebikkan bibirnya pada Aisyah.
"Ibu, ngak percaya lagi ka dia...kita ketemu sama dia di dalam kolek, dalam sungai belakang rumah..", kata-kata Irwan menyebabkan Aisyah hilang sabar lalu dipukulnya belakang Irwan dengan beg sekolahnya itu..
"Eh,..udah.., udah...!, lagak anjing sama kucing kamu berdua ini...kan kita ada tamu ni...",ujar ibu Irwan meleraikan pergaduhan keduanya.
Insyiraa hanya tersenyum manis melihat keletah dua saudara itu, terkenang dia dengan adik beradiknya nun jauh di sana...sering bertengkar walau kecil sahaja puncanya. Ah, itulah kemesraan namanya...
"Jemput minum Insyiraa,..Irwan ni bawa balik teman, langsung kada dikabarkan sama ibu..",ujar ibu Irwan sambil menuangkan air teh ke dalam cawan lalu diberikan pada Insyiraa dan Irwan.
"Terima kasih bu,...",Insyiraa menyambut huluran cawan itu.
Serentak itu Aisyah membawa pinggan dari dapur ke arah mereka. Dia mengeluarkan kuih dari dalam plastik yang dibeli oleh Insyiraa tadi dan memasukkannya ke dalam pinggan itu.
Teringat Insyiraa dengan telatah penjual kuih di hadapan warung makan tadi melayan soalan Insyiraa, siap berpantun bagai.
Kuih-kuihnya tak jauh bezanya dari Malaysia, kuih lopes, baulu, seri muka, ...Cuma namanya kadang-kadang lain sahaja sebutannya.
"Berapa bu semuanya...",Insyiraa mengeluarkan dompet untuk mengambil wangnya, namun Irwan yang telah lama berdiri di belakangnya yang langsung tidak disedari itu terlebih dulu membayar harga kuih muih itu semua.
"Banyak lagi wang kamu..?", soal Insyiraa menyindir.
"Kenapa?", sungguh Irwan tidak mengerti.
"Banyak lagi yang saya mahu beli ni....", ujar Insyiraa sambil tersenyum melirik ke arah Irwan. Barulah Irwan faham maksud sebenar kata-kata Insyiraa itu.
"nak, wang bakinya...", Irwan melangkah semula ke arah gerai itu.
"Ngak apa- apa bu, simpan aja..",
"Loh, kok gituan dong, Alhamdulillah...makasih ya..cepat-cepat naik pelamin , nanti disambar urang..manis banget ceweknya...", ujar penjual itu sempat lagi mengusik.
Irwan tersenyum sendiri mendengarkan kata-kata penjual kuih itu. Mujur Insyiraa telah sampai ke kereta. Kalau didengarnya kata-kata penjual itu tentu Irwan malu dibuatnya.
"Apa-apaan bang Irwan ni, senyum-senyum sendiri..nah kuihnya...",usik Nurul Aisyah bila lihat abangnya tersenyum sendiri.
Kemudian ibunya pula muncul dari dapur dengan sedulang makanan.
"Nah...! Kan betul kataku, ibu memang juara masak soto..",ujar Irwan bila dilihatnya hidangan dalam dulang itu.
"Aduh, menyusahkan ibu saja...", getus Insyiraa pula seraya membantu ibu Irwan meletakkan hidangan di atas meja.
"Tak ada susahnya Insyiraa..., setiap kali pulang inilah hidangan yang diminta si Irwan ni...jadi ibu dah masak awal-awal lagi...",ujar ibu Irwan sambil tersenyum manis kepada Insyiraa.
Insyiraa hanya tersenyum sambil melirik ke arah Irwan. Dalam benaknya timbul sedikit keanehan dengan butir bicara ibu Irwan tadi. Langsung tiada pelat Indonya.
"Soto memang masakan kegemaran saya bu,tapi, saya tak pandai masak, nanti ibu ajarkan ya...",ujar Insyiraa sambil menyentuh lembut bahu wanita di sebelahnya itu.
Ibunya hanya mengangguk-angguk setuju dengan permintaan Insyiraa. Hatinya mula sayu semula mengingatkan kenangan berpuluh tahun dahulu. Kata-kata itulah yang diajukan kepada almarhum mertuanya.
"Eh, tadikan kamu...", Irwan tak jadi meneruskan kata-katanya bila Insyiraa menunjukkan isyarat jari di bibirnya meminta Irwan tidak menceritakan hal tadi.
"Apaan Wan...?", soal ibunya.
"Ngak bu, tadi ada urang minta soto banjar di gerai, tapi ngak dimakan pun....aku yang jadi mangsa...",ujar Irwan sambil memandang nakal pada Insyiraa.
"Apa ni kak Syiraa, bang Irwan..", Aisyah bersuara minta penjelasan.
YOU ARE READING
CINTANYA AMPUH DI BUMI BANJAR
RomancePerjuangan cinta yang tak bertepian...perjalanan trilogi cinta yang maha merumitkan... "Ternyata kamu bawa jiwa dalam setiap petikan gitarmu Irwan. Tak semua gitaris punya bakat seperti kamu"..ungkap Insyiraa kagum.. "Mati pun aku sanggup demi gadis...