Jika Begini Takdirnya...

45 2 3
                                    

      Irwan melepaskan keluhan berat. Entah kali ke berapa dia mengeluh begitu dia sendiri tidak pasti.

"Berkata-kata memang mudah Insyiraa.., tapi untuk menghadapinya aku ngak kuat..aku ngak kuat...sungguh..!"jujur Irwan mengaku sambil menyeka lagi matanya yang makin merah menahan sendu.

"Kamu lelaki Irwan.., kamu perlu kuat.."ujar Insyiraa memandang tepat ke mata Irwan.

Kata-kata Insyiraa itu sinonim amat dengan kata-kata ibunya dulu,

"Lelaki perlu kuat Wan..."

Ya Allah, yang berhadapan denganku sekarang ini manusia atau apa..?mulia amat hatinya...getus benaknya.

Irwan mengetap bibirnya menahan sedih. Jelas terlihat lekuk pada pipinya yang bertahi lalat itu. Urat pada lehernya makin menegang. Sepasang matanya yang redup makin tidak bermaya menentang mata bundar Insyiraa. Rambut hitam lebatnya yang berjuntaian pada dahi terbuai-buai ditiup angin malam. Mungkin inilah kali terakhir bagi Insyiraa dapat menikmati ketampanan jejaka Banjar itu yang sedikit masa lagi akan menjadi milik orang.

"Berhadapan dengan kamu membuatkan aku jadi amat lemah Insyiraa.."ujar Irwan tidak bermaya kepada perawan di hadapannya.

Tidak sanggup lagi dia menentang renungan lembut dari sepasang mata bundar Insyiraa lalu dia tunduk memandang ke bawah. Terasa menyesal pula Insyiraa menerima tawaran kerja di ULM. Tak sampai hati dia bila melihat keadaan Irwan saat itu. Tak sanggup juga dia melihat ketidakupayaan pemuda yang dicintainya itu saat ini.

"Saya tak sepatutnya jejak ke bumi ini lagi Irwan. Ternyata kedatangan saya kali ini betul-betul menyusahkan kamu..Saya mohon maaf Irwan...maaf sangat-sangat.."ujar Insyiraa juga dalam nada yang sendu.

Irwan menggeleng-gelengkan kepalanya sambil melepaskan senyuman yang sinis kepada Insyiraa. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket jaketnya.

"Kamu masih ngak berubah Syiraa,... Masih Ain Insyiraa yang sama..Betul kata Harris. Kamu lebih mementingkan perasaan orang lain berbanding diri sendiri..."Irwan merenung tepat ke mata Insyiraa.

"Jangan omong gituan Insyiraa. Aku yang banyak salah sama kamu. Aku yang langsung tidak menghargai cinta suci kamu dulu..."ungkap Irwan lagi penuh penyesalan.

"Sudahlah Irwan. Apa yang ditakdirkan untuk kita..., kita mesti terimanya dengan hati yang redha...Bahagia itu ada di mana-mana Irwan...Walau sekalipun kebahagiaan tak ditakdirkan untuk kita berdua..."ujar Insyiraa sambil membalas renungan Irwan itu dengan wajah yang amat tenang seraya menongkat sikunya pada meja sambil menggenggam jemarinya.

"Saya tak pernah salahkan kamu Irwan..., saya tahu kamu sendiri terkeliru dengan masa dan keadaan..."ujar Insyiraa ikhlas.

"Mulia sungguh hati kamu Insyiraa..."ujar Irwan terus merenung tanpa gagal gadis bertudung cokelat muda di hadapannya.

"Malangnya aku ngak berjaya juga untuk memiliki manusia sehebat kamu..."ujar Irwan sambil merenung tajam ke wajah itu.

Insyiraa makin gelisah bila ditenung begitu. Dia menggosok-gosokkan kedua telapak tangannya bagi menahan kedinginan malam sambil menelek jam pada lengannya. Dia jadi makin resah bila dirasakan suasana makin sunyi dan tiupan angin malam yang makin sejuk dan cuaca yang dirasakan akan hujan. Beberapa orang yang berada berhampiran dengan meja mereka juga telah turut beransur pulang.

"Sudah lewat Irwan, saya mahu pulang. Sebelum tu..., saya mahu pulangkan cincin emas bertatah berlian ini.."Insyiraa mengeluarkan cincin itu dari begnya dan menghulurkannya pada Irwan.

Irwan terkesima. Dia tidak mahu dan tidak sampai hati menerima kembali pemberian itu.

Lantas dengan lembut Insyiraa memegang pergelangan tangan Irwan dan membuka genggaman jemari Irwan lalu meletakkan kotak cincin itu, kemudian menutup kembali genggaman tangan itu. Irwan terpaksa akur. Irwan bagaikan dipukau dengan tindakan spontan Insyiraa itu. Apa yang dirasakan hanyalah betapa sejuknya kedua telapak tangan Insyiraa  tatkala menyentuh tangannya. 

Sambil merenung penuh makna dengan mata bundarnya ke wajah Irwan, Insyiraa berkata,

"Berikan cincin ini pada bakal isteri kamu..., atau pulangkan pada ibu, sampaikan salam sayang saya pada Aisyah.., pada ibu... dan pada abah di kampung ya... Doa saya sentiasa mengiringi hidup kamu...Assalamualaikum..."serentak dengan itu, Insyiraa menghadiahkan senyuman manis berlesung pipitnya kepada Irwan, senyuman yang telah lama hilang dari wajahnya itu telah kembali malam itu.

Kemudian dia melangkah anggun dengan baju kurung rona krimnya ke arah jalan utama. Irwan masih terpaku di kerusinya. Tak tahu apa yang harus dilakukan. Terasa belum puas lagi berbicara bersama perawan itu...Terasa belum puas lagi menatap wajah lembut itu...terasa belum puas lagi menikmati senyuman manis berlesung pipit itu...

Kotak comel yang berisi cincin yang dipulangkan oleh Insyiraa tadi masih erat dalam genggamannya.

"Selamat tinggal Irwan..."lambaian Insyiraa malam itu berlainan amat.

" Insyiraa...!, tungguuuu...!"jerit Irwan sambil berlari ke arah Insyiraa bila menyedari ada sebuah lori yang sangat laju makin menghampirinya.

Surat cinta tulisan tangan Insyiraa buat Irwan jatuh berterbangan ke tanah ditiup angin malam.

"Irwan..!, jangannnn...!"jerit Insyiraa.

Serentak dengan itu kedengaran hentaman yang kuat. Lori yang mengalami kerosakan pada brek itu telah menghentam pokok jati berhampiran tebing sungai.. Orang ramai yang ada berhampiran segera mengerumuni tempat itu.

"Mashaallah..."terdengar ungkapan itu dalam kalangan beberapa orang yang berada di hadapan sekali.

"Lailahaillallah..muhammadarrasulallah.." ungkapan itu terucap di bibir Irwan..

Sungai Martapura juga menara pandang dengan kerdipan lampu di puncaknya menyaksikan segalanya lagi... Berakhirnya kisah cinta yang tragis antara dua negara. Sekali lagi takdir telah memainkan peranannya. 

Hujan yang mulanya renyai membasahi bumi Banjar semakin lebat seakan menangisi saat-saat duka itu...Butiran hujan yang gugur ke bumi bersatu bersama merahnya darah lalu mengalir perlahan dan menyatu bersama air sungai Martapura yang setia mengalir ke kuala...


                                                          #########################

CINTANYA AMPUH DI BUMI BANJARWhere stories live. Discover now