Tersingkapnya Rahsia Silam

83 2 0
                                    

     Sementara itu di dalam bilik Aisyah pula...

"Pandai kakak berkain batik ya...kalo Aisyah mesti udah tanggal",kata-kata Aisyah amat menggeletek hati Insyiraa lalu dia tertawa sendiri.

"Kain batik ini warisan turun temurun bangsa kita Aisyah, kalau kita tak meneruskan warisan kita, siapa lagi...",ujar Insyiraa sambil mencuit pipi gadis sunti itu lalu menyidai telekung di ampaian.

"Kak, kalo aku nanya sesuatu boleh kan..?", Aisyah memulakan soal siasatnya.

"Kenapa ni, sejak bila kalau nak bertanya kena bayaran..?", gurau Insyiraa.

Matanya tertumpu pada pemandangan sawah padi berlatar belakangkan pergunungan dari jendela di bilik Aisyah.

Aisyah bergerak ke sisi Insyiraa di tepi jendela.

"Emm, sudah lama kak kenal sama bang Irwan..", Insyiraa telah dapat menggagak soalan Aisyah itu.

Insyiraa mengalihkan pandangannya pada gadis sunti di sebelahnya. Ditatapnya wajah Aisyah yang penuh mengharap itu.

"Lama juga... kurang lebih setahun begitu...",ujar Insyiraa ringkas.

"Oo lama tu..., jadi kakak mesti udah kenal gimana bang Irwan itu kan...?",Insyiraa mengerutkan dahinya pada Aisyah tanda tidak faham.

"Gimana...?, kenapa..? Dia boleh bertukar jadi raksasa atau Ultraman ke..?", gurau Insyiraa lagi sambil menggayakan watak-watak Ultraman kegemaran adik bongsunya di kampung.

Aishah tergelak besar dengan gurauan Insyiraa itu.

"Kakak ni...., aku serius la...",

"Aisyah....,kenal lama tak semestinya kakak dah tahu dia gimana Aisyah. Baru sekali kakak berpeluang bercakap dengan dia tahun lepas di Bali. Kemudian ada sekali dua bermesej di telefon, lepas itu hari ini, kakak berjumpa dia di studio, dicampur-campur kurang lebih 24 jam ja kami sempat berbual....Dalam kereta tadi pun..., dia lebih banyak diam, kakak pula teruja dengan pemandangan sepanjang perjalanan ke sini.....tapi kakak faham yang bang Irwan Aisyah tu seorang yang pendiam dan pemalu amat...tapi seorang yang sangat fokus pada pekerjaannya", panjang lebar penerangan Insyiraa membuatkan Aisyah mendengus sambil menggeleng-gelengkan kepala.

"Dalam setahun baru sekali dua bermesej...ngapain bang Irwan ni...lembab banget..", kata-kata Aisyah itu memecahkan ketawa Insyiraa.

"Kalau kakak nak tahu, abangnya Aisyah itu emangnya pemalu amat...itu lah sebabnya Aisyah selalu bergurau dan mengusik dia.. susah benar mahu liat dia senyum apatah lagi tertawa...asyik serius 24 jam..",ujar Aisyah lagi.

"Tapi..., Aisyah sama ibu terkejut amat kali ini pulangnya ke desa membawa teman,..perempuan pula...lagi orang Malaysia pula...",kata Aisyah sambil merenung dalam ke wajah Insyiraa.

"Kalau Aisyah nak tahu, kakak yang minta supaya dibawa ke sini bila dapat tahu yang kebetulan dia mahu pulang ke sini...kakak juga asalnya dari kampung, jadi dapatla kakak melepaskan rindu di sini..cantik sangat Aisyah pemandangan di sini. Jatuh cinta kakak dibuatnya...",ujar Insyiraa.

"Aaa, kakak ni udah jatuh cinta sama kampungnya atau orangnya...",usik Aisyah menduga.

"Eh ke situ pula dia,...nakal ye...Iya kakak jatuh cinta pada Aisyah yang baik,periang lagi cantik banget ini", getus Insyiraa sambil mencubit manja pipi Aisyah.

"Juga pada ibu Aisyah yang amat lembut lagi penyayang itu...terasa seperti kakak berada di rumah sendiri.."ujar Insyiraa lagi dengan benak yang penuh persoalan mengenai ibu Irwan.

"Bang Irwan...?", soal Aisyah menduga.

Pecah berderai ketawa Insyiraa mendengarkan soalan Aisyah itu. Tak disangkanya ke situ pula sebenarnya punca persoalan Aisyah.

"Aisyah, Aisyah udah tak sabar benar mahu terima kakak ipar ya...", gurau Insyiraa sambil menatap wajah anak manis itu.

Sejujurnya Insyiraa tak pernah memikirkan apa yang terpacul dari mulut Aisyah tadi. Bagi dia, senang amat berkawan dengan Irwan. Antara mereka berlima, karektor Irwan yang paling sesuai didekatinya...lagi pun siapalah dia untuk memikirkan itu semua. Seorang wanita yang lemah.

"Ya, apa salahnya Kak Syiraa jadi kakak ipar Aisyah, Aisyah suka banget, kakak ni udahlah cantik, baik, pandai masak lagi...",ujar Aisyah lagi dalam nada keanak-anakan.

"Sudah la Aisyah, bang Irwan itu baik amat orangnya,...kata orang, manusia baik ini akan dapat jodoh yang baik juga...Inshaallah...",ujar Insyiraa lagi.

"Ni Aisyah, kakak mahu nanya, Ibu Aisyah itu memang asalnya orang Banjar ke?",persoalan mengenai ibu Irwan belum terpadam dari benaknya.

"Kak, aku sebenarnya ada rahsia nak diceritakan..", kata-kata Aisyah kembali menimbulkan persoalan di benak Insyiraa.

"Mengenai apa? Ibu..?", soal Insyiraa..

"Eh, mana kakak tahu..",Aisyah pelik.

Telahannya tadi benar belaka. Menurut Aisyah, ibunya bukanlah anak jati Banjarmasin, tapi asalnya sama tempat dengannya..Malaysia...Jatuh cinta pada jejaka Banjar. Berkahwin tanpa restu keluarga. Membawa diri bersama suami tercinta ke sini dan menghambakan diri di sini walau sesaat pun tidak pernah melupakan tanah tumpah darahnya sendiri. Tak pernah kembali ke Malaysia lantaran dibuang keluarga.

"Mashaallah, patutlah wajahnya lain benar bila melihat kakak tadi...demi Allah Aisyah, kakak tak tahu kisah sebenar...kalau lah kakak tahu kedatangan kakak ni telah membuatkan luka lama berdarah kembali...."

"Kak, usah omong gituan kak..., ternyata ibu suka amat dapat berjumpa orang senegaranya...itulah juga salah satu sebabnya bang Irwan sanggup bawa kakak ke sini...Setau aku dia ngak pernah bawa kawan perempuannya balik ke sini...pemalu amat itu...tapi sama kak Insyiraa ni ku liat lain pulak tingkahnya...ilmu apa yang kakak pakai ini... ",Aisyah pula bergurau.

Insyiraa hanya tersenyum tawar dengan gurauan Aisyah. Benaknya masih lagi cuba menghadam kisah sedih ibu mereka. Tentu sukar amat hidup berumahtangga tanpa restu keluarga. Lagi-lagi jarak yang amat jauh memisahkan dia dengan keluarganya sendiri. Sedih benar bila memikirkan itu. Tapi itulah cinta sebenarnya.Cinta tak kenal siapa cinta tak kenal jarak atau masa...Cinta adalah suatu perasaan suci anugerah Tuhan buat hambanya..

CINTANYA AMPUH DI BUMI BANJARWhere stories live. Discover now