Kusut Tak Terurai...

27 2 2
                                    

     "Saya..."Insyiraa tidak dapat meneruskan kata-katanya bila telefon Irwan berdering.

Irwan bangun lalu bergerak ke arah tebing sungai untuk menjawab panggilan.

Tidak jadi lagi Insyiraa untuk meluahkan keserabutan fikirannya saat itu. Dipandangnya lelaki di hadapannya.

Sampaikah hatinya untuk meluahkan segala kekusutannya sekarang melihatkan keterujaan Irwan dapat bersua dengannya. Sanggup datang bertemunya walau dalam kesibukan kerja...terharu sangat Insyiraa.

Tapi..., kalau tidak sekarang bila lagi..Allahuakbar...Insyiraa memejamkan matanya sambil meraup wajahnya dengan telapak tangannya...tak tahu nak fikir apa lagi..

"Insyiraa....kamu sakit...?"terkejut Insyiraa, entah bila Irwan berada kembali di sisinya.

"Eh.., tak adalah....penat sedikit...perjalanan tadi pagi agak jauh kan..." Insyiraa berdalih lagi.

"Kasihan kamu..., ayuh kita pulang...aku terpaksa pergi awal ke lounge hari ini kerna perubahan waktu saat akhir..."ujar Irwan.

Pulangnya Irwan ke studio hari itu dengan membawa buah tangan berupa kek coklat yang memang menjadi kegemarannya. Ternyata perawan seberang ini tidak sahaja cantik, bijak,... malah jaguh juga dalam masak memasak...hai bertuahnya siapa yang dapat memilikinya...keluh hatinya sendiri..

Jauh di sudut hatinya berharap amat bahawa dialah orang itu,....namun segalanya mungkin. Mahu sahaja dia menagih janji cintanya sedari tadi, namun melihatkan Insyiraa yang keletihan dan tidak bermaya hatinya jadi simpati amat...

"Kita ngak pernah tahu apa yang terpaksa ditempuh oleh Insyiraa di sana..."kata-kata ibunya dahulu terngiang-ngiang semula di telinganya..

"Aduh, enak banget kek ni bang Irwan."ujar Anang setelah merasa sepotong kek coklat itu.

"Bang, cepatan bawa Kak Syira ke sini, nanti setiap hari kita ngak perlu hadap nasi bungkus lagi..."ujar Nasman pula.

"Kamu pikir Kak Syira tu anak kucing, senang diusung ke sana ke mari.."ujaran Anang disambut dengan deraian tawa mereka.

Irwan tersenyum lebar. Ternyata makin lama dia mendekati Insyiraa makin banyak kelebihan Insyiraa yang ditonjolkan. Dan makin tidak sabar untuk dia menanyakan soal hatinya itu..Tapi berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..ternyata sukar amat..

Hujung minggu nanti Insyiraa telah berjanji jika tiada perubahan acara pada saat akhir, dia akan mengikuti Irwan menemui keluarganya di kampung. Lagi pun ada buah tangan dari Malaysia yang dibawa untuk keluarga kecil itu.

Berada di perdesaan Irwan membuatkan Insyiraa terlupa sekejap atas permasalahannya yang berselirat itu. Tenang sangat melihat keindahan pepohonan yang menghijau...bunyi dendangan alam berupa kicauan beburung dan unggas-unggas lain amat indah di telinga Insyiraa.

Hidangan wajib soto banjar telah tersedia oleh ibu Irwan di atas meja. Berselera sekali Insyiraa hari itu. Berbeza dengan ketika dia berada di Malaysia sebelum ini. Selalu akan hilang selera makan mengenangkan permasalahannya.

Teringat akan pesanan lucu Sakinah ketika menghantarnya ke KLIA sebelum keberangkatannya ke sini,

"Ain, nanti bila kau makan soto banjar, makan untuk aku sekali tau..."

"Kak Syiraa, berapa lama lagi study kak Syiraa akan habis..?"pertanyaan Aisyah mematikan lamunannya.

"Entahlah Aisyah, kak Syiraa sendiri tak pasti..."ujar Insyiraa lemah.

"Kenapa ni kak, lemah aja..."simpati Aisyah dengan jawapan tidak bermaya dari Insyiraa itu.

Irwan yang berada di hadapannya turut simpati melihat wajah sedih tidak bermaya buah hatinya itu.

"Ternyata kadang-kadang apa yang kita anggap mudah itu sebenarnya sukar amat Aisyah..."ujar Insyiraa sambil mengusap-usap lengan Aisyah.

"Aku sendiri udah merasa sukar amat walau baru berada di SMA, belum lagi ke kolej tu.."rasa bersalah pula Insyiraa bila mendengar ungkapan Aisyah itu.

Seolah-olah jawapannya tadi yang seakan melemahkan semangat anak gadis ini.

"Eh, kamu masih muda dik, masih banyak yang perlu kamu tempuh, jangan patah semangat hanya kerana melihat kekecewaan orang lain.."dalam sekali makna kata-kata Insyiraa itu.

Entah kenapa Irwan merasakan pembawakan Insyiraa kali ini lain benar. Kata-kata yang terungkap dari bibir perawan ini sejak dia menjejakkan kaki ke sini minggu lepas seolah-olah umpama teka-teki yang berselirat amat untuk mencari jawapannya.

Namun begitu berat mulutnya untuk bertanya apa sebenarnya yang tersimpan di sudut hati kecil Insyiraa. Bimbang airmata Insyiraa tumpah lagi.

Masih terkenang wajah sendu Insyiraa tatkala dia meluahkan rasa cintanya dahulu berhadapan dengan Sungai Martapura. Dan sampai ke hari ini, sumpah, dia tak sanggup melihat perawan itu menangis lagi. Terhiris benar hati lelakinya bak dirobek sembilu tajam.

"Syiraa, nanti masakkan ibu asam pedas lagi ya. Ikan ibu udah sedia di dapur..."ibu Irwan sengaja mahu menceriakan keadaan bila melihat wajah Insyiraa yang sayu.

"Ya bu.., ayuh Aisyah tolong kakak di dapur.."Insyiraa lantas bangun dari kerusi diikuti oleh Aisyah.

Lalu keduanya menapak ke dapur beriringan. Irwan dan ibunya hanya memerhatikan langkah Insyiraa dan Aisyah itu.

Ibu Irwan mengalihkan pula pandangannya pada anak lelaki di sebelahnya..

"Apaan Wan, kenapa ibu liat kelakuan Insyiraa lain benar.., atau Wan ada melukakan hati dia..?"direnungnya wajah Irwan minta penjelasan.

"Enggak bu...! Aku juga jadi hairan dengan dia...tak seceria dahulu..."ujar Irwan.

"Kamu tidak coba nanyain dia..."soal ibunya.

"Udah, katanya tertekan dengan studynya...itu aja.."jawab Irwan.

"Oh begitu..."getus ibunya.

Namun jauh di sudut hati kecil keibuannya merasakan ada sesuatu yang lain yang mengganggu emosi anak manis itu.

Setelah berbicara mengenai hal biasa dan bertanya khabar anak lelakinya itu, dia meninggalkan Irwan termangu sendiri di ruang hadapan dan menuju ke ruang dapur. 

Bauan masakan asam pedas utara Insyiraa meronai ruang dapur saat itu. Mahir sekali gadis manis ini menguruskan masakannya. Memang sudah layak bergelar isteri. Fikir ibu Irwan.

"Aduh, sedapnya bau kak..! boleh aku coba..."Aisyah menghampiri Insyiraa dengan mangkuk di tangannya.

"Udah siap masak ya anak-anak ibu ni..?"ujar ibu Irwan mendekati mereka.

CINTANYA AMPUH DI BUMI BANJARWhere stories live. Discover now