Tiada Sekelumit Dendam...

31 2 0
                                    

     Dia menyeka matanya dengan tangan lelakinya. Songkok di atas kepala ditanggalkan dan diletakkan di sebelah kanan sudut meja. Pipi putih bersihnya bertukar kemerah-merahan menahan sebak yang amat sangat. Namun bukan sengaja dia mahu menitiskan air mata lelakinya untuk meraih simpati. Terpulanglah apa yang mahu dianggap oleh Insyiraa.

Melihatkan situasi itu hati Insyiraa jadi rapuh kembali. Pilu hatinya mendengarkan kisah sedih itu. Lupakah dia dengan derita batinnya selama berbulan-bulan dulu..? Namun di sudut hati kecil Insyiraa tiada sekelumit dendam pun yang tersimpan untuk arwah isteri Harris itu. Malah dia sendiri tidak mengenali siapa sebenarnya wanita itu. Tentu hebat orangnya yang sanggup berkongsi kasih suami dengan wanita lain.

"Jujur saya cakap Harris, saya tak ada simpan dendam pada awak atau pada arwah, yang langsung saya tak kenal siapakah dia...saya yakin dengan kehendak takdir, saya redha dengan ketentuan Tuhan...", diluahkan juga rasa hatinya walau perit sekali.

"Terima kasih Ain..., tak salah pilihan saya, awak memang berhati mulia...saya minta maaf sangat-sangat...maafkan saya Ain kerana telah melukakan hati awak..",nada suara Harris masih sebak.

"Namun begitu..., saya juga manusia biasa Harris,...yang ada sifat mazmumah dalam hatinya, yang ada hati dan perasaan...tipulah kalau saya nyatakan hati saya ni tak hancur, tak derita, tidak tersiksa dengan ini semua..", ujar Insyiraa lagi cuba mengawal air matanya dari turut menitis dari tasik hatinya yang telah hampir kering itu.

"Ya, saya faham...",ujar Harris perlahan sambil tunduk meraup rambut ikalnya.

Diambilnya kembali songkok di atas meja lalu dipakaikan semula di kepalanya. Direnungnya kembali wajah sendu di hadapan. Besar amat harapannya agar lamaran kali keduanya diterima oleh gadis pujaannya itu. Namun dia faham bukan senang memujuk hati wanita yang nampak serba lembut dari luarannya ini, namun memiliki hati sekental kerikil..

Entah kenapa renungan lelaki di hadapannya itu mengingatkan dia renungan jejaka Banjar yang masih setia menunggu jawapan cintanya di bumi Kalimantan sana. Irwan, apa khabarmu saat ini..? Kembali tergambar di benaknya renungan penuh mengharap Irwan disaksikan oleh aliran air Sungai Martapura itu semasa meluahkan perasaannya dahulu..

Kenapa saat-saat sebegini, dia jadi rindu sangat dengan wajah bertahi lalat di pipi itu . Jadi rindu untuk melihat jari jemari Irwan memainkan tali temali gitar dan rindu dengan senyuman manis yang ditutupi dengan sikap pemalu itu...Saat di mana dia di dalam persimpangan dilema ini..

"Ain, jauh renungan awak tu...kenapa?", pertanyaan Harris serta merta mengembalikan Insyiraa ke alam nyata.

"Eh, tak..Adam Iskandar...apa khabarnya..?",tiba-tiba terbayang wajah comel itu di matanya walau baru sekali berjumpa.

"Oh,...kurang sihat sikit dia...sejak semalam asyik merengek demam...kesian mama...mama pun tak berapa sihat tu...saya pula sibuk kat ofis ni...nasib baik ada Mak Leha..",ujar Harris.

Wajahnya kembali berubah risau mengingatkan anaknya itu. Asyik merengek aja. Tak cukup tidur dia dengan mamanya sejak beberapa malam yang lalu. Salah satu sebab dia paksakan dirinya bertemu dengan Insyiraa hari itu ialah untuk mempercepatkan proses penyatuan mereka agar Adam Iskandar mendapat kasih sayang dari seorang ibu yang sebenar.

"Oh.., ya ka...",jauh di sudut hati kecil Insyiraa simpati amat.

Sebelum mereka berpisah pada penghujung petang itu, sempat Harris menyatakan hasrat hatinya yang berharap sangat supaya Insyiraa kembali kepadanya sebagai isteri dan ibu kepada anaknya.

"Saya tak tahu nak cakap apa-apa lagi Harris, tak pasti nak beri apa-apa jawapan...maaf sangat saya tengah sibuk sekarang dengan tesis ni...",ujar Insyiraa dengan nada yang tidak pasti.

Dan persoalan itu kembali terbiar begitu.

Malam itu Insyiraa kembali berperang dengan assignmentnya seperti biasa. Persoalan petang tadi terpaksa disimpan jauh-jauh dari benaknya. Bismillahitawakkal...tuallallah...

Sejurus menutup laptopnya yang telah panas baterinya itu, fikirannya kembali terbang ke bumi Banjar sana...lalu dicapainya telefon yang sedari tadi disenyapkan supaya konsentrasinya tidak terganggu. Jarinya dengan pantas mengklik chanel youtube...Ada beberapa notification yang belum dibukanya. Dicarinya chanel kegemarannya.

Tiga posting video yang terbaru dari mereka yang habis ditontonnya seakan tidak lengkap. Dia mencari-cari wajah yang dirindui saat itu, Irwan...tiada kelibatnya sama sekali...hanya yang ada Anang, Nasman dan dua orang lagi rakannya. Ke mana dia...hatinya mula risau....apa Irwan ada masalah...adakah dia sakit, atau keluarganya di kampung...atau...? Ah, kenapa aku jadi tidak keruan ni...Risau yang bukan-bukan...mahu saja dia menelefon Irwan saat itu, namun hatinya menahan...dah lewat sangat..hampir pukul satu pagi pun. Tertidur juga dia dinihari itu dengan benak yang penuh dengan persoalan.

Hari esoknya Insyiraa dikejutkan lagi dengan berita sedih. Adam Iskandar dimasukkan ke hospital kerana demamnya makin tinggi. Sakinah yang kebetulan pergi ke hospital menjalani rutin bulanan anaknya yang memberitahu Insyiraa perkara itu.

Dan masa rehat tengahari itu segera Insyiraa berkejar ke hospital. Tak sampai hati rasanya dia memikirkan tubuh comel itu terlantar sakit di katil hospital. Tambahan lagi....ah, apa ni...serabutnya kepala Insyiraa. Hasratnya untuk mengetahui khabar Irwan di Bumi Kalimantan sana terpaksa ditangguhkan dahulu.

Semua yang ada di bilik sakit Adam Iskandar terharu dengan kehadiran Insyiraa ke situ. Harris yang baru sampai setelah beberapa minit Insyiraa tiba yang paling terharu. Tak disangkanya Insyiraa begitu mengambil berat tentang anaknya itu. Betapa dirasakan masa depannya bersama Insyiraa semakin cerah.

"Hai Adam, awak cepat sihat ye...nanti aunty Ain bawa awak jalan-jalan, makan aiskrim, donut...nak tak...?", agah Insyiraa pada Adam yang dalam ribaannya itu..

Bayi comel itu seakan faham dan mula mengorak senyuman riang...senang hati Insyiraa dan semua yang ada di situ..Puan Mazni, mama Harris menitis air mata melihat kemesraan antara keduanya...tidak sabar rasanya dia untuk melihat Insyiraa menapak ke rumahnya sebagai ibu kepada Adam..

"Terima kasih Ain, terima kasih sangat kerana sudi datang jenguk Adam...terharu saya..",ujar Harris tatkala Ain meletakkan Adam dengan lembutnya ke atas katil semula setelah tertidur di ribaannya dengan tenang.

"Tak ada masalah la...panasnya pun dah berkurang tu...usah risau lah...",simpati rasanya Insyiraa melihat keadaan Harris yang nampak kurang terurus dengan jambang pada pipi dan dagunya. Matanya juga amat tak bermaya...

"Awak pula yang saya nampak tak sihat ni kenapa...? Awak kena jaga kesihatan sendiri juga Harris....kalau awak sakit, siapa nak jaga Adam pulak", ujar Insyiraa spontan.

"Saya tak cukup tidur sebenarnya...",terharu sekali Harris apabila disedarinya Insyiraa amat prihatin padanya.

Senang hati Insyiraa pada petang itu bila diberitahu demam Adam telah kebah, dan akan discharge dari hospital secepat mungkin. Alhamdulillah...

CINTANYA AMPUH DI BUMI BANJARWhere stories live. Discover now