Irwan Hilang Sabar...

33 2 0
                                    

      Melihatkan penampilan serta perawakan lelaki itu, Irwan merasakan bahawa lelaki itu bukan sembarangan orang. Mesti hebat orangnya. Tiba-tiba dirasakan dirinya telah tewas dalam medan perjuangan cinta yang diciptanya sendiri...

Akhirnya tugas mereka selesai juga malam itu tatkala jam menunjukkan hampir ke pukul 10.15 malam.

"Assalamualaikum.."terdengar suara memberi salam dari arah belakang Irwan yang ketika itu sedang mengemaskan gitar dalam begnya.

"Waalaikumsalam.."Irwan terkejut melihat kedatangan lelaki yang tadinya bersama anak kecilnya dan Insyiraa.

"Maaf saudara, saya Adam Harris.."Harris menghulurkan tangannya kepada Irwan.

Irwan menyambut huluran tangan itu dengan perasaan cuak. Mahu apa lagi lelaki itu dengannya. Fikirnya. Sementara rakan-rakannya yang lain turut cuak melihat Harris.

"Maaf saya mahu ambil masa saudara sedikit.."ujar Harris melanjutkan bicaranya lagi.

"Saya amat pasti saudara tentu kenal dengan Ain Insyiraa kan.."soalan lelaki itu umpama batu yang amat berat menghempap kepalanya.

"Ya saya kenal dia...maaf kalau saya mau nanya saudara pula siapa..?"Irwan memberanikan diri bertanya.

"Saya Adam Harris, saya...., saya bakal suaminya.."yakin sekali Harris menyatakan itu.

Kata-kata Harris itu sekali lagi seakan merentap jantung Irwan. Badan Irwan terasa lemah saat itu. Lalu dia duduk di kerusi yang berhampiran. Mereka yang lain turut terkejut.

Harris turut menarik kerusi di tepinya dan duduk berhadapan Irwan. Ditenungnya jejaka Banjar di hadapannya itu. Ternyata lelaki itu juga punya aura yang tersendiri yang mampu memikat hati Insyiraa.

Sementara jauh di sudut hati kecil Irwan timbul perasaan cemburu sangat-sangat bila melihatkan ketampanan dan sikap professional lelaki Melayu di hadapannya.

"Tapi.., Insyiraa ngak pernah bercerita apa-apa pun mengenai hal ini..."ujar Irwan sambil mengerutkan dahinya memandang jejaka berkulit putih bersih di hadapannya itu.

"Nampaknya saudara belum kenal benar dengan Ain Insyiraa..."Harris mengeleng-gelengkan kepalanya sambil memerhatikan sekitar lounge yang semakin sunyi.

Kelihatan dua tiga orang pekerja sedang membersihkan tempat itu yang turut hairan memerhatikan Irwan dan Harris.

"Dia seorang yang amat menjaga perasaan orang lain lebih dari dirinya sendiri..dia tak akan bercerita tentang sesuatu perkara jika dia tahu perkara itu akan membuatkan manusia lain susah..."penerangan panjang lebar Adam Harris betul-betul membuatkan Irwan terkedu.

Ya, Irwan tahu itu. Tapi ini soal besar. Soal hidup dan masa depan. Kenapa Insyiraa membisukan mulutnya untuk perkara sepenting itu..? fikir Irwan lagi.

Lantas Irwan merasakan terjawablah teka-teki yang membuatkan gadis seberang itu tampak kurang bermaya sejak dia menjejakkan kaki kali kedua ke sini. Ternyata ada rahsia yang disimpannya.

Tapi..., reaksi Insyiraa sewaktu bertelefon bertanyakan khabarnya sebelum ini seakan menggambarkan perasaan rindunya pada Irwan. Juga tatkala pertama kali mereka bertemu hampir tiga minggu yang lepas, kelihatan terujanya Insyiraa juga tatkala pulang ke kampungnya baru-baru ini seakan membayangkan cintanya telah diterima Insyiraa...dan paling terkini ketika bersarapan bersama mereka digelar merpati dua sejoli....

Mengapa...? Mengapa cinta mereka yang seolah-olah telah hampir ke titik bahagia dikejutkan oleh perkara ini..?

Lantas, tanpa dipinta satu demi satu kisah cinta antara Ain Insyiraa dan Adam Harris tersingkap di hadapan Irwan.

Kisah menyentuh hati itu serba sedikit menggugat perasaan lelaki Irwan. Bukan mudah membesarkan seorang anak kecil sendiri tanpa kehadiran seorang isteri bagi seorang lelaki. Fikir Irwan.

Pertemuan panjang antara kedua lelaki itu diakhiri dengan permintaan Harris yang betul-betul meruntun hati lelaki Irwan.

"Saya mohon sangat supaya saudara melepaskan Ain Insyiraa dari ikatan kasih ini agar dia tenang menghadapi hidup barunya dengan saya. Jika tidak bersimpati dengan saya pun, kasihanilah anak kecil saya itu...saudara pun lihat sendiri kan bagaimana mesranya mereka berdua tadi..? Hormatilah wasiat akhir isteri saya itu..."

Allahuakbar...mudahnya lelaki di hadapannya berkata-kata. Yang akan menanggungnya dia..Dia yang akan menderita zahir dan batin.

Membayangkan Insyiraa tersenyum manis kepada lelaki lain pun sudah menimbulkan cemburu di hatinya,... apatah lagi melepaskan Insyiraa ke dalam pelukan lelaki lain.

"Cinta tidak mengajar kita jadi egois Wan, malah menjadikan kita lebih memberi dan menerima.."kata-kata keramat ibunya terngiang-ngiang semula di telinganya.

Ternyata benar belaka kata-kata itu yang dulunya dianggap Irwan hanya penyedap telinganya sahaja. Namun itu sebenarnya yang berlaku padanya kini.

Namun apa yang dikesalkannya kenapa Insyiraa tidak berterus terang sahaja tentang perkara ini kepadanya seperti dia berterus terang dengan Adam Harris mengenai dirinya..Kenapa Insyiraa rahsiakan ini semua daripada pengetahuannya.? Kenapa mesti dia tahu dari mulut orang lain..Kenapa....???

Tiba-tiba dia rasakan hidup ini tidak adil sangat. Kenapa Insyiraa bersikap tidak adil padanya...kenapa...???

Lantas dengan sekuat tenaga lelakinya ditepis segala benda di hadapannya. Jatuh bergelimpangan barang-barang yang tidak berdosa itu.

Anang serta rakan-rakannya yang lain menjengah ke dalam melihat perlakuan di luar kebiasaan Irwan itu. Tak seorang pun berani mendekati Irwan saat itu, waima Anang yang sudah seperti adiknya sendiri itu.

Telefon dalam poket jaket hitamnya dicapai. Tatkala diaktifkan telefonnya dilihatnya berpuluh-puluh panggilan Insyiraa pada skrin. Melihat sahaja nama Insyiraa, marahnya makin menyinga, dicampakkan telefon itu ke dinding dengan sekuat tenaganya.

Pecah berderai telefon itu. Maka berkuburlah segala mesej Insyiraa tanpa sempat dibaca pada aplikasi whatsappnya...Hatinya belum puas bila terpandang sahaja gitar yang tersandar kaku pada dinding yang selalunya mengingatkan dia pada gadis itu.

Lalu dia bangun dari kerusinya ingin mencapai gitar itu tetapi dihalang oleh Anang serta Nasman kerana tahu apa yang bakal dilakukan oleh Irwan dengan gitar kesayangannya itu.

"Bang, sabar bang...jangan buruan dong..ingat Tuhan bang, Istighfar bang..."ujar Anang merangkul tubuh Irwan dari belakang sementara Nasman memegang gitar kesayangan Irwan itu dengan wajah cuak.

"Astaghfirullahalazim..."terpacul juga kalimah itu dari bibirnya...

Lantas dia terduduk lemah di lantai tak bermaya..

"Lailahaillallah..."dengan kalimah itu dia menyandarkan tubuhnya pada dinding sambil mengutip serpihan telefon yang berderaian tadi. 

Sementara Nasman pula mengutip sisa-sisa barangan yang terjatuh tatkala ditepis oleh Irwan tadi dan meletakkan semula di tempatnya.

Nasman cuba membetulkan trophy yang dimenangi mereka dalam satu pertandingan muzik yang telah patah riuk di tepi dinding.

Melihatkan itu, hati Irwan mula sayu. Rasa bersalah amat pada kawan-kawannya yang telah dianggap sebagai saudara sendiri itu.

"Maafkan aku Ann, Man..., aku hilang sabar tadi.."ujarnya sambil memandang sayu pada Anang dan Nasman di hadapannya. Dua orang lagi rakannya yang lain telah pulang ke rumah masing-masing...

Dinihari itu tubuh Irwan hanya setia tersandar pada dinding hingga ke subuh hari....

CINTANYA AMPUH DI BUMI BANJARWhere stories live. Discover now