Pahit Manis Cinta...

22 1 0
                                    

     Masa seolah terhenti saat itu, Kipas angin yang berputar laju di syiling dirasakan Insyiraa terhenti secara tiba-tiba, Kenapa suasana dirasakan sunyi sepi sedangkan malam masih muda. Fikirannya buntu...kenapa semuanya datang secara bertimpa-timpa, kasih, sayang, cinta, ikatan pertunangan...

Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Telah bersediakah dia untuk ke fasa seterusnya...

Sementara Harris melepaskan keluhan lega walaupun peluh dinginnya terasa setitik dua di dahi licinnya. Akhirnya dia berjaya meluahkan juga rasa hatinya itu. Sekarang hanya menunggu jawapan Insyiraa sahaja. Kalau betullah seperti kata Sakinah yang Ain Insyiraa belum dimiliki hatinya, Harris amat pasti Insyiraa akan menerimanya. Beberapa minit kemudian, mesej Insyiraa sampai di telefonnya,

Saya ni cuma insan biasa Harris, tak layak rasanya untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan awak...,

Maaf saya tak boleh nak bagi jawapan malam ni, bagi saya masa...

Itu sahaja yang mampu Insyiraa jawab.

Harris pula menaip,

Kenapa?, jangan tipu saya yang awak dah ada orang lain Ain, saya tahu awak juga ada perasaan yang sama dengan saya...tolonglah saya tak boleh nak tunggu sampai esok...tolonglah Ain,

Insyiraa mematikan telefonnya. Tak mahu lagi dia melayan perasaan yang tak keruan itu. Dia menapak ke bilik air semula untuk mengambil wuduk. Dia ingin mengerjakan solat istikharah. Minta petunjuk di saat hatinya bercelaru itu.

Setelah seminggu berlalu...

Apa yang dikatakan Harris minggu lepas telah dikotakan. Satu rombongan peminangan telah pun sampai ke rumah Insyiraa..Dan satu ikatan pertunangan telah pun terjalin antara Adam Harris dan Ain Insyiraa...Kedua keluarga telah pun bersetuju untuk menamatkan pertunangan itu dalam tempoh 2 tahun iaitu tamat sahaja pengajian Harris di Jordan, mereka akan disatukan sebagai suami isteri. 

Namun manusia hanya mampu merancang, perancangan Allah pula tiada siapa tahu...Hanya setahun Insyiraa merasakan kebahagiaan di alam pertunangan..Masuk tahun kedua, Insyiraa dikejutkan dengan berita yang Harris telah berkahwin secara senyap di Jordan dengan seorang pelajar Malaysia di sana...,

Dan dengan hati yang hancur luluh, Insyiraa menyerahkan semula cincin pertunangan yang setia di jari manisnya setahun yang lalu kepada keluarga Harris semula walau beribu kali mama dan papa Harris meminta Insyiraa menyimpan sahaja cincin itu,

"Ain, mak cik...tak tahu...tak tahu apa yang nak dicakapkan..betul-betul tak sangka dengan tindakan Harris tu...",luah mama Harris dengan air mata berlinangan.

"Ya Ain, pak cik sekeluarga minta maaf sangat-sangat bagi pihak Harris...simpan ajelah cincin tu Ain, lagi pun tak ada maknanya lagi dah bagi kami.."ujar papa Harris pula.

"Saya tak boleh simpan cincin ni pak cik, mak cik..., saya tak akan simpan apa-apa sahaja yang bukan menjadi hak saya lagi...saya minta maaf..", ujar Insyiraa dengan sedih lalu berlalu dengan membawa hatinya yang remuk, hancur luluh, berkecai bak kaca terhempas ke batu itu ditemani oleh Sakinah yang tengah sarat mengandung itu.

Memasuki sahaja ke dalam kereta, air mata Insyiraa tumpah lagi..Simpati amat Sakinah melihat penderitaan Insyiraa itu. Tak disangkanya Adam Harris yang serba lembut tingkah lakunya itu sanggup mengkhianati cinta tulus suci seorang Ain Insyiraa ini.

"Ain..., kau ok ke...kalau tak bagi aje aku drive..boleh lagi ni...", ujar Sakinah sambil memegang perutnya yang tengah sarat itu.

"Tak apa Kinah, aku ok, cuma.., cuma..., aku tak boleh nak hentikan airmata aku ni...",ujar Insyiraa sambil menyeka air matanya yang laju meniti pipinya yang makin cengkung itu.

Sakinah yang sentiasa tak pernah kering dengan kata-kata lucu itu pun dah mati akal. Tak tahu lagi bagaimana nak menghiburkan hati sahabatnya itu. Sampai hati Harris berlaku curang pada Insyiraa. Kalaulah Harris ada kat Malaysia ni tahulah dia apa yang nak dibuatnya.

Dan sejak itu berbulan-bulan juga tiada lagi senyuman manis yang sentiasa menyerikan hari-hari Sakinah. Sehinggalah dia melahirkan bayinya, senyuman Insyiraa masih tidak seceria dulu..,

"Ain, kau tak gembira ke tengok aku dah selamat bersalin ni.., senyumlah sikit, kesian baby aku..nak juga dia tengok senyuman Aunty Ain yang semanis madu tu",ujar Sakinah dari atas katil.

Insyiraa mengorak senyum bila mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Namun, hatinya tak mampu menipu yang dia masih lagi dalam kedukaan yang amat. Diciumnya bayi comel itu.

"Ain, masuk bilik saya sekejap...", lamunan Insyiraa terhenti bila mendapat mesej dari Prof Nizam.

Segera Insyiraa menapak ke bilik bosnya.

"Assalamualaikum prof, ada apa?",ujar Insyiraa bila dipersilakan duduk.

"Awak tahu tak Ain, awaklah pembantu saya yang palig saya kagumi, paling cekap, sentiasa tahu apa yang saya mahukan...tapi..",Prof Nizam tak sampai hati meneruskan kata-katanya bila melihatkan wajah suram Insyiraa itu.

"Tapi apa prof?, saya minta maaf sangat kalau saya ada buat salah lagi...", Insyiraa tak pasti salah apa yang dibuatnya kali ini setelah semalam mendapat teguran.

Air matanya tak mampu ditahan lagi saat itu. Tiba-tiba hatinya jadi betul-betul sayu. Prof Nizam yang banyak membantunya selama ini, yang banyak memberi kepercayaan kepadanya dikecewakan ekoran masalah cintanya..malu amat..

"Ain, saya tak marah awak.., menangislah Ain, kalau itu yang dapat mengubat luka hati awak...saya ni dah macam bapa awak...luahkanlah apa saja kesedihan awak..",

"Saya cuma nak tanya, adakah awak masih berminat untuk melanjutkan pengajian PhD.?  Saya harap awak terima kali ni...Ini saja peluang untuk awak melekakan diri awak dari terbawa dalam kesedihan itu...lagi pun masa depan awak cerah dalam bidang ni...jangan sia-siakan peluang yang ada Ain...saya sentiasa sokong awak...",sayu hatinya bila melihat gadis yang telah dianggap seperti anaknya itu dalam keadaan sedih yang teramat.

Tiada lagi senyuman manis seperti selalu. Dah jarang menyediakan air kopi atau membawa juadah untuk mereka semua seperti selalu. Berat betul penderitaan Insyiraa fikirnya.

"Nanti saya fikirkan prof. Saya minta maaf sangat-sangat kalau sikap saya ni dah banyak susahkan prof. Saya janji yang saya akan berubah selepas ni..Saya lemah sebenarnya prof", ucap Insyiraa sambil menyapu air matanya.

Malu rasanya dia. Tak pernah sekali pun dia menangis di hadapan bosnya yang telah dianggapnya seperti bapa itu. Hari ini baru dia sedar yang tindak tanduknya akhir-akhir ini telah banyak menyusahkan orang-orang yang menyayanginya.


CINTANYA AMPUH DI BUMI BANJARWhere stories live. Discover now