Kemudian berhadapan dengan minggu akhir di sana. Masing-masing sibuk menyiapkan jurnal dan dokumentasi yang perlu dibawa pulang sebagai bahan presentation ke bumi Malaysia.
Petang itu selepas Zuhur, Insyiraa dan Mukhriz serta para pelajarnya berkumpul di hadapan kampus penginapan untuk membawa mereka ke Pusat sumber utama ULM.
Dari jauh kelihatan sebuah kereta Toyota Enova berwarna kelabu membelok ke arah kediaman mereka dan berhenti betul-betul di hadapan mereka. Sangka Insyiraa itu kereta yang mereka tunggu-tunggu. Pelik juga biasanya van kampus yang selalu datang menjemput mereka.
Lantas Insyiraa bangun dari bangku untuk menyertai pelajar yang lain menaiki kereta itu.Terkejut amat Insyiraa tatkala melihat pemandunya turun dari kereta itu, disertai pula oleh dua orang lain yang memang dikenali Insyiraa.
"Ustaz..."terpacul panggilan itu dari beberapa orang pelajarnya yang memang mengenali Harris.
Harris bersalaman dengan Mukhriz dan pelajar lelaki yang lain. Sementara Insyiraa masih terkedu dengan kedatangan Harris bersama mama dan papanya...
Segera Puan Mazni mendapatkan Insyiraa, memeluk dan menciumnya seperti biasa.,
"Ummi.., ummi.."kelihatan Adam Iskandar yang baru boleh menapak itu meluru ke arahnya dengan dipimpin oleh Mak Leha..
"Adam..."lantas Insyiraa mendapatkan anak comel yang memang dirindui itu.
Ditatangnya anak itu, lalu dipeluk dan dicium pipi gebunya berulang kali. Para studentnya serta rakannya Mukhriz yang kebingungan hanya memerhatikan senario itu.
Harris pula betul-betul terharu melihat situasi itu. Teringat kembali dia bagai hilang akal setelah mengetahui yang Insyiraa tiada di Malaysia lalu dia cuba mendapatkan maklumat dari keluarga Insyiraa yang Insyiraa ke sini atas arahan tugas.
Lalu melalui prof Nizam dia merisik tentang itu. Dia tak akan membiarkan sama sekali Ain Insyiraa terlepas lagi darinya kali kedua. Dia tak mungkin membiarkan benih-benih cinta Insyiraa bercambah dengan pemuda Banjar yang diceritakan Insyiraa dulu.
Dia sudah nekad walau apa pun yang terjadi, dia akan berjuang merebut cintanya kembali.
Lalu dia mengambil cuti dengan alasan membawa keluarganya ke Banjarmasin. Sedangkan niat sebenarnya untuk memantau Insyiraa di sini.
"Mak cik dan Pak cik buat apa kat sini, Mak Leha...?tanya Insyiraa setelah tersedar dari kejutan yang amat sangat.
"Harris yang mengajak kami bercuti di sini. Kebetulan bila tahu Ain kat sini kami terus ke sini..."papanya Encik Fadzil Amri bersuara sementara Puan Mazni mengangguk-angguk mengiyakan cakap-cakap suaminya itu.
Tatkala van yang biasanya menjemput Insyiraa dan pelajarnya sampai, Insyiraa membiarkan Mukhriz dan pelajar yang lain pergi dahulu. Dia berjanji akan menyusul setelah menangani situasi itu.
"Maaf sangat, saya masih dalam masa kerja lagi ni, tak boleh nak lama-lama kat sini...."ujar Insyiraa serba salah.
"Tak mengapa Ain, nanti malam saya datang ambil awak. Kita dinner kat luar.."ujar Harris pula sambil menyorot pandangannya ke arah Insyiraa yang tika itu sedang mendukung anak lelakinya.
Insyiraa tak pasti apa yang perlu dikatakan. Lalu dia mengangguk-angguk perlahan.
Kedatangan Harris dan keluarganya ke bumi Banjar itu betul-betul menggugat konsentrasinya pada petang itu. Sampai ke sini sanggup Harris mencarinya.
Insyiraa yakin sekali yang kehadiran mereka bukan hanya untuk bercuti tetapi sengaja Harris mahu meninjaunya di sini. Terasa ada bala lain yang akan menimpanya di sini.
Dan malam itu Insyiraa telah bertekad, selepas makan malam bersama keluarga Harris nanti, dia akan menceritakan segalanya kepada Irwan sebelum terjadinya salah faham yang mungkin akan merumitkan lagi keadaan.
Malam itu juga dia bertekad akan meluahkan perasaannya yang disembunyikan selama ini bahawa dia memang amat mencintai pemuda Banjar itu dengan sepenuh hatinya malah cincin emas bertatah berlian itu akan tersarung di jari manisnya membuktikan lagi tulus perasaannya pada jejaka itu setelah sekian lama cincin itu tersimpan rapi dalam begnya.
Namun hampa lagi Insyiraa bila mengingatkan malam itu Irwan seperti biasa bekerja di lounge. Biarlah.., masih ada hari esok untuknya. Fikirnya sendiri demi menenangkan hatinya yang makin gundah gulana itu.
Seperti biasa sebelum memulakan tugasnya malam itu di lounge menghiburkan pengunjung tempat makan itu bersama bandnya, Irwan dan rakan-rakannya memastikan segala peralatan berada dalam keadaan baik.
Bila sahaja ada beberapa meja yang dipenuhi pelanggan, mereka mendapat signal untuk memulakan tugas. Acara didahului dengan persembahan muzik instrumental yang mengasyikkan. Irwan menumpukan perhatian kepada gitar kesayangannya sambil memainkan jemarinya pada tali temali gitar itu.
Seketika Irwan melihat persekitarannya. Dalam ramai-ramai pelanggan, mata Irwan tertumpu pada sebuah keluarga di sudut kirinya. Irwan pasti amat yang keluarga itu dari Malaysia yang terdiri daripada empat orang dewasa bersama seorang anak kecil yang keletah amat.
Yang menjadi tanda tanya pada Irwan ialah ibu kepada anak kecil itu tidak kelihatan. Irwan pasti lelaki kacak bersongkok itu ialah bapa kepada anak itu. Sementara dua orang lagi adalah datuk dan neneknya sementara lagi seorang mungkin penjaga kepada anak kecil itu.
Mesti ibunya juga cantik, melihatkan kekacakan bapanya itu. Lelaki itu menghadiahkan senyuman buat Irwan tatkala disedarinya tumpuan Irwan kepada mereka.
Irwan turut tersenyum sambil mengangguk ke arah mereka menunjukkan tanda hormatnya kepada pelanggan lounge itu.
Kemudian Irwan beralih pula ke arah pelanggan-pelanggan yang lain di hadapan mereka sambil jemarinya masih memetik gitar mengikut notasi muzik pada stand yang berhadapan dengannya. Makin lama makin ramai pelanggan yang masuk melalui pintu utama lounge.
Dan sungguh tak disangkanya malam itu dia akan menerima tetamu yang amat dinanti-nantikannya..Alangkah girangnya hati Irwan tatkala terlihat olehnya salah seorang pelanggan yang melangkah masuk adalah Insyiraa.
Berlainan benar penampilannya malam ini dengan dress labuh berwarna hijau gelap seakan Sang Cinderalela, anggun berjalan ke arah putera idaman. Senyumannya makin melebar.
Insyiraa pula terpaku di situ tatkala sang gitaris pujaannya sedang memetik gitar di ruang hadapannya sambil tersenyum cukup manis kepadanya.
YOU ARE READING
CINTANYA AMPUH DI BUMI BANJAR
RomancePerjuangan cinta yang tak bertepian...perjalanan trilogi cinta yang maha merumitkan... "Ternyata kamu bawa jiwa dalam setiap petikan gitarmu Irwan. Tak semua gitaris punya bakat seperti kamu"..ungkap Insyiraa kagum.. "Mati pun aku sanggup demi gadis...