Cepat-cepat dia menamatkan perbualannya apabila pintu biliknya diketuk oleh rakan serumahnya.
Aduh, kok cepat benar masa berlalu...Syiraa...aku masih penasaran menunggu cinta kamu...ujar benak Irwan setelah menamatkan perbualannya dengan Insyiraa. Senyumannya melebar bila menapak ke anjung rumah,
"Nah, Kak Syiraa kirim salam sama kamu, katanya kamu ada hutang sama dia...",ujar Irwan sambil menyerahkan telefon kepada Aisyah semula.
Ibunya hanya mengerutkan dahi tanda tidak mengerti apa-apa.
Aisyah cuma tersenyum nakal..faham dengan kata-kata itu..Sengaja dia membohongi Insyiraa tadi. Ternyata kak Syiraa sayang banget sama bang Irwan. Fikir Aisyah sendiri.
"Syiraa juga kirim salamnya sama ibu dan abah. Katanya lagi, dia rindu sama desa kita ini..."ujar Irwan lagi pada ibunya yang sedang merenung penuh makna padanya.
"Rindu pada perdesaan.., atau pada orangnya..",ujar Aisyah sambil melirik nakal pada abangnya.
Irwan hanya menyeringai pada adiknya yang keletah itu lalu mencapai gitar kesayangannya pada dinding rumah dan terus berlalu ke biliknya lalu menutup pintu. Belum sempat ibunya membuka mulut untuk bertanya sesuatu. Ibunya cuma menggeleng-gelengkan kepala, faham benar dengan sikap anak lelakinya. Bila sudah pegang gitar jangan digangguin lagi.
Graduan Ilmu Sosial dari ULM itu lebih berminat menceburi bidang muzik dari bekerja makan gaji di bandar-bandar besar seperti rakan-rakannya yang lain. Ibu dan abahnya hanya mendoakan sahaja anak lelaki mereka yang berpewatakan pendiam dan agak pemalu juga suka menyendiri itu asalkan tidak menjejaskan agama dan adat.
Lagi pun Irwan anak yang baik, tak pernah melupakan kedua orang tuanya walau telah ada kehidupan sendiri di bandar. Setiap minggu jika dia berkelapangan dia akan kunjung pulang menjenguk keluarganya di kampung.
Sebelum dia mengenali Insyiraa sudah sering ibunya menyarankan agar dia segera beristeri, namun ada sahaja alasannya..., namun bila dia telah bertemu orang yang sesuai.., ada sahaja halangannya. Ah.., hidup adalah percaturan. Percaturan antara kalah dan menang, sukar dan senang. Cuma satu yang ibunya harapkan. Jodoh antara Irwan dan Insyiraa akan jadi kenyataan kerana Insyiraa adalah penyambung silaturahim antara dia dan keluarga nun jauh di Malaysia yang telah bertahun-tahun tidak ketemu.
Kerana itu juga, dia dengan senang hati melepaskan cincin kesayangan pemberian arwah mertuanya kepada gadis Melayu itu. Walau ditakdirkan tiada jodoh antara anak lelakinya dengan Insyiraa, cincin itulah nanti yang akan menjadi penyambung silaturahim antara mereka.
Teringat kembali beberapa bulan lepas di mana dia menenangkan perasaan anaknya itu,
"Sabar Wan..., kalau udah jodoh.., Inshaallah Tuhan akan permudahkan....ibu sentiasa doakan kamu berdua akan bersatu suatu hari nanti...",diusap-usap kepala anak bujangnya itu tatkala Irwan merebahkan kepalanya di ribaan ibunya pada suatu petang yang nyaman.
"Aku jadi udah tak keruan ibu, ternyata penantian itu sesuatu yang menyiksakan...",ditenungnya laman ibunya yang dipenuhi dengan bunga-bunga itu.
Mengapa dirasakan laman itu kosong, tak seindah sewaktu Insyiraa bertandang ke rumahnya dahulu. Terbayang di matanya Insyiraa bercakap-cakap di telefon sambil memandang ke arah sawah di belakang rumahnya di laman itu. Sesekali tangannya menahan kain selendangnya tersingkap oleh angin yang menampakkan lagi kewanitaan perawan itu...Aduh...
"Salah kamu juga Wan, kenapa kamu beri terlalu banyak masa sama Insyiraa...", duga ibunya.
"Aku ngak mahu memaksa dia ibu...",dia bingkas bangun lalu duduk bersila di hadapan ibunya.
"Nah, kalau begitu kamu perlu bersabar Wan...laki-laki harus kuat..."ujar ibunya sambil merenung tajam wajah sedih anaknya.
Betul jugak cakap-cakap ibunya. Seorang lelaki harus kuat menempuh apa sahaja dugaan. Tapi kuatkah dia..? Fasa pertama,....menyimpan perasaan cinta dalam diam terhadap perawan seberang itu telah dilalui dengan jayanya...Fasa kedua,...melahirkan perasaan cinta pada gadis pujaannya itu pun telah berjaya tetapi atas paksaan ibunya juga, namun fasa ketiga ini paling banyak ujian dan dugaannya dirasakan Irwan...Aduh sakitnya cinta...
"Kamu ada menghubungi dia..?", soalan ibunya mematikan lamunannya.
"Jarang kali bu...lagian dia sibuk dengan pangajian PhDnya...aku ngak mahu gangguin dia....",ujar Irwan, kembali melepaskan pandangan kosong ke luar rumah.
"Nah, dia kan lagi sibuk di sana..kita juga ngak pernah tahu kan apa yang sedang dia hadapi di sana...cinta itu tidak mengajar kita jadi egois Wan, ....tapi banyak mengajar kita memberi dan menerima...",ujar ibunya berfalsafah.
"Ibu ini hebat juga ya kalo bercakap soal cinta.., kayak professor gitu..",gurau Irwan yang memecahkan derai tawa mereka petang itu.
Sejujurnya dalam benak ibunya, dia juga turut merasa risau melihat anak bujangnya itu yang makin susut berat badannya...Jelas kelihatan rahangnya pada pipi yang bertahi lalat itu. Makannya pun tidak seselera dahulu. Tak disangka penangan cinta gadis yang bernama Ain Insyiraa besar amat impaknya.
"Udah makin kurus anak ibu ni,",kembali diusap-usapnya bahu anak lelakinya itu.
"Apa kamu sakit barangkali..",soal ibunya lagi tatkala melihat Irwan tidak memberi respons apa-apa.
"Ngak bu.., aku sihat-sihat aja...entah lah aku kadang-kadang ngak ada selera mahu makan. Kadang aku sibuk amat di studio...selalu terlepas waktu makan..", terkenang kesibukannya di studio..
Tapi sebenarnya penasaran menunggu jawapan cinta Insyiraa sebenarnya menjadikan dia sebegitu. Sudah berulang kali rakaman videonya bersama Insyiraa sewaktu di pasar terapung dahulu diputarkan untuk menjadi pengubat rindunya. Selalu juga dicarinya kelibat Insyiraa di media sosial, facebook, namun perawan itu bukan seperti gadis lain yang sering memuat naik aktiviti hariannya di sana. Instagram jauh sekali,
"Saya tiada akaun IG pun. Entahlah, saya tak pandai nak mengepost apa-apa pun...biarlah, hidup saya adalah hak saya...orang lain tak perlu tahu pun...",itulah kata-kata Insyiraa bila disoal mengenai akaun IGnya..
"Jangan gituan nak, nanti kamu sakit, ibu juga yang susah...kamu mahu Insyiraa liat anak ibu yang kacak ni kurus kering tak bermaya..?", gurau ibunya mematikan lamunannya.
"Tiba-tiba aku jadi lapar bu, yok kita makan..",Irwan mengajak ibunya ke dapur.
Ada betul cakap ibunya. Teringat dulu bila Insyiraa muncul tiba-tiba di studionya, soal susuk badannya yang menjadi bualan Insyiraa. Dia mesti kelihatan segak nanti apabila berjumpa Insyiraa. Tapi bila masanya akan menjadi kenyataan. Aduh, sabar ajalah...
YOU ARE READING
CINTANYA AMPUH DI BUMI BANJAR
RomancePerjuangan cinta yang tak bertepian...perjalanan trilogi cinta yang maha merumitkan... "Ternyata kamu bawa jiwa dalam setiap petikan gitarmu Irwan. Tak semua gitaris punya bakat seperti kamu"..ungkap Insyiraa kagum.. "Mati pun aku sanggup demi gadis...