Sungai Martapura, Kau Saksi Segala...

41 3 0
                                    

     "Kamu tahu ngak Syiraa, udah lama aku menyimpan perasaan ke kamu,...sejak aku mula mengenalimu tahun lepas. Walau kita hanya pernah ketemu sekali cuma, pernah bercakap pun sebentar aja.., walau kita jarang bermesej di telfon,....walau jarak beribu-ribu batu memisahkan kita..., tapi aku sentiasa berasa dekat dengan kamu...", ujarnya lagi.

"Aku sentiasa ikut perkembangan kamu melalui Anang..., melalui facebook...,walau aku ngak pernah minta diadd sama kamu..., aku stalk kamu dalam diam, walau kamu jarang-jarang aktif di media sosial.

Setiap saat hanya wajah kamu terbayang di ingatanku . Sejak kali pertama kita bertemu di Bali dulu, entah kenapa aku begitu terpaut dengan tingkahmu yang lembut, sopan lagi tertib gadis Melayu...tak ubah seperti ibu..dan aku pernah bilang sama ibu..., yang jodoh aku nanti biarlah seperti ibu juga...",Irwan tunduk memainkan jemarinya sendiri, malu bertentang mata dengan Insyiraa.

"Aku lupa.., aku lupa yang jarak terlalu jauh memisahkan kita. Aku lupa tentang asal usulku, aku lupa yang mungkin kamu udah berpunya..dan semenjak itu wajah kamu yang akan terbayang di mataku tatkala aku bangun dari tidur...wajah kamu juga yang menemani tatkala malam bila aku ingin melelapkan mata...dan siang tadi waktu kamu tiba-tiba muncul di studioku, aku seolah mahu menjerit, meraung kegirangan....sampai saat ini... aku rasa seolah aku masih bermimpi lagi...", panjang lebar luahan rasa Irwan.

Biarlah malam ini bersaksikan Sungai Martapura membuktikan betapa cinta dan kasihnya dia pada Insyiraa. Insyiraa tekun mendengar penjelasan Irwan itu walau air matanya sedari tadi tak mampu ditepis..Ya Tuhan, istimewanya dia di hati pemuda Banjar ini....mampukah dia menerima insan naif ini..

"Rasa apakah itu Syiraa..? cuba kamu terangkan ke aku...rasa apakah ini ?, kalau bukan rasa cinta yang paling tulus dari hati suciku...",ujarnya lagi sambil merenung tepat ke mata gadis itu.

Insyiraa masih menangis seperti tadi. Walau disekanya air mata yang menitis, akan ada lagi yang menelusuri pipinya. Sudah berhelai-helai tisu yang basah dek air matanya. Pedihnya parut luka lama cintanya makin terasa..Kalau boleh dia sudah tidak mahu mengingati lagi detik-detik malang dalam hidupnya dulu...tapi dia juga manusia biasa yang ada hati dan perasaan...

Layakkah dia menerima cinta hebat jejaka di hadapannya itu.? Bersediakah dia untuk dikecewakan buat kedua kalinya..? Akan berjayakah hubungan jarak jauh ini..atau akan ada yang terkorban perasaannya...? Serba salah dia mengenangkan wajah lembut ibu Irwan yang mengharapkan sesuatu darinya, juga pandangan sayu Aisyah yang dahagakan kasih seorang kakak . Terkenang saat siang tadi di kampung Irwan.

"Insyiraa, ibu sayang sama kamu walau baru saja ibu kenal kamu...jangan serik untuk jenguk ibu di sini ya...!",sedih benar ayat yang keluar dari bibir wanita itu.

"Kak Syiraa, kapan mahu ke sini lagi..jangan biarkan aku kangen sama kamu di sini..",tingkah gadis manis itu pula.

Irwan menghulurkan sapu tangannya pada Insyiraa setelah menyedari tisu pada tangan Insyiraa telah lencun dengan air mata. Insyiraa menyapu air matanya yang tersisa di pipinya dengan sapu tangan itu...

Irwan sendiri tidak menyangka dari mana dia dapat kekuatan untuk meluahkan segala perasaan hatinya itu. Yang pasti bebanan perasaannya telah terungkai...gejolak hatinya telah terlerai.

"Aku rasa aku telah luahkan kesemuanya perasaanku ke kamu...terserah apa yang kamu rasa..aku ngak paksa...Cuma satu yang aku ingin nanya sama kamu...",Insyiraa yang sedari tadi tunduk memain-mainkan sapu tangan pemberian Irwan memanggungkan kepalanya menentang mata Irwan. Tangisannya kian reda.

"Apa kamu udah ada yang punya...?",terpacul juga soalan itu yang semenjak sekian lama disimpan Irwan.

Insyiraa serba salah lagi. Dia melepaskan pandangan kosong ke arah menara pandang di hujung sana. Orang ramai yang tadinya bersiar-siar di situ makin berkurangan..Sementara Irwan masih menatap wajah sendu itu mengharapkan jawapan ikhlasnya.

"Ya...", ringkas jawapan Insyiraa membuatkan hampir luruh jantung Irwan..

Ternyata inilah takdir yang amat berat yang terpaksa diterimanya. Irwan membuang pandangan kosongnya ke arah sungai. Sinaran lampu neon menghiasi tepian Sungai Martapura semakin malap dirasakan umpama malapnya masa depannya sendiri.

Astaghfirullahalazim..., beginikah sakitnya cinta. Benaknya berkata...Tak mampu lagi dia menghadap wajah Insyiraa di hadapannya...Diraupnya rambut hitam lebatnya dari arah hadapan kepala hinggalah ke belakang seraya melepaskan keluhan berat. Umpama seorang perwira yang telah tewas di medan perang.

Perlakuan Irwan itu sangat menyayat hati Insyiraa. Biarlah dia berterus terang tentang dirinya. Tak sanggup dilihatnya lelaki sebaik Irwan menanggung derita perasaaan begitu.

CINTANYA AMPUH DI BUMI BANJARWhere stories live. Discover now