Dendam Terbalas?...

42 2 6
                                    

     "Macam ni lah Harris, kalau saya beri jawapan tidak, awak tetap tak akan terima kan...sebab saya tahu siapa awak..."ditenungnya bekas tunangannya itu.

"Saya tak mahu fikirkan soal rumahtangga lagi. Saya nak habiskan study saya dulu..."kali ini Insyiraa lebih yakin.

Sakinah tersenyum puas dengan jawapan kawan baiknya itu.

"Saya tak akan halang awak untuk belajar Ain...berapa ramai wanita di luar sana yang berjaya walau pun telah bergelar isteri ..."ada nada seorang peguam dalam intonasi Harris itu.

"Tapi saya bukan mereka..., saya tak boleh nak tumpukan dua perkara dalam satu masa Harris..."ujar Insyiraa sambil mengalihkan pandangannya ke luar restoran.

Tak mampu lagi dia menahan pandangan mata yang telah lama dipadamkan dari sudut hatinya yang paling dalam itu.

"Ok, berapa lama masa yang awak nak, setahun, dua tahun atau lima tahun...? Tapi awak sedar tak dalam tempoh tu Adam Iskandar akan membesar tanpa ibu..."ungkapan harris itu sedikit sebanyak termakan di hati kecil Insyiraa.

"Awak...,awak tak kesian ke dengan dia..? Atau awak dah lupa ke pada wasiat arwah isteri saya yang mahukan saya kahwini awak bagi menebus kesalahan kami...?" wajah Harris makin sayu.

Pipi putih bersihnya makin kemerah-merahan menahan sebak. Songkok hitam di kepalanya ditanggalkan.

"Awak tak faham Harris..."Insyiraa menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Apa yang saya tak faham Ain..? cuba awak terangkan...atau...atau awak dah ada orang lain..?"ungkapan Harris itu betul-betul mengejutkan Insyiraa..

Sakinah dah tak boleh bersabar lagi melihat drama di hadapannya,

"Ye Harris, Ain dah ada orang lain., pemuda seberang..."selamba sakinah melafazkan itu.

"Kinah..!"makin terkejut Insyiraa dengan tindakan Sakinah itu.

"Maafkan aku Ain, aku tak ada niat nak campur urusan korang, tapi...kau kawan aku Ain, dan kau dah macam adik aku pun..sampai bila kau nak rahsiakan dari Harris..?"tegas sekali kata-kata Sakinah itu.

Merah padam muka Insyiraa menahan perasaan malu dan marah sekaligus. Tak disangka Sakinah berani benar. Salahnya juga kerana meminta Sakinah menemaninya kerana dia bimbang Harris bertindak di luar batasan jika dia datang berseorangan tadi.

"Ain, aku gerak dulu ...All the best,... husband aku dah sampai tu..."serentak itu Sakinah menapak keluar.

Marah sekali nampaknya Sakinah pada Harris.

"Kinah...!"panggilan Insyiraa tidak dihiraukan Sakinah.

Sementara Harris masih terpinga-pinga dengan kenyataan berani Sakinah tadi. Demi Tuhan, dia tetap tak boleh terima kenyataan itu..

"Katakan ini semua tidak benar Ain...Ain Insyiraa yang saya kenal bukan begini orangnya......Awak bukan jenis yang senang mencari pengganti semudah itu.!"

Kenapa kali ini Insyiraa merasakan kemenangan akan berpihak kepada dia. Inilah saatnya dia hendak memulangkan paku buah kerasnya kepada Harris.

"Kenapa...apa yang awak rasa sekarang..? Apa yang bermain dalam minda dan hati awak saat ini?"ditenungnya lagi ustaz di hadapannya itu.

Harris jadi bingung dengan soalan Insyiraa itu. Apa yang cuba dibuktikan oleh Insyiraa. Ah, berhadapan dengan hakim di mahkamah dalam perbicaraan pun tidak seberat berhadapan dengan gadis polos di hadapannya.

Segala kata-katanya dapat dipatahkan dengan mudah oleh Insyiraa. Kenapa ni...?

"Kalau awak nak tahu, begitulah yang saya rasa tiga tahun yang lalu bila seorang Adam Harris telah mengkhianati cintanya pada seorang Ain Insyirra, bila sewenang-wenangnya awak berkahwin dan menafikan kewujudan saya sebagai tunangan awak saat itu..."sebak sekali suara Insyiraa tika itu, namun tiada setitis pun airmata yang jatuh di pipinya membuktikan dia semakin kuat.

Adam Harris tergamam lagi. Speechless! Ditongkatkan kedua tangannya di atas meja. Digenggamnya jari jemari lelakinya. Sementara mata redupnya tetap memandang gadis di hadapannya tanpa gagal.

"Jadi awak nak balas dendamlah sekarang ni...awak nak saya pula derita...awak nak saya pula sengsara bila tahu awak ada pilihan lain..begitu Ain..?"soal Harris dengan nada yang betul-betul sayu.

Astagfirullahalazim...ungkap Insyiraa di dalam hatinya. Ada rasa kesal jauh di sudut hati kecilnya kerana diikutkan perasaan amarahnya tadi.

"Saya minta maaf Harris, saya tak ada niat nak balas dendam kat awak..setiap yang berlaku mesti ada sebab dan musababnya.."ujar Insyiraa.

"Awak tak perlu minta maaf Ain, awak tak bersalah pun, saya memang patut terima hukuman ini...saya yang bersalah...saya yang khianat cinta suci awak..."ujar Harris lagi yang benar-benar meruntun simpati Insyiraa."

Mendengarkan ungkapan sayu Harris itu Insyiraa tiada pilihan melainkan terpaksa menceritakan apa sebenarnya kisah yang bermula di Bali dan mekar berkembang di bumi Banjar itu.

Tak satu pun yang disembunyikan Insyiraa waima, mengenai perasaannya pada Irwan, tentang bagaimana dia langsung tidak memberi apa-apa harapan pada Irwan pun.

Akhirnya Harris mengalah,

"Baiklah Ain, saya tak boleh paksa awak, ambillah sebanyak mana masa yang awak nak,..tapi sekali lagi saya mohon, tolonglah...tolonglah beri peluang kedua kepada saya untuk menebus kesalahan saya pada awak,... kesiankanlah anak kecil saya itu...dan tolonglah...tolonglah penuhi wasiat akhir arwah isteri saya"sayu amat wajah Harris melafazkan itu semua dengan mata yang bergenang.

Dan kata-kata itulah yang terngiang-ngiang di telinga Insyiraa hingga ke dinihari...ternyata hidup seorang Ain Insyiraa terduga lagi...hanya pada Tuhan tempat dia mengadu..

Ya Allah, aku redha dengan takdirMu, aku redha dengan ujianMu...jika ini caranya Kamu inginkan aku mendekatiMu...terima kasih Ya Allah...sesungguhnya aku hambaMu yang teramat lemah...Ampunkan aku Ya Allah...tunjukkan aku ke jalan kebenaran...Amin,Amin ya Rabbal Alamin...

Dengan linangan airmata Insyiraa mengaminkan doanya sendiri di subuh hari itu...

                                 #########################################################

Chapter 2 berakhir disini...Siapakah pilihan Ain Insyiraa?..., Peguam Syarie yang pernah bertakhta di sudut hatinya yang paling dalam atau gitaris kacak yang naif dan mempunyai magisnya yang tersendiri...?

Akan bersambung di Chapter 3 (AKHIR)...

CINTANYA AMPUH DI BUMI BANJARWhere stories live. Discover now