Saya Nak Awak...

21 2 0
                                    

     Adakah kali ini dia ditakdirkan untuk berkorban hati dan perasaan. Akan bahagiakah rumahtangganya nanti jika dibina atas dasar simpati disebabkan tiada lagi perasaan cintanya pada lelaki itu..?

Kalau dia terima Harris, apahal pula dengan Irwan dan ibunya di bumi Kalimantan sana. Masih jelas di matanya redup mata Irwan yang amat sayu dan penuh mengharap melepaskan dia pulang ke Malaysia lebih kurang setahun yang lalu.

Dan sampai saat ini dia tidak pasti lagi adakah hatinya telah terbuka buat jejaka Banjar itu. Dan kuatkah dia untuk berhadapan lagi dengan Irwan dan keluarganya. Yang pastinya bulan hadapan dia akan menjejakkan kakinya lagi ke sana. Ke bumi Banjar yang amat dirindui akan keindahan sungainya itu serta keramahan penduduknya..

Aduh.! Pusing kepalanya...lantas dia ambil penyelesaian untuk tidur sahaja pada hari itu. Mana tahu dalam mimpinya nanti akan ada azimat yang datang...

Terkejut dari tidur yang nyenyak bila tiba-tiba telefonnya berdering...tanpa melihat siapa pemanggilnya dia terus mengaktifkan panggilan..

"Hello, Assalamualaikum.."

"Waalaikumsalam Ain,...awak tak sihat ke?"

Siapa pula ni...getus hatinya cuak...Allah..Harris...!

Aduh, Insyiraa menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal...kenapa aku angkat...getusnya hatinya lagi.,

Risau benar Harris jika Insyiraa memutuskan talian seperti biasa..Dah berapa banyak callnya tak dijawab oleh bekas tunangannya itu. Whatapps jauh sekali hendak dijawabnya...

"Ain..., tolonglah jangan putuskan talian...saya merayu...tolonglah..."

"Ye Harris, awak nak apa...?"

"Saya nak awak..."

"Adam Harris, kita bukan budak-budak lagi nak main-main macam ni..."

"Sebab kita bukan budak-budak la saya ada kat depan rumah awak ni.."

Terkejut Insyiraa, lalu dengan cepat dia bangun mengambil tuala pada penyangkut dan menutup kepalanya lalu menyelak langsir pada tingkap.

Ternyata Harris tidak main-main, dia berdiri tersandar pada kereta Honda hitamnya betul-betul di hadapan pagar rumah sewa Insyiraa sambil memandang ke tingkat atas rumah Insyiraa.

"Ustaz Adam Harris, awak tak malu ke buat perangai macam ni..?"

"Saya tak kisah, selagi awak tak turun jumpa saya, saya akan tunggu kat sini, sampai malam pun tak apa"

Kata-kata Harris membuatkan Insyiraa gugup. Belum pernah sebelum ini Harris berperangai begini. Tatasusilanya sebagai ilmuan agama tetap dijaga. Tapi hari ini syaitan apa yang telah merasuk Harris.

"Harris, bertenang...awak pergi dulu..tunggu saya dekat restoran biasa tu, nanti saya sampai..."

"Boleh ke saya percaya awak..?"

"Pernah ke saya tipu awak.?.bukan ke saya yang selalu kena tipu dengan awak..?"

Harris tiada pilihan. Terpaksa dia menggerakkan keretanya ke tempat yang diminta Insyiraa. Kata-kata Insyiraa tadi amat berbisa umpama sembilu yang tajam menikam pelusuk hatinya yang paling dalam. Menyesalnya dia atas perbuatan lalu...

Allahuakbar..., dengan lafaz itu Harris mengambil tempat di meja biasa yang selalu mereka duduk sebelum dia ke Jordan 3 tahun lepas.

Setelah 20 minit berlalu kelibat Insyiraa masih belum kelihatan. Harris mula gelisah. Namun disebabkan dia percaya dengan Insyiraa, dia perlu memujuk hatinya supaya bersabar.

Alhamdulillah, ternyata kepercayaannya kepada Insyiraa belum dikhianati. Beberapa minit kemudian kelihatan pensyarah muda itu memberhentikan keretanya betul-betul di sebelah kanan restoran. Tapi datangnya tidak sendiri...kelihatan Nuren Sakinah bersama anak kecilnya turut menemaninya...

Ah, biarlah, aku bukan tak biasa dengan Sakinah...fikir Harris lagi.

"Assalamualaikum.."ungkap Insyiraa.

"Waalaikumsalam.."jawab Harris sambil menyorot pandangan pada Insyiraa yang berjubah serba hitam dan bertudung kuning air itu.

Keanggunan Insyiraa tak pernah berubah seperti tiga tahun yang lalu. Mana mungkin dia akan melepaskan perawan itu buat kali yang kedua.

Nuren Sakinah hanya tersenyum sinis pada Harris. Harris faham.

"Awak sihat Sakinah..?"ujar Harris ikhlas.

"Saya macam ni lah Encik Harris...sorrylah saya dengan anak saya ni dah ganggu masa awak dengan Ain.."Sakinah tak dapat meneruskan kata-katanya apabila Insyiraa menyampuk,

"Saya yang ajak dia temankan saya..awak ok kan Harris..?"

"Eh, tak ada masalah, saya ok je..."ujar Harris separuh hati..

"Apa yang penting sangat awak nak jumpa saya ni Harris?"Insyiraa tak mahu lagi menangguhkan pertemuan yang tak dirancang itu.

"Kalau awak tak kisah saya cakap depan Sakinah...baiklah, saya akan cakap.."ujar Harris sambil merenung tajam pada Insyiraa dan beralih pula pada Sakinah di sebelah.

Sakinah hanya membulatkan matanya pada Harris tanda marah.

"Saya nak tagih janji...makin lama masa berlalu makin berat kepala saya ni memikirkan awak.."ujar Harris sambil melirik tepat ke mata Insyiraa.

Tidak dihiraukan lagi Sakinah yang berada di sebelah Insyiraa yang juga memandangnya tajam. Sementara anak kecilnya meronta-ronta untuk mencapai pasu bunga kecil di atas meja. Lantas Insyiraa memaut jemari kecil itu.

Tiba-tiba telefon Sakinah berdering..lantas Sakinah melepaskan bayi kecilnya ke pangkuan Insyiraa dan bergerak ke ruang belakang...soalan Harris tadi terbiar seketika tanpa jawapan.

Sengaja Insyiraa mengagah bayi comel itu dengan membiarkan Harris termangu-mangu sendirian. Kagum Harris melihat sifat keibuan yang ada dalam diri Insyiraa..

Seketika Sakinah menapak ke arah mereka dan mendapatkan bayinya dari pangkuan Insyiraa...

Kelihatan Sakinah membisikkan sesuatu ke arah Insyiraa. Muka Insyiraa sedikit berubah. Kemudian dia mengalihkan pandangannya semula ke arah Harris di hadapannya. 

"Kenapa awak pula yang tergesa-gesa..? Keluarga awak kan dah beri tempoh lebih kurang dua minggu dari sekarang..."ujar Insyiraa.

"Time tu saya out station Ain, saya tak dapat nak ke kampung awak, kalau boleh saya nak jawapan tu sekarang...sebelum keluarga saya pergi..."ujar Harris dengan seriusnya.

Hati Sakinah makin geram dibuatnya dengan tingkah Harris yang seakan memaksa itu. Geram juga dia dengan Insyiraa yang hanya menunduk lesu itu..Bibirnya ingin bersuara tapi hatinya menahan...sabar Kinah, sabar...getus hatinya perlahan.

CINTANYA AMPUH DI BUMI BANJARWhere stories live. Discover now