Seleranya tiba-tiba mati. Dia mencuci tangan di sinki, kemudian bergerak ke ruang hadapan. Kepalanya masih memikirkan kata-kata Aisyah tadi.
Sementara Aisyah hanya memandang sahaja perlakuan abangnya itu. Menyesal pula dia menimbulkan isu itu semula. Tapi di sudut hati kecilnya mahu sangat dia memperbetulkan keadaan seperti sediakala walau telah tiga tahun berlalu kisah sedih itu
Sementara Irwan saat itu kembali memikirkan Insyiraa. Terkejut amat dia siang tadi kerana terpaksa menghadiri tutorial pertamanya pada semester terakhir ini dengan kejutan dari Dr Ain Insyiraa, bekas kekasih hatinya itu.
Kenapa dia datang semula ke sini..? Kenapa dia datang di saat aku akan menuju ke gerbang perkahwinan..Kenapa bayangannya kembali menghantui hidup aku..
Terkejut lagi Irwan dengan kenyataan Aisyah tadi yang Insyiraa masih sendiri..Mana perginya Adam Harris..? Mana perginya Adam Iskandar...?..Aduh, persoalan rumit itu makin menyerabutkan fikirannya.
Mahu sahaja dia meletakkan perkara itu ke tepi. Tapi minggu depan dia terpaksa lagi bertemu dengan pensyarah yang telah bergelar Dr Falsafah itu. Terpaksa lagi dia menghadap wajah yang hampir mahu dilupakan itu.
Kenapa dia sahaja yang merasa gelabah tadi. Sedangkan Insyiraa hanya berlagak selamba sahaja. Seolah tiada kisah silam antara mereka. Perlakuan Insyiraa itu tadi makin mendatangkan kemarahan Irwan. Itulah sebabnya tadi dia melepaskan kemarahan pada adiknya Aisyah.
Minggu kedua terpaksa juga Irwan menghadiri kuliah walau terpaksa berhadapan dengan Insyiraa lagi. Namun sangkaannya meleset bila mana bukan Insyiraa yang berada di meja pensyarah di hadapan tetapi orang lain.
Jadi gelisah juga dia walau dari awal tadi dia berat mahu berhadapan dengan Insyiraa tetapi mengapa wajah itu juga yang dicari-carinya. Sengaja dia ke kafe hari itu kalau-kalau bertemu dengan Insyiraa. Hampa juga dia. Insyiraa tiada di sana.
Sementara Insyiraa tika itu sedang dalam meeting utama di fakultinya bersama rektor ULM . Rancangannya hari ini adalah untuk memberi pencerahan mengenai assignment berkumpulan dan individu kepada para pelajar pasca sarjananya namun terpaksa diserahkan pada rakan sejawatnya.
Ketiadaannya di dalam kelas hari itu menjadi ketidakpuasan pelajar lalu mereka menyuarakan dalam group whatsapp. Lalu Insyiraa mengambil keputusan untuk mengadakan kelas gantian sukarela pada hari minggu berikutnya.
Walau kehadiran pelajarnya tidak penuh, namun Insyiraa tetap menjalankan kelas. Kelas pada hari itu lebih kepada santai. Dicarinya wajah Irwan dalam kalangan mereka namun tiada. Biarlah mesti dia sibuk di studio. Fikir Insyiraa.
Sementara Irwan pula tatkala itu sedang berhadapan dengan rakaman di studionya melibatkan sebuah band baharu. Tumpuannya tidak seratus peratus di studionya itu memandangkan dia ketinggalan kelas pentingnya. Namun dia tidak dapat membatalkan urusannya di studio memandangkan itu juga adalah periuk nasinya.
"Wan, Dr. Ain Insyiraa bilang kita boleh ketemu dia secara individu jika mahu penerangan lanjut mengenai assignment."itulah kata-kata rakan sekumpulannya bila dia menelefon mereka bertanyakan mengenai perkara itu.
Ketemu secara individu..?, ngak mungkin berlaku...fikir Irwan. Menghadap Insyiraa secara kelas pun menjadikan Irwan tenggelam punca apatah lagi secara individu. Bimbang juga amarahnya tidak dapat dikawal seperti dulu.
Lalu ahli kumpulannya cuba mengatur masa yang sesuai untuk bertemu Dr. Ain Insyiraa di pejabatnya. Irwan terpaksa juga akur walau hatinya berat untuk berdepan dengan Insyiraa secara dekat.
Malangnya pula setelah appointment dibuat, tiga lagi rakannya tidak dapat bersamanya kerana ada hal tersendiri. Mahu tak mahu Irwan terpaksa menapak sendiri ke bilik pensyarah itu. Dia teragak-agak untuk masuk ke ruang pejabat Insyiraa. Tatkala dia cuba berpatah balik, tiba-tiba namanya diseru,
"Saudara Irwan Syah.."
Kelihatan Insyiraa baru menapak masuk ke ruang pejabat dari luar.
Irwan jadi tergamam lagi.
"Mana lagi rakan-rakan kumpulan saudara..?"soal Insyiraa profesional.
"Er..mereka ngak dapat hadir.."jawab Irwan ringkas.
"Dah tu, anda mahu ke mana?"tanya Insyiraa bila dilihatnya Irwan mahu berpatah balik ke pintu keluar.
Insyiraa merenung pemuda yang berkemeja putih dan berseluar slack hitam di hadapannya. Irwan makin serba salah. Kakinya terpaku di situ. Tali beg sandangnya digenggam erat.
"Sila masuk ke bilik saya.."arah Insyiraa bila dilihatnya Irwan makin tak keruan, juga pandangan aneh beberapa orang stafnya pada mereka berdua.
Dalam keterpaksaan Irwan melangkah masuk ke bilik Insyiraa yang di pintunya terpapar nama 'DR. AIN INSYIRAA BT RASHIDI'.
Bauan minyak wangi yang sama mewarnai rongga hidung Irwan semula bila lewat di hadapan Insyiraa. Cantik sekali bilik itu dengan dihiasi langsir rona unggu lembut. Di belakang tempat duduk Insyiraa tergantung beberapa lukisan namun satu-satunya lukisan tangan hitam putih yang sangat menarik minat Irwan tergantung di situ. Panorama perdesaannya.
Teringat dahulu yang Insyiraa pernah beritahunya yang dia akan abadikan dalam lukisan panorama desanya.
"Jemput duduk Irwan.."pelawa Insyiraa setelah mereka memberhentikan langkah di sudut kiri bilik itu yang ada set sofa dari kayu jati yang amat indah ukirannya.
"Maaf, saya terpaksa bersikap profesional di hadapan staf saya tadi. Bukan niat saya untuk menunjuk-nunjuk.."ujar Insyiraa jujur.
"Ngak perlu, Dr. ngak perlu melayan saya seistimewa ini, saya sedar di mana taraf saya berbanding Dr."ujar Irwan dalam nada yang penuh sinis sambil duduk menghadap Insyiraa.
Langsung tidak dipandangnya Insyiraa yang sedang berhadapan dengannya. Ungkapannya itu betul-betul menghiris hati Insyiraa.
"Terserah Irwan, saya di sini hanya ikhlas mahu membantu kamu dalam menyiapkan tugasan...jika kamu mahu memainkan isu hati dan perasaan dalam pengajian kamu, kamu silap..."
"Sudah sejauh ini kamu berjuang jangan biarkan soal hati dan perasaan memusnahkan masa depan kamu.."dalam sekali makna kata-kata Insyiraa itu.
Kenapa dia merasakan kata-kata Insyiraa itu umpama sembilu tajam yang menyiat-nyiat ruang pendengarannya. Lalu Irwan mengambil semula begnya di sebelah kemudian segera dia bangun untuk melangkah keluar dari situ. Dia bimbang tidak dapat mengawal kemarahannya pada perawan di hadapannya itu.
YOU ARE READING
CINTANYA AMPUH DI BUMI BANJAR
RomancePerjuangan cinta yang tak bertepian...perjalanan trilogi cinta yang maha merumitkan... "Ternyata kamu bawa jiwa dalam setiap petikan gitarmu Irwan. Tak semua gitaris punya bakat seperti kamu"..ungkap Insyiraa kagum.. "Mati pun aku sanggup demi gadis...