Aduh, Melting-Melting....

23 1 0
                                    

"Apa hal kau ni..? Kelam kabut semacam aje...angin tak de, ribut tak de...aku baru je makan kat sini tadi..",ujar Sakinah sambil menyuap cucur udang dari bekas Insyiraa ke mulutnya..

"Kau teman aku kejap...kau jangan nak pergi kemana-mana lagi tau...",getus Insyiraa.

Serentak dengan itu Harris menapak ke arah mereka dari kaunter bayaran..

"Ain, benarkah apa yang aku nampak ni...mimpikah aku...", mata Sakinah tak berkedip memandang tutor muda sedang menuju ke arah mereka sambil mencuit-cuit Insyiraa di sebelahnya.

"Ain...Ain...pegang aku Ain,...aku nak pitam ni...",gurau Sakinah.

"Eh kau ni jangan buat malu kat sini la...banyak student kita nampak tu..."Insyiraa mencubit paha Sakinah.

"Adoi..!", spontan sakinah menjerit kesakitan.

Harris yang telah berada di hadapan meja mereka sedikit kaget,

"Kenapa..?", soalnya.

"Eh, tak...tak ade la ustaz...tergigit lidah...",ujar Sakinah.

"Eh, dua aje ke nasi lemaknya ustaz...untuk saya tak ade..",gurau Sakinah lagi.

"La, tadi ada Ain sorang je, kejap,kejap ye, saya gi ambik..."ujar Haris sambil bangun untuk ke kaunter semula..

"Eh...eh...tak payah...tak payah...saya gurau je ustaz, lagi pun kalau alang-alang nak belanja... nasi lemak ni saya tak layan...beaf steak ke, chicken chop ke..ok jugak..",ungkapan Sakinah itu memecahkan derai tawa mereka...

"Saya gurau aje ustaz, saya baru ja lepas makan..Tiba-tiba si Ain ni ajak saya teman dia makan pulak...",spontan Insyiraa menguis kaki Sakinah..

"Ape, betullah...", Sakinah seolah tak faham lagi dengan sikap Insyiraa yang amat pemalu untuk berhadapan dengan lelaki itu.

"Tapi cucur udang Ain ni memang sedap ustaz..rugi tak makan.."ujar Sakinah lagi sambil menyuap secebis ke mulutnya.

"Mana la saya tahu Cik Sakinah, tuan badan tak pelawa pun saya makan.."ujar Harris melirik kepada Insyiraa...

"Eh..., jemputlah ustaz..., alah tak sedap mana pun...Sakinah ni yang propa lebih..",ujar Insyiraa sambil menjeling pada Sakinah di sebelahnya.

Lantas Harris mengambil dan menyuapkan ke mulutnya,

"Emm.., sedap...betul kata Cik Sakinah",ujar Harris jujur.

"Tadi ustaz kata nak bincang sesuatu kan...pasal Prof Nizam..",ujar Insyiraa.

Kalau boleh dia mahu cepat-cepat tamatkan pertemuan itu. Tak sanggup lagi dia berhadapan dengan jejaka itu. Pandangan matanya amat tajam menusuk kalbu..Senyuman yang terukir di bibirnya menyerlahkan kewibawaannya sebagai seorang professional..Patutlah dia menjdi sebut-sebutan sesiapa sahaja di kolejnya...

Terkenang kembali zaman universitinya dahulu. Sama juga situasinya di mana si Adam Harris ini menjadi tumpuan gadis-gadis kolej senior mahu pun junior. Tipulah kalau dikatakan Insyiraa tidak merasa tempiasnya, tapi dia sedar diri dan ruang, anak pipit, pipit jua, manakan sama si anak enggang.

Datangnya dia dari kampung hanya untuk menuntut ilmu untuk merubah hidup keluarga. Bukannya mengejar cinta kampus yang serba melekakan. Dia percaya dengan ketentuan Tuhan, jodoh tak perlu dicari, dia akan datang sendiri...

"Pasal Prof Nizam,...oh ya...pasal projek Sejarah tu...", kata-kata Harris mematikan lamunannya.

Insyiraa menerangkan serba sedikit mengenai projek itu setakat apa yang dia tahu dan ditambah sedikit oleh Sakinah. Walaupun telah tahu perkara itu dari Prof Nizam, namun Harris rasa lebih teruja mendengarnya dari bibir gadis ini. Sopan betul bicaranya, tersusun dan teratur bahasanya, suara yang amat lunak kedengaran di cuping telinga Harris. Kenapa la dari dulu aku tak cuba mendekati gadis ini..fikirnya.

Ditenungnya gadis bertudung biru lembut di hadapannya dengan penuh minat. Baju kurungnya turut berwarna biru tapi lebih terang sedikit dari kain selendangnya yang meliang liuk ditiup angin dari kipas syiling. Sesekali tangannya memainkan pen yang dipegangnya. Sarung lengan yang berwarna biru gelap menutup keseluruhan bahagian bawah lengannya. Serius sekali bila bercakap soal kerja. Hai bertuahlah siapa yang memiliki perawan ini. Fikir Harris lagi.

"Ustaz..., ok ke penerangan saya tadi..ada apa-apa yang saya tertinggal atau ustaz nak tahu boleh tanya sendiri dengan Prof Nizam. Minggu depan kot dia balik...",ujar Insyiraa mengakhiri perbualan mereka hari itu..

"Oh...emm...ok perfect...terima kasih Ain..."ujar Harris.

"Eh, saya ada kelas ni...nanti kita sambung lagi ye...",ujar Harris sambil menelek jam pada lengan kanannya dan bangun untuk beredar dari situ.

"By the way...terima kasih cucur udang...nanti bawa lagi ye...memang sedap...",ujarnya lagi sambil mengelek fail dari atas meja berhadapan Insyiraa tadi.

Dibetulkan songkok di atas kepalanya kemudian menggalas begnya lalu menapak meninggalkan Insyiraa dan Sakinah. Sambil melihat Harris berlalu pergi, Sakinah merebahkan kepalanya di bahu Insyiraa,

"Aduh...melting,melting...",getusnya.

Insyiraa hanya tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya melihat gelagat lucu Sakinah, sahabat rapatnya itu yang memang kuat bergurau. Sakinahlah yang akan jadi penyeri suasana dalam perbincangan atau pun meeting yang kadang kala tegang. Tapi pelajar memang takut dengan dia. Kalau dalam dewan kuliah memang garang orangnya. Jarang assignment pelajar yang dihantar lambat. On time semuanya.

"Nasib baiklah aku dah ada 'Encik Tunang', kalau tak,... aku dah buat drama hindustan kat sini...",gurau Sakinah lagi.

"Kau ni Ain, diam aje...ha...dah jatuh cinta ke dengan ustaz handsome tu...aku tengok bukan main dia tenung kau tadi...",Insyiraa tersengih lagi mendengar gurauan Sakinah itu.

"Dah, kau tak ade kelas ke..?",ujar Insyiraa sambil menutup bekas cucur udang yang kosong tadi.

"Amboi...kau nak halau aku pulak ye...tadi bukan main kau minta tolong aku temankan kau...ingatkan ada ape la kat kafe ni tadi...",ujar Sakinah pura-pura merajuk.

"Ala, kau ni... itu pun nak terasa.., jom sayang..., kita pergi kelas ye...aku ada kerja tak siap lagi ni, nanti prof Nizam balik, tak siap lagi, mati aku...",ujar Insyiraa sambil bangun menolak kerusi ke dalam dan mengambil sisa bungkusan nasi lemak untuk dibuang ke dalam tong sampah.

"Kau ni dari tadi asyik mati, mati aje kau sebut, dah banyak sangat ke harta kau nak tinggal kat aku...",gurau Sakinah.

Lagi sekali Insyiraa tersenyum manis sangat untuk Sakinah.

"Ain, kau tahu tak, bila kau senyum,... semua di sekeliling kau turut bersinar-sinar, berseri-seri...",ujar Sakinah mengerdip-ngerdipkan matanya pada Insyiraa.

"Merepek la kau ni...",ujar Insyiraa selamba.

"Betullah, macam mana ye nak dapatkan lesung pipit kat pipi kau tu..",ujar Sakinah sambil mencucuk-cucukkan pen pada pipinya.

Lucu sangat gelagatnya. Mereka berdua ketawa serentak sambil bergerak menuju ke destinasi masing-masing.

CINTANYA AMPUH DI BUMI BANJARWhere stories live. Discover now