Dapur Indo, Masakan Malaysia...

26 2 0
                                    

     Insyiraa hanya mempamerkan senyumannya dengan pertanyaan ibu Irwan itu. Lalu dia menyendukkan sedikit kuah asam pedas itu ke dalam mangkuk Aisyah.

"Aduh, lambat lagi mahu makan tengah hari ni..?"ujar Aisyah setelah menikmati air tangan Insyiraa itu.

"Tunggu, nanti abah pulang aja dari surau kita makan ya Aisyah.."ujar Insyiraa.

"Ok, aku mandi duluan ya..."ujar Aisyah lalu bergerak ke bilik air di sebelah ruang dapur.

"Syiraa, udah-udah la tu..tinggalkan aja pinggan di situ. Nanti Aisyah bersihkan...sini duduk sebelah ibu...ada hal yang ingin ibu bicarakan..."ujar ibu Irwan setelah dilihatnya Insyiraa bergerak ke sinki pula untuk membersihkan sisa masakan tadi.

"Ya ibu..."Insyiraa akur dengan kata-kata ibu Irwan itu.

Lalu dia melabuhkan punggungnya di sebelah ibu Irwan setelah mengelap tangannya dengan tuala kecil. Dia serba salah bila terasa wajahnya ditenung lama oleh ibu Irwan lalu mengambil sehelai tisu dalam kotak di atas meja makan dan menyapu peluh di wajahnya.

"Kenapa ibu liat, Syiraa tak bermaya aja ni...apa Insyiraa kurang sihat?"ujar ibu Irwan memulakan bicara.

"Eh, tak ada apa-apa ibu, mungkin penat menangani pengajian juga tugas sekali gus.."helah Insyiraa.

Bimbang sekali dengan pertanyaan itu. Dia seolah telah merasa perempuan itu dapat menghidu kecelaruannya saat ini.

"Atau ada perlakuan Irwan atau tindakannya telah melukakan hati anak manis ibu ini..."soal ibu Irwan lagi menduga.

"Ibu..., anak ibu itu baik sangat-sangat...tiada satu pun tingkahnya yang melukakan hati saya ibu...bertuah ibu dan abah dikurniakan anak sebaik Irwan..."ujar Insyiraa ikhlas.

Lalu ibu Irwan mengukirkan senyum lantas memaut bahu Insyiraa. Setiap kali berada dalam dakapan perempuan itu, setiap kali itu jugalah Insyiraa terasa amat tenang, damai dan syahdu sekali. Hilang sekejap resahnya.

Mahu sahaja dia meluahkan segala keserabutannya saat itu. Namun hatinya melarang...dia sesekali tak akan melanggar prinsip hidupnya yang tak akan sesekali melibatkan orang lain dalam masalah hidupnya sendiri.

Tanpa mereka sedari perlakuan mereka dari awal tadi menjadi tatapan Irwan.

"Udah siap makan tengah harinya...?"soal Irwan sambil selamba melangkah masuk ke ruang dapur seolah-olah dia baru datang dari ruang hadapan.

"Ya..udah siap kok, panggil abahnya..."terkejut ibunya dengan kemunculan tiba-tiba Irwan itu.

Insyiraa pula bangun dari kerusi lantas mengambil beberapa biji pinggan dari rak. Irwan pula membantu ibunya mengambil air minuman dari peti ais sambil mengerling pada Insyiraa yang sedang menyendukkan nasi ke dalam pinggan.

Insyiraa perasan yang tingkahnya sedari tadi diperhatikan. Lalu dia menyorot pula pandangannya pada Irwan sambil melebarkan senyuman.

Senyumannya berbalas. Alangkah bahagianya aku, jika perawan ini telah menjadi milikku yang mutlak. Getus hati Irwan sendiri.

Kelihatan Aisyah datang dari belakang Irwan lalu mengucarkan rambutnya dengan serta merta mematikan lamunannya.

Irwan membetul-betulkan semula rambut dengan jemarinya sambil membulatkan matanya pada adik kesayangannya itu. Aisyah mengelak pula bila Irwan mahu mencubit pipinya menyebabkan ibunya menyampuk,

"Udah.., kita di hadapan rezeki ni..."

Serentak itu abah mereka melangkah masuk dengan kopiah putih masih di atas kepala.

"Wah banyak kali hidangan hari ini.."ujarnya bila menarik kerusi untuk duduk di sebelah isterinya.

Mereka semua mengaminkan doa abah Irwan dan mula menjamu selera. Ikan bakar, sambal, ulam-ulaman memang menjadi kegemaran Insyiraa. Teringat seleranya yang sering terbantut semasa berada di Malaysia kerana keserabutan fikiran.

Melihatkan keceriaan keluarga kecil itu membuatkan Insyiraa betul-betul bersyukur kerana dapat mengenali mereka. Satu persatu wajah-wajah mereka ditenungnya. Ya Allah kau berkatilah keluarga kecil yang mulia hatinya ini..dalam diam dia berdoa...

Satu lagi kenangan baru yang tercipta di perdesaan Banjar itu yang akan tersimpan kemas dalam memori Insyiraa. Tidak pasti lagi Insyiraa adakah dia akan dapat mengecapi saat bahagia sebegini lagi.

Hari-hari yang dilalui di bumi Banjar bersama rakannya Mukhriz, pelajar-pelajarnya serta rakan-rakan barunya di situ amat mengujakan Insyiraa. Bukan sahaja menghadapi kuliah di bilik berhawa dingin malah aktiviti luar yang serba mengujakan turut mereka sertai. Juga sempat mereka menelusuri monumen-monumen sejarah silam di sana.

Melawat ke masjid bersejarah, Masjid Sultan Suriansyah, rumah bumbungan tinggi, rumah tradisional masyarakat banjar, perkampungan air, sungai Martapura yang bersejarah juga pasar terapung yang amat unik. Gembira sekali anak-anak pelajar itu.

Dan pada pagi hari minggu itu demi memenuhi permintaan Nasman dan rakan-rakannya yang lain.Insyiraa meluangkan masanya memasak nasi lemak buat sarapan mereka semua.

"Kak Syiraa kapan mahu masak nasi lemak Malaysia buat kami,,?Hari-hari kami makan nasi bungkus aja..."itulah luahan Nasman semasa dia sempat singgah sekejap ke studio minggu lepas sebelum ke perdesaan Irwan.

Tatkala itu mereka semua sedang menikmati sarapan bersama-sama. Rakan-rakan yang lain cuma tersenyum mendengar ngomelan Nasman itu. Terdetik rasa simpati di hati Insyiraa.

"Ok, hujung minggu nanti saya masakkan sarapan untuk kalian ya..."jawapan Insyiraa itu membuatkan semuanya tersenyum puas.

Apatah lagi Irwan yang memang telah biasa makan masakan Insyiraa itu. Ternyata tangan Insyiraa juga punya magis dalam bidang masakan. Fikirnya.

"Aduh, ini bukan makan biasa-biasa lagi, udah kayak hotel lima bintang..."ujar Anang bila melihat makanan yang sedang disusun di atas meja oleh Irwan dan rakan-rakannya yang lain.

"Emangnya selain dari beri kuliah kamu juga seorang chef ya..?"gurau Anang sambil melirik nakal kepada Insyiraa yang tatkala itu sedang menyediakan koktel buah-buahan.

Insyiraa hanya tersenyum mendengar gurauan Anang itu. Sementara Irwan hanya turut memandang kagum kepada gadis itu.

CINTANYA AMPUH DI BUMI BANJARWhere stories live. Discover now