Dating Malam

36 3 0
                                    

Aduh, Insyiraa mula kelam kabut. Baju aku cuma ada sepasang lagi untuk dipakai esok hari. Macam mana ni....Ah, pakai ajalah baju ini...fikir benaknya.Baju yang masih melekat pada badannya itulah yang dipakai bersama blazer semasa membentangkan kertas kerja tadi. Lantas Insyiraa bersiap ala kadar, mengenakan tudung, mencapai beg sandang dan memasukkan telefonnya, mengenakan sepatu lalu turun ke lobi.

Tatkala Insyiraa melangkah keluar dari pintu lif ruang lobi, terlihat kereta Vios putih Irwan berhenti di hadapan pintu masuk hotel. Amboi tepat betul percaturan masa mereka. Lalu dia terus menapak ke arah pintu utama.

Aduh manis sekali perawan Melayu ini dengan baju kurung corak songket hijau lumut itu pada pandangan Irwan. Mengatur langkah dengan sopan menuruni anak tangga menuju ke keretanya sambil menghadiahkan senyuman manis buatnya, beg sandang seperti biasa digalas di belakangnya.

Mahu sahaja Irwan bertindak keluar dari kereta untuk membukakan pintu kereta umpama dalam wayang gambar, namun pintu kereta sebelah penumpangnya telah pun dibuka oleh pelayan hotel untuk membiarkan Insyiraa masuk.

"Makasih mas.", ujar Insyiraa pada pelayan itu dengan senyuman di bibir tatkala pemuda itu mahu menutup pintu keretanya.

Cemburu jadinya Irwan.

"Assalamualaikum",ungkapan pertama Insyiraa buat Irwan malam itu, juga dengan senyuman terukir di bibir.

"Waalaikumsalam",balas Irwan sambil tersenyum memandang ke arah Insyiraa di sebelahnya yang sedang menarik tali pinggang keselamatan.

Seperti biasa bau wangian yang sama seperti tadi siang mewarnai ruangan keretanya. Aduh penasaran lagi Irwan. Selagi hasrat hatinya belum diluahkan, makin tidak keruan jadinya.

"Udah lama nunggu...maaflah aku ganggu kamu lagi..", getus Irwan.

"Tak adalah, dapat juga saya lihat panorama Banjarmasin di waktu malam..", ujar Insyiraa sambil memerhatikan sekitar.

"Gimana seminar tadi..?",

"Alhamdulillah...,Sukses...", Insyiraa menunjukkan tanda thumbs up pada Irwan.

"Alhamdulillah",ungkap Irwan sambil tersenyum manis dan pemanduannya diteruskan ke destinasi di tepi sungai Martapura.

Kali ini Insyiraa hanya memesan air teh kosong sahaja. Bimbang untuk memesan makanan kerana dia memang tidak lapar. Selepas sahaja seminar tadi dia telah mengambil sedikit supper yang disiapkan oleh pihak hotel. Hati Insyiraa tertanya-tanya apa sebenarnya hal yang ingin disampaikan oleh Irwan padanya. Tapi takkan dia pula yang hendak bertanya. Biarlah Irwan makan dahulu.

Sementara Irwan pula berdebar-debar menunggu situasi yang sesuai untuk membuka bicara. Dia tahu Insyiraa tentunya sedang tertanya-tanya hal yang akan dicakapkannya. Terbayang pula wajah ibunya di depan mata. Makanan yang dijamah seakan tiada rasa.

"Kenapa ditenungnya pula makanan itu...", Insyiraa mengejutkan Irwan dari lamunan.

"Udah kenyang...",ringkas sahaja jawapan Irwan sambil memasukkan tangannya ke dalam poket jaketnya menggenggam kotak comel berisi cincin berlian itu.

"Tadi kamu bilang lapar amat..tak sedap ke...atau ada sesuatu yang mengganggu fikiran..?", Insyiraa seakan perasan dengan tingkah gelisah Irwan yang biasanya tenang itu.

"Entahlah....tadi lapar.., sekarang udah kenyang bila liat wajah kamu..", Irwan terlepas cakap.

Insyiraa tersenyum sendiri mendengar kata-kata Irwan yang dianggap lucu itu. Ditenungnya kembali wajah jejaka banjar di hadapannya itu. Irwan jadi makin tak keruan. Angin malam yang menyapa wajahnya seakan percikan salji yang amat sejuk rasanya. Dialihkan pandangan ke arah sungai Martapura yang setia mengalir itu.

Kerdipan lampu neon sepanjang sungai ibarat mata yang berkedip yang menanti dan melihat segala perlakuannya. Dari jauh terlihat nyalaan lampu di atas menara pandang berhampiran tebing sungai Martapura seperti menyuluh ke arahnya. Aduh, pusing...fikir benaknya.

"Kalau dengan melihat saya membuatkan kamu kenyang, bermakna makin kurus la kamu selepas ini...lagi pun esok kita akan ketemu lagi kan..?",Insyiraa tertawa kecil lagi tanpa menghiraukan keserabutan fikiran Irwan ketika itu.

"Sejujurnya kenapa ni Irwan..? gelisah semacam je...?",soal Insyiraa betul-betul ingin tahu..

Irwan membetulkan kedudukannya yang dari tadi tersasar sedikit menghadap Insyiraa. Serius sekali gayanya sambil meletakkan kedua tangannya di atas meja. Sementara kotak cincin tadi erat dalam gengaman tangan kanannya.

"Aku sendiri ngak pasti gimana harus aku mulakan..",Irwan melepaskan keluhan berat.

"Kenapa ni Irwan, tadi siang kamu girang sekali..., atau tingkah dan cakap-cakap saya telah melukakan hati kamu dalam diam,...Maafkan saya kalau gurauan saya tadi keterlaluan....", ujar Insyiraa menduga.

"Enggak, kamu ngak ada- apa salahnya ke aku...malah aku suka amat kamu ke mari....malah sampai sekarang aku rasa seolah-olah aku berada dalam mimpi yang panjang...", lain benar ungkapan jejaka yang biasanya pemalu dan pendiam itu membuatkan hati Insyiraa makin tertanya-tanya.

CINTANYA AMPUH DI BUMI BANJARWhere stories live. Discover now