Anang yang sememangnya mudah mesra itu turut tersenyum. Namun dia faham sahabat baik yang merangkap gitarisnya itu adalah insan yang paling gembira pada hari itu. Senyuman yang terukir di bibir Irwan sudah membuktikan segalanya. Bukan mudah sahabatnya yang pendiam dan pemalu itu untuk tersenyum jika tiada sebab yang kukuh. Ternyata kehadiran Insyiraa, gadis Melayu yang baru beberapa bulan dikenali itu telah menceriakan Irwan.
Dari luar bilik rakaman Insyiraa hanya memandang mereka dengan penuh minat. Kagum dengan kesungguhan mereka meraih viewers di chanel Youtube. Kagum juga dengan kemerduan suara Anang dan kelincahan jari jemari Irwan memetik gitar. Sungguh profesional.
"Hello Insyiraa...mimpi apa kamu ke mari?", tegur Anang dengan mesra sebaik sahaja pintu bilik rakaman dibuka...
"Mimpi kamu la...", Insyiraa melemparkan senyuman pabila menjawab sapaan Anang yang memang gemar bergurau..
"Aduh, lagi canda kamu ya...", balas Anang sambil menanggalkan jaketnya.
"Hai Irwan, makin kurus kamu...?",tegur Insyiraa apabila melihat Irwan hanya melemparkan senyuman ke arahnya tanpa bersuara...
"Belum makan lagi ni...", jawab Irwan selamba sambil memegang perutnya yang kempis itu seraya duduk di kerusi berhadapan dengan Insyira dan di sebelah Anang.
"La..kesiannya kamu..",Insyiraa berseloroh kerana menganggap itu hanya gurauan sedangkan Irwan memang menahan lapar tika itu.
"Sebetulnya apa yang membawa kamu ke sini Insyiraa..?" soal Anang semula. Sementara Irwan juga memandangnya mengharapkan jawapan.
"Loh...ngak bisa kalo aku ingin menziarahi rakan-rakan serumpun..?,"jawab Insyiraa dalam pelat Indo namun masih lagi dalam nada gurauan.
Kata-katanya itu menyebabkan Anang tergelak besar dan Irwan seperti biasa hanya meliriknya dengan senyuman. Rasa bersalah pula Insyiraa membuatkan mereka semua terunggu-tunggu jawapan yang sebenar darinya.
"Ok lah. Sebenarnya saya ada Seminar Bahasa di sini. Ikut arahan majikan...aduh, terlupa pula saya..ini ada ole-ole dari Malaysia..", Insyiraa meletakkan kampit kertas yang dibawanya sedari tadi di atas meja.
"Apaan ni kak Syira..?", Nasman teruja melihat kampit itu.
"Buka la Nasman...", jawab Insyiraa.
"Wow, t shirt, topi, selendang pun ada...makasih kak..."Nasman dan Anang membelek-belek barangan yang dikeluarkan dari kampit itu sementara Irwan bergerak ke sinki di sudut bilik mencuci mukanya. Tidak selesa agaknya dengan kesan make up masa rakaman tadi.
"Aduh, selalu-selalu jenguk ke sini ya, nanti selalu juga kami dapat kado begini...", gurau Anang sambil membuka t shirt dari plastiknya.
"Ini memang cocok banget dengan aku kan..."Ujarnya lagi sambil melirik pada Insyiraa.
Insyiraa hanya mengangguk sambil tersenyum.
"Ini pasti untuk bang Irwan..", ujar Nasman sambil menyuakan sehelai tshirt yang belum berbuka balutan plastiknya kepada Irwan yang baru hendak duduk semula.
Irwan mengambil pemberian dari Nasman sambil mengucapkan terima kasih kepada Insyiraa. Insyira hanya memandang mereka yang saat itu sedang mencuba tshirt masing-masing. Cuma Irwan yang belum membuka plastik tshirtnya.
"Eh Man, coba diliat pada lengan bajumu...nama siapa?", baru Irwan tersedar yang baju masing-masing ada nama rupanya.
"Loh kok Irwan namaku...", Nasman menanggalkan semula bajunya. Insyiraa hanya tersenyum puas. Sengaja dia tak memberitahu yang setiap baju itu ada nama pada lengan masing-masing. Ternyata Irwan seorang yang teliti.
"Eksklusif banget ni kak", ujar Nasman.
"Ya Insyiraa, susah payah sekali kamu tempah khas untuk kami....aduh terharu banget kami...Ya kan bang..?", tanya Anang pada Irwan bila disedarinya Irwan hanya diam sahaja.
"Betul", balas Irwan ringkas. Terharu juga Irwan dengan pemberian itu. Namun tiada kata-kata yang dapat diluahkan saat itu. Teruja amat melihat kehadiran Insyiraa di situ.
"Tak ada susahnya, saya suka berkawan sama kalian semua...",Insyiraa puas hati melihat sahabat-sahabatnya itu gembira.
Tiba -tiba telefon Insyiraa berdering. Dari uber rupanya. Nak confirm kan tempat pick up.
YOU ARE READING
CINTANYA AMPUH DI BUMI BANJAR
RomancePerjuangan cinta yang tak bertepian...perjalanan trilogi cinta yang maha merumitkan... "Ternyata kamu bawa jiwa dalam setiap petikan gitarmu Irwan. Tak semua gitaris punya bakat seperti kamu"..ungkap Insyiraa kagum.. "Mati pun aku sanggup demi gadis...