Irwan vs Penasaran

76 4 0
                                    

     "Kamu ini lucu amat Insyiraa,..",Irwan masih tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya..

"Kenapa",Insyiraa masih belum faham maksud kata-kata Irwan itu.

"Tadi kamu nanya apa yang istimewa di sini, belum sempat habis diberitahu udah dipotong cakapnya..."ujar Irwan masih mempamerkan senyuman manisnya.

"Soto memang kesukaan saya Mas Irwan, apatah lagi dimasak oleh orang Banjar, mesti beza amat dari Malaysia..",terang Insyiraa bersungguh sekali..

Terus Irwan terbayangkan wajah ibunya... dan sepatutnya hari ini dia akan pulang menziarahi mereka, tetapi dia tak berdaya meninggalkan gadis seberang ini keseorangan di sini. Apatah lagi dia amat merindui wajah lembut ini dalam diam sejak berbulan perkenalan mereka di Pulau Bali dahulu. Takkan dia mahu melepaskan peluang bersama gadis istimewa ini, mendengar sopan tutur kata dan bicara yang amat tersusun butir bahasanya serta melihat perlakuan yang sentiasa tenang dan tertib gadis Melayu ini. Nanti malam ada masa lagi untuk dia menjenguk ibunya.

Manis amat perawan ini pada pandangannya. Berbaju kurung ungu kain kapas, bertudung litup rona ungu lembut. Pabila tersenyum, aduh cair luluh jiwa dibuatnya, manis sekali dihiasi lesung pipit di kedua-dua belah pipi..Aduh..Sampai saat ini seakan mimpi lagi rasanya yang berhadapan dengannya itu Insyiraa. Aduh, apaan sih aku ni...Irwan meraup kedua tapak tangannya ke muka sendiri...tak keruan jadinya bila berhadapan dengan perawan itu.

"Astaghfirullahalazim...", tak sengaja dia melafazkan itu,

"Kenapa Irwan, ada tertinggal apa-apa lagi ke di studio..",kaget Insyiraa apabila tiba-tiba terdengar Irwan beristighfar.

"Eh, ngak...aku lagi kangen sama ibu di kampung..."helahnya menutup malu.

"Ibu memang juara masak soto...sedap banget",tambahnya lagi.

"Kamu tak pulang ke kampung?", soal Insyiraa seolah-olah tahu apa yang dalam fikiran Irwan saat itu.

"Eh, aku...,sebetulnya..., hari ini aku udah janji sama ibu untuk pulang, tapi aku ngak sampai hati...",Irwan tak jadi meneruskan kata-katanya.

"Tak sampai hati untuk meninggalkan aku di sini...", Insyiraa mencelah cakap Irwan.

Irwan cuma mengangguk-angguk perlahan untuk mengiakan kata-kata Insyiraa. Insyiraa menggeleng-gelengkan kepalanya sambil melepaskan pandangan lembut ke arah pemuda Banjar di hadapannya. Irwan tak mampu menatap wajah lembut itu lagi. Perasaan malunya kian menebal bila dipandang begitu lebih-lebih lagi dari seorang gadis. Dia melemparkan pandangannya ke arah jalan utama. Kenderaan makin bersimpang siur di jalan itu seakan gambaran perasaannya saat itu.

"Mas Irwansyah, kalau keberatan meninggalkan Mbak Ain Insyiraa di sini, kenapa ngak diajak sekali dia ke kampung Mas?", bicara Insyiraa itu membuatkan Irwan betul-betul terkesima.

Ditatapnya dalam-dalam wajah gadis di hadapannya. Hilang segala perasaan malunya sebentar tadi. Insyiraa seperti biasa melemparkan senyuman manisnya. Senyuman yang membuatkan hati Irwan cair..

"Betul , kamu sudi ke kampungku...?", soal Irwan masih tak percaya.

"Ya Allah...betullah...kecuali la kalau orang tu tak sudi nak ajak saya ke sana..",sengaja Insyiraa memainkan kata-kata untuk memancing perasaan Irwan.

"Kalau kamu sudi aku seribu kali sudi membawa kamu ke sana..", hati Irwan betul-betul berbunga riang kembali saat itu. Segirang pertama kali dia melihat Insyiraa di studio tadi.

"Saya juga berasal dari kampung Irwan, lama juga saya tidak menjengah ibu di kampung kerana tugas, sekurang-kurangnya terubat rindu saya bila melihat kampung dan dapat berjumpa dengan ibu bapa Irwan.", ada air mata bergenang di matanya bila terkenangkan wajah tua ibu dan ayahnya. Cepat-cepat dia menyeka matanya.

"Eh, jangan nangis dong, nanti aku juga turut nangis.."gurau Irwan untuk menceriakan semula hati Insyiraa.

Insyiraa tersenyum kembali walaupun hanya Tuhan yang tahu betapa rindunya dia dengan kampung halaman yang ditinggalkan beribu batu itu.

"Ayuh makan..", pelawa Irwan setelah semua makanan siap terhidang di atas meja.

"Eh, kenapa ditenung aja soto tu ?", soal Irwan pabila melihat Insyiraa belum lagi menjamah makanannya.

"Kok banyak sekali dong! Gimana mau dihabisin...", Insyiraa mengerutkan keningnya sambil menjawab soalan Irwan dalam loghat Indo.

"Jangan begitu dong, makan duluan, kalau ngak habis juga, aku boleh habisin...", jawapan Irwan yang selamba itu menjadikan Insyiraa makin serba salah.

Sejenak berfikir, takkan lah dia nak membiarkan Irwan menghabiskan pula sisa makanannya. Lantas, Insyiraa terus bangun dari tempat duduknya lalu pergi ke bahagian dapur gerai. Dia kembali semula dengan sebiji mangkuk kosong di tangan sambil diperhatikan Irwan. Insyiraa memasukkan lebih daripada separuh soto itu ke dalam mangkuk kosong di tangannya lalu diletakkan di hadapan Irwan.

"Nah, ini untuk kamu...",ujar Insyiraa dengan sopan.

"Apa aja yang kamu makan Insyiraa...", Irwan hanya menggelengkan kepala melihat gelagat Insyiraa...aduh menyentuh perasaan benar dengan tingkah gadis lemah lembut ini.

Insyiraa hanya tersenyum tanpa membalas kata-kata Irwan. Sebenarnya dia tidak begitu lapar. Dia bimbang jika Irwan salah mengerti kalau dia tidak turut makan. Dia tidak mahu melukakan hati Irwan yang dianggapnya cukup sensitif dan mudah tersentuh jiwanya itu.

CINTANYA AMPUH DI BUMI BANJARWhere stories live. Discover now