Insyiraa tengah berperang dengan tugasan seharian dan pengajiannya tika ini di bumi Malaysia. Semester akhir yang banyak menduga kesabaran. Tesis perlu disiapkan pada tarikh yang ditetapkan. Bukan senang untuk senang dan tak susah juga untuk susah.
Kerenah student-studentnya juga perlu dilayan. Ada yang minta tangguh tarikh assignment, ada yang hantar assignment yang bulat-bulat dicedok dari Internet, ada yang langsung tak nampak rupa assignmentnya...ada juga yang nak mengurat pensyarah dalam diam...aduh pening kepala Insyiraa.
Persoalan hidup, hati dan perasaan perlu ditepis sekali gus. Walau kadang-kadang Insyiraa merasakan untuk give up sahaja dari pengajiannya namun hatinya tetap tak membenarkan dia berbuat begitu. Pengorbanannya tak bererti jika dia mengalah sekarang. Banyak sudah pengorbanan yang dia lakukan...tak mungkin..
Setiap susah yang kita rasa dalam hidup sehari-hari adalah ujian dari Allah dan Dia tak akan uji kita luar dari batas kemampuan sendiri..Sentiasa dipegang kata-kata itu...
Bukan dia tidak ingat pada Irwan, jejaka Banjar yang berada di Kota Seribu Sungai sana. Malah bukan dia tega membiarkan lelaki itu menjadi penunggu setia cintanya, Cuma hatinya belum terbuka dan serik dengan pengalaman cinta lalu yang banyak melukakan hati dan perasaannya...sampai saat ini dia tiada jawapan lagi atas persoalan cinta yang maha rumit itu.
Pun begitu Insyiraa sentiasa mengikuti perkembangan Irwan melalui chanel youtube mereka. Walau sesibuk mana pun dia, jika ada video baru yang diupload mereka, dia akan menontonnya. Sekejap pun jadilah. Dia jadi rindu dengan bumi Banjar saat melihat sahabat-sahabatnya itu. Dia jadi rindu dengan pemandangan di sana, keramahan penduduknya, rindu pada sungai Martapura juga pasar terapung yang membolehkan dia berbalas-balas pantun seolah berada di zaman Kesultanan Melayu dahulu kala.
Tak dinafikan dia juga merindui suasana perdesaan Irwan yang tenang lagi mendamaikan. Dia rindukan dengan kemesraan keluarga Irwan, kasih sayang ibunya yang tulus, Aisyah adik Irwan yang keletah dan kuat bergurau, ayahnya yang baik walau sedikit pendiam, tapi.....adakah itu semua menggambarkan rindunya pada Irwan. Dia sendiri tak pasti jawapannya...Takut sekali dia membuka pintu hatinya untuk lelaki lain setelah dikecewakan dahulu...sakitnya hanya orang yang pernah mengalami akan merasainya...
Sementara Irwan pula sangat-sangat mengharapkan kehadiran Insyiraa di hadapannya setiap kali memetik gitar kesayangannya dan berhadapan dengan kamera. Dia mahu Insyiraa memberi komen berupa pujian seperti dahulu,
"Saya suka amat bila lihat jari jemari kamu memainkan tali temali gitar itu...kamu seakan membawa jiwa dalam setiap petikan..., tak semua gitaris ada bakat macam kamu Irwan...keep it up!", ujar Insyiraa dengan wajah kagum.
Tak ramai yang tahu sebenarnya selain dari bahasa, Sejarah dan seni lukis, Insyiraa amat meminati bidang seni muzik. Walau dia terlibat dalam bidang pendidikan, tak bermakna dia tidak mengambil tahu bidang muzik terutama di Malaysia. Itu yang amat mengagumkan pelajar-pelajarnya. Dalam setiap kuliah atau tutorialnya ada-ada sahaja diselitkan nama-nama artis Malaysia menjadikan student-studentnya tidak mudah jemu.
"Wow, puan ni boleh tahan ye...semua artis kat Malaysia ni puan kenal...",ujar salah seorang pelajarnya..
"Ya la, dahsyat la...",ujar pula yang lain.
Insyiraa hanya tersenyum sahaja mendengar komen-komen mereka. Niatnya Cuma satu, apa sahaja ilmu yang disampaikannya akan disampaikan dengan cara yang mudah difahami dan santai..
Namun akhir-akhir ini fikirannya amat terbeban. Bukannya mengenai student atau pengajiannya tapi pasal Adam Harris ...lelaki yang pernah bertakhta di hatinya suatu ketika dahulu.... muncul kembali untuk menyambung ikatan yang telah terputus.
"Assalamualaikum mak, mak sihat....?", terkejut sedikit Insyiraa bila menerima panggilan telefon dari ibunya.
Jarang sekali ibunya menelefon dia kecuali dia yang telefon dahulu.
"Ain, mak nak Ain balik hujung minggu ni..boleh..ada hal mustahak ni Ain...",ujar ibunya.
"Hal apa mak, kalau pasal jodoh, kan Ain dah cakap dulu..Ain nak habiskan study dulu..",balas Insyiraa.
Faham benar dia dengan sikap ibunya itu. Mesti nak bincang hal yang sama.
"Mak tak nak cakap kat telefon ni, lagi pun Ain kan dah lama tak balik...Ain tak rindu ke dengan mak, ayah, adik-adik semua..?",pujuk ibunya.
"Oklah, Ain balik ye mak...Ayah, adik-adik semua sihat..Ain rindu dengan semua mak..",balas Insyiraa tak nak melukakan hati ibunya lagi.
"Ha, macam tu lah anak mak...hati-hati memandu Ain..Assalamualaikum..",ibunya menamatkan perbualan tengah hari itu dengan harapan yang tinggi amat supaya Insyiraa balik menemuinya.
Dan hujung minggu itu kereta Myvi Insyiraa mendarat di depan rumah ibu bapanya di kampung. Seronok sekali adik-adiknya mendapat buah tangan. Tak lupa juga buah tangan untuk ibu dan bapanya...
"Mak, ayah...",Insyiraa mendapatkan keduanya lalu bersalaman seperti biasa.
Pelukan ibunya dirasakan lain amat hari ini. Terbayang pula pelukan ibu Irwan beberapa ketika dahulu. Lebih kurang sama. Insyira hairan melihat makanan pelbagai jenis terhidang di atas meja hadapan. Ini menjadikan suasana sedikit aneh seakan ada majlis pula.
"Amboi, rajinnya mak masak banyak-banyak ni. Siapa yang nak datang ni mak..",belum sempat ibunya menjawab kelihatan sebuah kereta Honda hitam membelok masuk ke halaman rumahnya.
Dia pernah nampak kereta itu sebelum ini. Jantungnya seakan terhenti apabila melihat pemandunya menjejakkan kaki ke tanah. Berbaju kemeja Raihan kuning air,berseluar slack hitam serta bersongkok. Memang gaya seorang peguam syarie. Tersenyum manis ke arahnya...
YOU ARE READING
CINTANYA AMPUH DI BUMI BANJAR
RomantizmPerjuangan cinta yang tak bertepian...perjalanan trilogi cinta yang maha merumitkan... "Ternyata kamu bawa jiwa dalam setiap petikan gitarmu Irwan. Tak semua gitaris punya bakat seperti kamu"..ungkap Insyiraa kagum.. "Mati pun aku sanggup demi gadis...