"Selagi aku belum menikah, aku kepunyaan ibu dan ayahku...",perlahan sahaja Insyiraa mengujarkan kata-kata itu.
Terkejut dengan kata-kata Insyiraa itu, sepasang mata Irwan kembali bersinar. Segera dia mengalihkan pandangannya semula menghadap gadis manis bertudung litup itu. Senyuman kembali terukir di bibirnya. Masih ada harapan untuknya. Fikirnya.
Insyiraa hanya tersenyum hambar kepadanya. Matanya masih kemerahan. Tak mampu untuk dia membuka kembali sejarah hitam cinta silamnya untuk tatapan Irwan. Hatinya dulu pernah dimiliki. Tak mungkin dengan mudah dia dapat mencantum kembali hatinya telah retak seribu itu hanya dengan menerima cinta baru dari jejaka Banjar di hadapannya.
Tidak ada sedikit pun cacat celanya Irwan di mata Insyiraa. Jejaka yang amat mahir memainkan jemarinya pada gitar ini juga sangat mencintai muzik. Salah satu cabang seni yang Insyiraa turut minat selain seni lukis. Seorang jejaka pendiam dan kadang kala jadi amat pemalu.
Sangat fokus pada pekerjaannya. Sentiasa berfikir sebelum meluahkan kata-kata. Tak pernah berkata-kata lebih dari sepatutnya. Begitu sederhana orangnya, berkulit hitam manis serta mempunyai sepasang mata yang amat lembut bila melepaskan pandangan. Terkadang Insyiraa rasa dengan pandangan matanya sahaja telah boleh menceritakan keseluruhan perasaannya.
Segala keistimewaan yang ada pada Irwan lebih daripada cukup untuk menarik minat mana-mana gadis pun terutama gadis tempatan. Tapi mengapa dia yang jadi pilihan Irwan. Atau kerana ibunya...ah, lagi-lagi aku mempersoalkan cinta...cinta kan universal...fikir Insyiraa lagi.
Sapu tangan Irwan yang sedikit lembab dengan air matanya masih tetap dalam gengaman Insyiraa. Kesan wangian perfume yang dipakai Irwan siang tadi masih melekat pada sapu tangan itu. Setelah seketika suasana sepi menyelubungi mereka..Insyiraa kembali bersuara sambil menjatuhkan pandangan pada jejaka di hadapannya,
"Saya juga mau nanya kamu Irwan...saya harap kamu jawab dengan jujur sekali", giliran Insyiraa pula mengatur serangannya.
Lebih selesa dia berbahasa Indo dengan Irwan. Suara Insyiraa sedikit serak kerana kesan menangis tadi. Irwan hanya menunggu umpama pesalah yang akan dijatuhkan hukuman. Soallah apa sahaja padanya asalkan Insyiraa mempertimbangkan perasaan sucinya. Fikir benaknya.
"Apa kamu sudah bersedia menjalinkan hubungan jarak jauh yang biasanya akan kecundang akhirnya...? Apa kamu sudah bersedia mengorbankan perasaan orang-orang tersayang di sekitar kamu jika kamu memilih saya sebagai jodohmu...? .atau kamu ngak pernah rasa gimana sakitnya ibu kamu terpaksa berpisah selama-lamanya dengan keluarganya di Malaysia...?",hujah Insyiraa bak memberikan kelas tutorial pada studentnya di kolej.
Irwan termangu sebentar mendengar persoalan yang diutarakan oleh Insyiraa itu. Kagum amat dengan perawan ini. Sensitivitinya amat tajam. Seorang pemikir yang ulung lagaknya. Dengan merenung tajam pada Insyiraa, Irwan berkata,
"Aku percaya sama takdir Allah Insyiraa. Jika kita ada jodoh maka Inshaallah Tuhan akan permudahkan..., walau sejauh mana kita terpisah. Jika tidak..., aku terpaksa terima akibatnya...soal ibu aku, itu juga takdir...pilihan jodohnya tepat. Hadirnya ke bumi Banjar ini diterima baik oleh keluarga mertuanya...dan takdir juga telah memainkan peranannya bila aku jejaka Banjar jatuh cinta lagi sama gadis Malaysia...",Insyiraa terkedu seakan tidak percaya yang Irwan yang pendiam lagi pemalu itu mampu mengutarakan kata-kata semantap ini.
Irwan melepaskan keluhan lega bila dia dapat membalas hujah gadis Melayu di hadapannya. Seketika mereka berpandangan. Insyiraa membatalkan niatnya untuk terus berkata-kata bila menyedari tiada guna berdebat tentang perkara yang telah terang lagi bersuluh itu. Lagi pun jejaka tampan yang nampaknya pemalu lagi pendiam di hadapannya bukan jenis yang mudah mengalah. Ah, cinta boleh jadikan manusia macam-macam. Fikirnya lagi.
Lalu Insyiraa menggeleng-gelengkan kepala sambil tersenyum sendiri. Perlakuannya membuatkan Irwan jadi hairan. Dibetul-betulkan rambutnya dengan jari jemarinya. Bimbang itu yang menjadikan dia nampak lucu di mata Insyiraa.
"Kenapa, kok senyum-senyum sendiri...?",soal Irwan tak puas hati.
"Kamu ni dari luaran nampak aja diamnya kan.., tapi tak kalah kalau diajak berdebat...",ujar Insyiraa membulatkan matanya.
Irwan hanya tersenyum kepuasan. Irwan sendiri tidak percaya yang bercakap itu adalah dia. Ternyata kuasa cinta amat kuat sekali. Cinta menjadikan dia petah berkata-kata, cinta turut membuatkan dia berani menentang pandangan mata bundar Insyiraa yang amat mendamaikan itu.
Tiupan angin malam makin sejuk terasa. Insyiraa agak menggigil kesejukan. Diusap-usap kedua telapak tangannya lalu diletakkan ke pipi. Didakapnya tubuhnya sendiri untuk menghilangkan rasa dingin itu.
"Jomlah, sudah lewat benar ni...lagi pun tak manis kita berdua-duaan begini...",Insyiraa berasa kurang selesa bila mana keadaan jadi makin sunyi di situ.
Dia bingkas bangun menggalas beg sandangnya dan membetulkan selendangnya yang terangkat sedikit pada bahagian bahu.
"Tunggu...!cincin ini gimana...?...aku ngak mahu menyimpannya...bimbang kok nanti tidur malam, ibu menjelma dalam mimpi aku karna tak menyampaikan amanahnya...",ujar Irwan sambil menyuakan kotak comel itu pada Insyiraa membuatkan Insyiraa serba salah lagi.
YOU ARE READING
CINTANYA AMPUH DI BUMI BANJAR
RomancePerjuangan cinta yang tak bertepian...perjalanan trilogi cinta yang maha merumitkan... "Ternyata kamu bawa jiwa dalam setiap petikan gitarmu Irwan. Tak semua gitaris punya bakat seperti kamu"..ungkap Insyiraa kagum.. "Mati pun aku sanggup demi gadis...