"Kamu tenung aku begitu kemudian tersenyum sendiri...apa aku keliatan lucu hari ini?",ujarnya membulatkan sepasang matanya ke arah Insyiraa.
"Kamu tahu ngak Irwan yang kamu ini handsome banget..", ujar Insyiraa sambil merenung jejaka di sebelahnya dengan pandangan kagum.
" Kamu perasaan tak tadi gadis-gadis di sepanjang sungai memandang-mandang sama kamu, tersenyum-senyum sama kamu, berbisik-bisik sesama sendiri...", jelas Insyiraa panjang lebar membuatkan Irwan tersenyum lagi, kali ini lebih manis dari tadi.
"Kamu cemburu ya Insyiraa..."ujar Irwan sambil melirik nakal pada Insyiraa di sebelahnya.
Mereka mula mengatur langkah beriringan menuju ke kereta. Kata-kata Irwan itu memecahkan derai tawa Insyiraa...cemburukah dia..?..entahlah..
Sebenarnya Tuhan saja yang tahu betapa gembiranya Irwan bila mendengar ungkapan berbunyi pujian dari bibir gadis pujaannya itu. Berbaloi dia bersiap kemas awal pagi tadi. Fikirnya. Mahu saja dia nyatakan hatinya juga turut cemburu amat bila Insyiraa berbicara dan tersenyum sama lelaki lain. Tapi biarlah...
"Kenapa kamu tidak pilih sahaja salah seorang dari mereka Irwan, daripada kamu penasaran menunggu aku..", ujar Insyiraa serius.
"Kalaulah memilih calon istri itu semudah memilih sayur dan buah-buahan di pasar terapung tadi, agaknya udah lama ibu aku terima menantu...", menyesal pula Insyiraa mengutarakan persoalan itu bila mendengar kata-kata Irwan.
"Maaf Irwan, tadi saya yang melarang kamu berbicara soal hati dan perasaan... tapi, saya pula yang...",kata-katanya tak dapat diteruskan bila Irwan mencelah,
"Kamu ni Insyiraa, sedari awal kamu datang jumpa aku sampai udah mahu pulang ni, asyik mohon maaf aja..., walau tak ada sedikit pun salah kamu ke aku",Irwan tersenyum sambil melirik lagi ke arah Insyiraa yang sedang membelek-belek selendang banjar atau dikenali sebagai kain sasirangan oleh masyarakat Banjar itu yang bergantungan di tepi gerai jualan.
"Nah, yang ini cocok banget sama kamu..",Irwan menarik sehelai selendang yang berwarna merah hati dan bercorak kuning air dari tempat gantungannya.
Insyiraa membelek-belek lagi selendang merah hati itu,
"Cantik...", akui Insyiraa.
Insyiraa lalu mengenakan selendang itu di bahunya sambil diperhatikan Irwan. Merah hati, kuning air. Gabungan warna baju Irwan dan Insyiraa.
"Aku hadiahkan ke kamu..",ujar Irwan lalu membayar harga kain itu.
"Tq Irwan..", getus Insyiraa dengan senyuman terukir.
Dan selendang itu tetap setia di bahunya sehinggalah mereka sampai di lapangan terbang.
"Satu aja pintaku Insyiraa, setelah pulang nanti jangan lupa ada hati yang mengharapkan cinta kamu di sini, ada jiwa yang akan penasaran terus sama kamu...", ujar Irwan setelah beberapa lama suasana menjadi senyap tanpa bicara.
Matanya yang selalunya bersinar bak bintang timur itu tiba-tiba pudar, tidak bermaya..mahu menangiskah dia.? Tidak, seorang lelaki hanya boleh menangis dalam hati. Air mata bagi seorang lelaki mahal amat harganya. Ditenungnya Insyiraa di sebelah. Seperti biasa riak lembut wajah itu tak pernah berubah di mata Irwan..
"Saya tak akan pernah lupa sama kamu semua yang baik-baik belaka di sini. Bila agaknya pula kamu hendak ke Malaysia?" tanya Insyiraa jujur, tak mampu menentang pandangan sayu jejaka Banjar di hadapannya.
Irwan terdiam mendengar soalan Insyiraa itu. Kalau boleh sekarang juga dia mahu berangkat menghantar Insyiraa pulang ke Malaysia. Bertemu dengan keluarga Insyiraa. Memohon keizinan mereka untuk memetik bunga larangan ini...Namun dia sedar yang dia berpijak di bumi nyata.
"Ya, aku akan ke sana juga nanti...bawa keluargaku untuk jumpa sama keluarga kamu...",ujar Irwan penuh positif.
Insyiraa tunduk membisu. Menelusuri masa depan yang belum pasti. Telah bersediakah dia memadam sepenuhnya kesan cinta lamanya. Sudah kebal sangatkah hatinya untuk menempuh semula onak dan duri asmara...Yang pastinya pengajian PhDnya harus ditamatkan dahulu. Itulah cita-citanya. Itulah masa depannya.
Sayu benar hati Irwan melepaskan perawan itu pulang. Sunyi lagi hidupnya setelah dua hari ini aktivitinya padat bersama gadis itu. Tiada lagi senyuman manis Insyiraa yang akan mewarnai harinya. Tiada lagi tingkah lembut dan sopan perawan itu yang akan menjadi penghias matanya. Cuma kenangan yang akan menemaninya...
Insyiraa menyusun langkah dengan teratur menuju ke balai pelepasan. Seketika dia mengalihkan pandangannya ke belakang. Irwan masih di situ, lalu dia melambaikan tangannya ke arah pria itu. Irwan turut melambai-lambai ke arahnya.
Kain sasirangan yang dibelikan Irwan untuknya di pekan tadi, setia terlekat di bahunya. Hatinya turut sayu meninggalkan Kota Seribu Sungai itu. Lapangan Terbang Syamsudin Noor itu menjadi saksi perpisahan dua insan yang mana sang perianya mengharap cintanya berbalas sementara sang gadis masih kebingungan dan membawa perasaan yang sarat dengan bebanan cinta yang tak kesampaian.
Sebelum Insyiraa melangkah pergi tadi, sempat Irwan berpantun,
Pucuk pauh delima batu,
Anak semilang di tapak tangan,
Walau jauh beribu batu,
Hilang di mata, di hati jangan..
Tak disangka pemuda Banjar ini juga juara pantun rupanya...Dengan sayu pula Insyiraa menjawab,
Batang selasih permainan budak,
Daun selasih dimakan kuda,
Bercerai kasih talaknya tidak,
Seribu tahun kembali jua...
Mungkinkah jodoh mereka bersatu...?, mungkinkah terpatri cinta antara dua negara ini..?, adakah Irwan setia menunggu cintanya...?...Adakah Insyiraa sanggup menempuh sekali lagi cinta jarak jauh yang pernah mengorbankan perasaannya sebelum ini...
TO BE CONTINUED......
*********************************
Chapter 1 berakhir di sini....Nantikan perjalanan cinta dua insan ini pada episod berikutnya...Terima kasih....🤞🤞
YOU ARE READING
CINTANYA AMPUH DI BUMI BANJAR
RomancePerjuangan cinta yang tak bertepian...perjalanan trilogi cinta yang maha merumitkan... "Ternyata kamu bawa jiwa dalam setiap petikan gitarmu Irwan. Tak semua gitaris punya bakat seperti kamu"..ungkap Insyiraa kagum.. "Mati pun aku sanggup demi gadis...