"Ish, kamu ni, tak baik buat tetamu macam tu...jom keluar...mereka dah nak balik tu.."marah ibunya.
"Tadi, mak nak kejutkan kamu, tapi tak sampai hati pulak tengok kamu tertidur keletihan, mak faham kamu mesti penatkan bawa kereta tadi..",getus ibunya lagi.
"Ye mak, penat sangat...lagipun saya tidur lambat malam tadi siapkan assignment awal-awal sebab nak balik kampung la..", tercetus rasa bersalah di hati kecil ibunya tatkala mendengar keluhan Insyiraa.
"Ala kesiannya anak mak,...jom keluar...",ajak ibunya.
Terpaksa Insyiraa menurut kehendak ibunya setelah membetulkan tudungnya dan mengelap wajahnya dengan tisu basah berhadapan cermin make upnya.
"Maaf sangat-sangat mak cik, pak cik,...saya tertidur dengan si Adam ni ha...",ujar Insyiraa dengan perasaan yang malu amat.
"Tak apa nak, mak cik faham, kamu mesti penat drive balik kampung kan...",ujar Puan Mazni dengan sayu memandang calon menantu tak jadinya itu.
Sementara itu papa Harris, Encik Fadzil Amri sedang berbincang sesuatu dengan ayahnya. Nampak serius sekali.
"Ye Mazni, lagi pun semalam tidur lambat katanya, siapkan apa tu..saimen...ntah apa ntah...",ujar ibunya pula.
Aduh mak ni, tak boleh nak simpan rahsia langsung. Fikir Insyiraa.
"Awak sambung PhD ye Ain..",soal Harris inginkan penjelasan.
Insyiraa hanya mengangguk untuk mengiakannya. Tiada kata-kata untuk diluahkan kepada Harris saat itu. Dia sebenarnya tak suka nak bangga diri atau uar-uarkan apa sahaja mengenai dirinya tambah-tambah lagi kepada bekas tunangannya itu yang hampir dilupakan namun muncul lagi di rumahnya hari ini.
Adam Iskandar yang di dalam pangkuan 'abi'nya telah terjaga dari tidur. Si kecil itu kembali memandang pada Insyiraa sambil mengekek kegirangan bila diacah oleh Insyiraa.
"Bye Adam, bye...",langsung Insyiraa tak pedulikan renungan tajam Harris padanya.
Ibu dan ayahnya memerhatikan kereta hitam itu keluar perlahan-lahan dari halaman rumahnya. Insyiraa cepat-cepat berlalu untuk ke biliknya, namun dihalang ibunya,
"Ain, sekejap...mak dan ayah ada hal nak bincang ni...",serius nampaknya ibu Insyiraa.
"Ya mak, ayah...kenapa..?",ujar Insyiraa sambil duduk di tempat yang sama di mana dia duduk tadi.
"Mak tahu, Ain marahkan mak sebab tak bagitahu hal sebenar pasal Harris nak datang hari ni..", ujar ibunya merenung tajam pada Insyiraa.
"Mak, Ain tak marah pun, kalau orang nak datang, macam mana kita nak halang...", jujur kata-kata Insyiraa itu.
Lalu ibu dan ayahnya memberitahu hal yang sebenar tujuan kedatangan Harris dan keluarganya tadi. Tidak ada lain tujuan mereka selain dari menyambung tali yang telah terputus di tengah jalan. Harris mahu menyuntingnya semula untuk dijadikan isteri sekali gus ibu kepada Adam Iskandar.
Menurut ibunya lagi telah beberapa kali Harris cuba menghubunginya melalui telefon, namun tak berjaya. Itulah sebabnya mereka terpaksa datang sendiri bertemu dengan keluarga Insyiraa. Ibu dan ayahnya terpaksa bersetuju menerima kedatangan mereka bila mendengar kisah sedih Harris yang telah kematian isteri itu..
"Ain, mak dan ayah tak pernah paksa Ain dalam urusan nikah kahwin ni...Ain dah besar panjang. Dah boleh fikir mana yang baik, mana yang buruk bagi Ain..",panjang lebar ayahnya berhujah.
"Alang, adik Ain tu pun dah beranak satu, Ain bila lagi nak menyusul, umur kita bukannya makin menurun Ain, mak bimbang kalau mak dengan ayah pergi dahulu sebelum lihat Ain naik pelamin...",sedih nada suara ibu Insyiraa.
"Mak.., jangan cakap macam tu...ajal, maut, jodoh pertemuan tu di tangan Tuhan mak, ayah...",Insyiraa turut sedih mendengar ujaran ibunya itu.
Lalu persoalan itu terbiar begitu sahaja. Tiada kata putus dari Insyiraa mengenai kisah Harris itu. Senang sungguh dia mencari ganti tempat isterinya. Fikir Insyiraa. Anak bukannya alasan yang kukuh untuk dijadikan senjata. Ah, lelaki tetap lelaki, habis madu sepah dibuang..
Tiba-tiba benaknya teringat sangat-sangat kepada Irwan. Adakah Irwan juga lelaki seperti itu. Entahlah..kenalnya dia dengan Irwan tidaklah selama dia kenal dengan Harris. Dan kenangannya bersama Adam Harris kembali berputar-putar di ingatannya. Walau ditahannya namun ingatan demi ingatan silih berganti datang..
Satu ofisnya riuh hari itu kerana mereka mendapat rakan setugas baharu. Tutor dalam bidang undang-undang Islam katanya. Adam Harris namanya. Nama itu seolah-olah Insyiraa kenal. Zaman kolejnya. Kalau Adam Harris itulah yang dimaksudkan memang Insyiraa kenal. Memang graduan perundangan Islam. Antara nama-nama pemimpin atasan perwakilan pelajar universiti Insyiraa dulu.
Alhamdulillah akhirnya kolej mereka mendapat tutor baharu juga setelah kehilangan seorang baru-baru ini. Memang tidak salah lagi, itulah Adam Harris yang lebih dikenali sebagai ustaz oleh kebanyakan pelajar. Namun mungkin dia langsung tidak mengenali Insyiraa. Lagi pun mereka berlainan bidang. Insyiraa dalam bidang Bahasa dan Sejarah. Harris pula Perudangan Islam. Tambahan pula penampilan insyiraa yang agak pemalu zaman kolejnya dulu menyebabkan tidak banyak yang mengenalinya.
YOU ARE READING
CINTANYA AMPUH DI BUMI BANJAR
RomancePerjuangan cinta yang tak bertepian...perjalanan trilogi cinta yang maha merumitkan... "Ternyata kamu bawa jiwa dalam setiap petikan gitarmu Irwan. Tak semua gitaris punya bakat seperti kamu"..ungkap Insyiraa kagum.. "Mati pun aku sanggup demi gadis...