Projek Spontan Irwan...

22 2 0
                                    

     Ibunya hanya mengeleng-gelengkan kepala bila mengenangkan tingkah ceria Irwan hari ini tatkala menerima panggilan telefon dari Insyiraa.

Sementara Irwan di biliknya pula tidak sabar hendak merakamkan aksinya memetik gitar untuk memenuhi permintaan perawan seberang itu. Kerja-kerja yang dilakukan dalam laptop sebentar tadi terus dilupakan dahulu. Dalam fikirannya telah tergambar lagu apa yang akan dimainkan olehnya sekejap lagi. Dan dia pasti amat Insyiraa pasti suka.

Terus dicarinya kord untuk lagu itu dalam simpanan notebooknya. Lantas dia memulakan permainan jemarinya pada gitar kesayangannya setelah melabuhkan punggung pada birai katilnya. Dibayangkan tika itu ada Insyiraa, gadis pujaannya di hadapannya.

Dibayangkan seperti biasa Insyiraa dengan penuh minat menongkat dagunya sambil matanya memandang tidak berkerdip pada alunan gitarnya. Lalu melenggang lenggokkan kepalanya mengikut irama lagu yang dimainkannya. Dibayangkan juga senyuman manis Insyiraa dengan kedua lesung pipit yang terserlah pada pipi putih bersih gadis itu.

Lantas dia tersenyum sendiri dalam alam fantasinya. Berulang kali dia memainkan lagu yang sama tapi dari angle yang berbeza. Teliti sekali anak muda ini walau hanya Insyiraa sahaja yang akan menonton video ini. Bukan seperti selalunya untuk dipaparkan kepada umum. Namun Irwan merasakan inilah video solo gitar yang paling istimewa sepanjang hidupnya.

Selepas maghrib, Irwan menyambung semula kerja-kerja editing untuk video teristimewa itu...Setelah berpuas hati secara keseluruhannya barulah dia menekan butang send pada handphonenya ke aplikasi whatapps Insyiraa. Setelah beberapa ketika video berdurasi hampir lima minit itu berjaya dihantar ke destinasinya.

Irwan melepaskan keluhan lega..Akhirnya projek spontan tanpa dirancangnya siap. Hanya menunggu reaksi Insyiraa sahaja. Tak sabar rasanya. Kenapa dia pula yang jadi kebudak-budakan ni..Irwan tersenyum sendiri sambil membuka pintu biliknya menyertai keluarganya yang lain di ruang tamu rumah.

Teringat ungkapan Insyiraa siang tadi yang memohon maaf dengan tindakan kebudak-budakannya. Dia tersenyum sendiri.

"Ha.., asyik berkurung aja dari tadi..udah siap kerjanya Wan..?" soal ibunya baru menapak dari dapur.

Di tangannya ada dulang berisi minuman. Lantas diletakkan dulang itu di atas meja berhadapan abahnya dan adiknya. Hairan melihat senyuman yang terukir di bibir anak lelakinya itu. Dia perasan selepas sahaja menerima panggilan telefon dari Insyiraa siang tadi, tingkah Irwan lain benar dari biasa.

"Udah bu.."ringkas sahaja jawapan Irwan.

Aisyah yang sedari tadi asyik dengan buku sekolahnya sesekali mengerling abangnya dengan ekor mata. Ingin sahaja hatinya bertanya lagu apa yang abangnya mainkan berulang kali tadi. Tapi dibatalkan sahaja niatnya bila abahnya turut ada di situ.

Mesti lagu istimewa itu untuk seseorang yang istimewa. Agak Aisyah sendiri. Mesti untuk Kak Syira..fikirnya lagi. Kalau tidak masakan dari petang sampai ke waktu lepas Isyak ni abangnya yang pendiam itu asyik berkurung dalam bilik pula..makan malam pun tidak..

"Wan, lauk masih ada atas meja makan sana...mau ibu panaskan..."soal ibunya.

Risau amat dengan anak bujangnya itu pabila menolak diajak makan tadi.

"Ngak usah bu, kejap lagi aku makan ya...",ujar Irwan sambil mengukir senyuman buat ibunya.

"Ala bu, bang Irwan tu udah kenyang.,.kan tadi siang kak Syira ada nelefon..."usik Aisyah.

Ibu dan abahnya tersengih mendengar usikan Aisyah itu.

"Udah, siapkan kerja sekolah kamu aja, usah campur urusan orang lain..."ujar Irwan sambil mengambil buku dari tangan Aisyah lalu bergerak ke ruang dapur.

"Ibu..., liat bang Irwan ni...!" jerit Aisyah sambil cuba mendapatkan semula buku itu dari tangan Irwan.

Irwan sengaja meletakkan buku itu di atas kabinet barang yang paling tinggi antara ruang dapur dan ruang tamu rumah. Bersusah payah Aisyah mendapatkan semula buku itu. Abahnya hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat perlakuan dua beradik itu.

Aisyah mendengus marah lalu membulatkan pandangannya pada abangnya yang telah hampir di meja makan. Ibunya datang dari ruang tamu untuk menghidangkan makanan.

"Ngak apa-apa bu, aku boleh ambil sendiri makanannya..."ujar Irwan bila melihat ibunya mengambil pinggan dari rak.

Sebenarnya ada hal yang nak ditanya pada Irwan. Dia menyenduk nasi sambil memandang ke wajah Irwan. Sinar ceria dari wajah itu masih kelihatan. Dia hanya tersenyum sambil menyuakan pinggan nasi ke Irwan.

"Ngapain bu.., liat aku sebegitu..kok ada yang ngak beres.?."soal Irwan, cuak sekali dengan tingkah ibunya.

"Ibu pula yang kamu nanyain, patutnya ibu yang nanya sama kamu...kok sedari petang tadi asyik tersenyum aja anak ibu ni...?..ada yang mahu dikongsikan sama ibu..?"duga ibunya.

Irwan tersenyum lagi. Menyerlahkan lekuk pada pipinya. Rambut yang berjatuhan ke dahinya diraup ke atas. Tak pasti apa yang mahu diungkapkan. Rasa cerianya dapat mendengar suara serta dapat memenuhi permintaan gadis idamannya masih mewarnai hidupnya hari itu.

"Liat, kok senyum-senyum lagi..."ujar ibunya lagi bila dilihatnya semakin melebar senyuman Irwan.

Tak terasa sambal yang dikautnya melebihi sudah.

"Nah ikan bakarnya.."ibunya meletakkan seekor ikan yang jadi kegemaran Irwan.

"Makasih bu, aku senyum pun salah....kalo aku sedih nanti ibu juga turut sedih ..."ujar Irwan sambil menyuap nasi bersama ikan bakar itu ke mulutnya.

"Senyum kamu hari ini beda amat dari biasa...manis sekali...kayak bulan udah jatuh ke riba.."berkias pula ibunya..

Irwan faham amat kata-kata ibunya itu. Mesti hal Insyiraa yang mahu ditanyakan.

"Aduh, pedasnya bu, airnya mana..?" Irwan kepedasan apabila terlebih menyuap sambal ke tekaknya.

Ibunya tersengih sambil bergerak ke peti ais dan mengambil air dari botol dan menuangnya ke dalam cawan lalu diberikan ke Irwan.

"Kenapa..?, kok terbayang wajah Insyiraa yang suka makan sambal sama ikan bakar ini ya...",usikan ibunya memang mengena tepat ke batang hidungnya yang mancung itu.

Memang tergambar di hadapannya bagaimana Insyiraa suka benar makan ikan bakar bersama sambal serta ulam-ulaman.

"Iya bu, aku sebenarnya rindu amat dengan dia...tadi siang tak sangka dia yang nelefon..."akhirnya Irwan mengalah dengan kehendak ibunya.

Dia tahu walau bagaimana sekali pun dia sembunyikan perasaannya itu, ibunya yang memang halus hatinya itu akan tahu jua.

"Jadi, kira-kiranya udah boleh ibu buat perkiraan bila hari langsungnya ya.....?"gurauan ibunya membuatkan Irwan sedikit tersedak.

Lalu dia meneguk sisa air pada gelas di hadapannya.

"Apaan ibu ni...sampai ke situ pula..dia cuma nanyain khabar aku, khabar keluarga kita..itu aja..."ujar Irwan jujur.

"Iya kok, ibu cuma gurau aja Wan, ibu suka kali liat kamu ceria begini...ibu sadar yang bukan mudah untuk mendapatkan kasih dari perawan itu...tapi kamu jangan patah semangat ya Wan...ibu sentiasa ada di sisi kamu..."ungkap ibunya sambil berlalu ke bilik air untuk mengambil wuduk.

Irwan pula mengemaskan meja makan dan mencuci pinggannya di sinki. Itu memang kebiasaan yang diajar oleh ibunya. Walau dia lelaki kerja sebegitu perlu dilakukan..

Tak sabar dia untuk melihat respon Insyiraa. Bergegas semula dia ke biliknya untuk mendapatkan telefon yang ditinggalkan di atas katilnya tadi.

CINTANYA AMPUH DI BUMI BANJARWhere stories live. Discover now