Kembali Irwan membuang pandangannya jauh ke arah seberang sungai. Beratnya soal hati dan perasaan ini. Fikirnya.
"Dalam telefon tadi kamu bilang ada sesuatu nak kamu cakapkan..hal apa...? Kenapa?", akhirnya Insyiraa terpaksa bertanya juga.
Irwan mengalihkan semula pandangannya tepat ke wajah Insyiraa. Insyiraa pula yang jadi tak keruan. Belum pernah dia ditenung sebegitu oleh Irwan. Sepasang mata Irwan yang lembut itu seakan menelusuri seluruh wajahnya. Malu jadinya Insyiraa. Lantas dia mengeluarkan handphonenya untuk melihat mesej yang masuk bertalu-talu dari group officialnya.
Melihatkan gelagat Insyiraa, Irwan terus mengambil telefon dari tangan Insyiraa dan meletakkannya di atas meja berhadapan Insyiraa.
"Kenapa ni..?", Insyiraa terkejut. Kaget dengan tingkah Irwan yang tiba-tiba agak kasar itu.
"Nah..", Irwan meletakkan kotak cincin yang digenggamnya betul-betul di sebelah handphone Insyiraa.
"Apa ni ?, untuk saya..?",Insyiraa bingung.
"Ya untuk kamu, ambillah...",ujar Irwan ringkas.
Insyiraa teragak-agak untuk mengambil pemberian itu. Hatinya betul-betul cuak. Dengan perlahan dibukanya kotak comel itu sambil diperhatikan Irwan. Terselit cantik di tengah-tengahnya sebentuk cincin emas bertatahkan berlian berkilauan bak bintang timur. Kemilau batuan cantik itu menyentuh wajah manis Insyiraa membuatkan wajah Insyiraa makin berseri-seri pada pandangan Irwan.
"Mashaallah, cantiknya...!.", Insyiraa membelek-belek cincin itu.
Namun sejurus kemudian diletakkan semula cincin itu ke dalam bekas comel itu.
"Maaf,... saya tak boleh terima ini Irwan....", Insyiraa menolak kotak comel itu semula ke arah Irwan dengan sopan.
"Dengar dulu Insyiraa. Ini cincin ibu...Dia yang minta aku sampaikan ke kamu?", ujar Irwan sambil meletakkan semula kotak itu di hadapan Insyiraa..
"Cincin ibu...? Tapi kenapa bukan dia sendiri yang menyampaikannya kepada saya...lagi pula mahal harganya cincin ini...", Insyiraa masih tidak mengerti.
"Ibu yang mahu aku sampaikan sendiri ke kamu sebagai,..sebagai tanda....", aduh, kata-katanya tak dapat diteruskan lagi. Renungan maut Insyiraa seakan menyiat-nyiat wajah lelakinya.
Diraup wajahnya dengan kedua tangannya. Peluh dingin telah membasahi pelipisnya. Sapaan angin malam pada wajahnya makin dingin terasa.
Insyiraa makin tidak sabar. Wajah serius Irwan yang berhadapan dengannya ditenung lagi.
"Maksud kamu tanda ikatan...?", tenang sahaja Insyiraa melafazkan kata-kata itu walau hatinya bercelaru saat itu.
"Iya...tanda ikatan antara aku dan kamu..." akhirnya....Akhirnya berjaya juga Irwan melahirkan kata-kata itu..
Irwan memberanikan dirinya menatap sedalam-dalamnya mata perawan di hadapannya. Berubah benar wajah lembut yang dibaluti dengan selendang rona hijau pudar itu...
Insyiraa betul-betul terpana mendengar pengakuan Irwan itu, terasa waktu seakan terhenti, pucat lesu wajahnya umpama tiada setitik darah pun. Degup jantungnya jadi kian kencang. Kenapa mesti dia...kenapa...? Setelah hatinya baru sahaja sembuh dari luka yang parah...mampukah dia membuka kembali cerita cinta baru dalam hidupnya..?
"Syiraa..., tolonglah, aku ngak pandai berkata-kata seperti kamu..", takut sekali Irwan melihat perubahan wajah Insyiraa.
"Sebenarnya..., aku sayang banget sama kamu Syiraa...sayang melebihi dari seorang sahabat..", tegas Irwan merenung tepat ke mata Insyiraa.
"Ibu juga pesan sama aku, kalau sekali pun kamu udah ada yang punya, terima aja cincin ni sebagai tanda persaudaraan yang tak akan pernah putus...",sayu amat percakapan Irwan itu.
Suasana yang riuh dengan orang ramai jadi sunyi sepi buat mereka berdua.. Hati kecil Insyiraa tiba-tiba jadi sebak. Seketika matanya mula berkaca. Lantas turunlah manik-manik jernih membasahi pipi bersih Insyiraa. Dibiarkan begitu seketika. Biarlah kalau dengan menangis boleh menghilangkan rasa sedih...menangislah...itulah kata-kata Prof Nizam yang suatu saat dulu pernah menasihatinya...
Irwan tak mampu berkata mahu pun berbuat apa-apa malah dia hanya mampu memandang sayu pada gadis itu... Ingin sahaja dia mengusap airmata pada pipi gadis itu...Mahu sahaja dia memeluk erat gadis itu untuk menenangkan perasaannya dan meluahkan seluruh isi hatinya..., namun siapalah dia...ternyata peluang untuk dia memiliki gadis idamannya itu makin tipis..
"Udah, jangan nangis dong, aku ngak pantas liat kamu begini...aku minta maaf sama kamu kalau kata-kataku tadi telah melukai kamu...tapi...",Irwan tak dapat meneruskan kata-katanya kerana hatinya sendiri turut sebak.
"Aku terpaksa lakukan ini kerna aku udah ngak sanggup menanggung sendiri perasaan ini, aku perlu luahkan ini sebelum kamu hilang lagi dari pandanganku..."katanya bersungguh benar.
"Sejak kamu ke sini, kamu udah berjaya menarik perhatian ramai orang terutama keluarga aku...Ibu..., ibu jadi penasaran amat saat aku perkenalkan kamu ke dia..belum pernah aku lihat wajahnya bersinar ceria seperti tadi...cincin ini belum pernah dikeluarkannya dari simpanannya walau semasa abangku kawin dulu...", ujar Irwan sejujurnya.
YOU ARE READING
CINTANYA AMPUH DI BUMI BANJAR
RomancePerjuangan cinta yang tak bertepian...perjalanan trilogi cinta yang maha merumitkan... "Ternyata kamu bawa jiwa dalam setiap petikan gitarmu Irwan. Tak semua gitaris punya bakat seperti kamu"..ungkap Insyiraa kagum.. "Mati pun aku sanggup demi gadis...